Tertangkap?

76 6 0
                                    

Sejak dari awal petang tadi lagi Harru melihat Ani berjalan mundar-mandir di dalam biliknya. Bukannya tak ada bilik sendiri, tetapi gadis itu tiba-tiba sahaja datang serbu masuk ke dalam bilik Harru dan terus berjalan mundar-mandir tanpa mempedulikan Harru yang ingin berehat yang ditemani oleh Ochobot di sisinya di atas katil.

Harru: Haa... Hana, sudah la tu. Apa yang kau tengah fikirkan tu?

Ani: Hmm... Harru-chan, awak tak rasa pelik ke? Kenapa Si Putera Sulung tu lari dari keluarga dia? Dan kenapa Putera Halilintar cakap macam tu tadi? Harru-chan sedar tak yang sebenarnya ia ada maksud tersirat di sebalik kata-kata tu?

Harru: Tahu je... Cuma aku malas la nak fikir sekarang! Aku penat tahu tak? Apa kata kalau kita jangan fikir lagi buat masa ni dan berehat? Mana tahu nanti putera tu sendiri yang akan ceritakan kepada kita perkara yang sebenar?

Ani: Dengan personaliti dia yang macam tu? Huh! Saya rasa lambat lagi! Sombong betul!

Ochobot: Betul! Betul!

Ani: Ha, Ochobot pun setuju!

Harru memutarkan bola matanya malas. Inilah sebabnya kenapa mukanya sering dikatakan kelihatan dilanda stress yang banyak dan tertekan. Manakan tidak? Dah ada pasangan macam Ani ni mana mungkin dia boleh duduk tenang? Hari-hari selalu buat dia pening dan sakit kepala dengan perangai dan fikirannya sampai-sampai Harru sendiri takde masa nak berehat!

Harru: Dah la! Aku rasa apa kata kau keluar dan tenangkan fikiran tu? Ochobot, teman budak tu!

Ochobot mngangguk akur dan terus terbang lalu menarik tangan Ani untuk keluar dari bilik Harru. Setinggi manapun dia ingin turut mengetahui tentang misi 2 panglima ini, tetapi Ochobot faham yang dia juga perlu memberi ruang dan membiarkan mereka berehat dan bertenang. Terutama sekali Harru kerana lelaki itu sejak dari awal lagi sudah banyak menggunakan tenaganya termasuk dalam membantu menyembuh Ochobot tadi. Jadi ada baiknya jika Ochobot membalas jasa Harru dengan memberikannya rehat yang secukupnya.

Ani: Eh! Eeehh! T-tapi saya belum habis-

Ochobot: Takpe, takpe! Kita bincang kat luar ya?

Ani: No! Tunggu-!

Bham!

Harru menghela nafas lega setelah sebaik sahaja Ani dan Ochobot hilang dari pandangan. Sekarang baru dia boleh tenang dan relaks sepenuhnya. Dan sebelum makan malam tiba, ada baiknya untuk dia baring di atas katil dan tenggelam di alam mimpi terlebih dahulu.

°•°•°

Ani: Hmm...

Ochobot hanya memerhati tingkahlaku Ani yang sedari tadi lagi sedang mundar-mandir di tempat yang sama dengan posisi yang sedang berfikir. Biarpun ia hanya sekadar robot yang bertaraf tinggi dan canggih, tetapi Ochobot sendiri faham bagaimana perasaan Harru yang rasa letih melihat gadis itu bergerak tanpa henti. Agak rimas di situ tetapi Ochobot takkan menyatakannya.

Ochobot: Ani, apa kata kau duduk dan bertenang?

Ani: Hmm... Haih!

Ani melabuhkan punggungnya di sebelah Ochobot di atas bangku yang sedang berada di tengah-tengah taman istana. Ochobot yang sedari tadi memerhatikannya pun mula bertanya,

Ochobot: Sebenarnya apa yang kau tengah fikirkan? Kau nampak macam resah betul.

Ani: Yeke? Hmm... Mungkin? Sebenarnya saya tengah fikirkan tentang sifat Putera Halilintar tu. Ochobot, awak tak rasa pelik ke dengan putera tu?

Ochobot: Kita baru jumpa dan kenal dia, Ani. Jadi apa maksud kau?

Ani: ...

Ani berdiam diri dan termenung lama di tanah yang berlantaikan rumput hijau yang terdapat pada taman itu. Dia tidak tahu atau lebih tepatnya tidak pasti apa yang boleh dia hujahkan kepada kawan robotnya itu mengenai perkara yang sedang ada di dalam fikirannya sekarang. Ani setuju dengan kata-kata Ochobot mengenai hubungan antara mereka dengan Putera Halilintar. Mereka baru kenal putera itu dan pada saat pertama kali tiba di Thunder Kingdom itulah saat pertama kalinya dia melihat wajah putera itu. Jadi Ani tidak tahu kenapa jauh di dalam sudut fikirannya dia sedang rasakan sesuatu terhadap putera itu. Terutama sekali sewaktu putera itu mendengar Harru mengungkit isu adik-beradiknya tadi.

Missing [🔰]Where stories live. Discover now