54 ♡ Hurts like hell

1.3K 196 133
                                    

  Can't Stop Loving You 




          Aaron yang sedang berkelahi dengan Airil tiba-tiba mengeluarkan sesuatu dari dalam laci.

Sebilah pisau yang tidak begitu besar saiznya tetapi berhujung tajam. Pisau yang sama yang digunakan untuk mengugut Ain sewaktu di dalam kereta pagi tadi.






"Arghhh!!!"

Jeritan Airil mengejutkan Ain lantas gadis itu terus menoleh memandang lelaki tersebut.

Terasa mahu gugur jantung saat melihat darah membuak-buak keluar dari anggota badan Airil.

Lelaki itu ditikam.

Aaron menghunus pisau itu lalu menikam Airil sekali lagi menyebabkan lelaki itu menjerit kesakitan yang amat sangat. Tubuh Airil terus ditolak Aaron begitu saja lalu jejaka tersebut segera melarikan diri.

"Polis! Jangan bergerak!"

Tak sempat Aaron hendak keluar dari bilik, tiga orang anggota polis telah pun masuk ke dalam sambil mengacu pistol ke arahnya. Automatik langkah Aaron terhenti lalu mengangkat kedua-dua tangannya apabila diarah oleh seorang daripada anggota polis itu.

"Abang..." Ain memanggil Airil yang rebah di atasnya. Air matanya menitis melihat suaminya.

Airil memejam matanya serapat mungkin dengan wajah yang berkerut-kerut menahan kesakitan tikaman yang sangat dalam pada lengan kirinya. Darah merah pekat tidak henti mencucur keluar membasahi selimut dan cadar katil. Dengusan dan erangan sakit meniti di bibirnya. Pernafasan Airil semakin berat terasa.

Melihat pisau yang masih tegak menusuk pada lengan sasa Airil menghadirkan satu perasaan tidak enak dalam hati Ain. Dapat dia rasakan kesakitan yang dirasai oleh suaminya.

"Abangg..." tak tahu Ain hendak berkata apa, hanya mampu memanggil nama suaminya. Sesekali dia merintih.

"Ergh... sakittt..." erang Airil, masih memejamkan matanya. Semakin perit rasanya tusukan pada lengan.

Seorang anggota polis wanita menyelimuti Ain dengan selembar kain bagi menutupi kulitnya yang terdedah sebelum membawanya keluar dari bilik tersebut. Ain mahu tak mahu meninggalkan Airil keseorangan di dalam bilik tetapi terpaksa jua mengikut langkah polis tersebut.

Farah yang sedang menunggu di luar rumah segera mendapatkan teman baiknya sebaik melihat Ain di luar rumah lantas memeluknya.

"Ain!"

"Farahhh..!" Tangisan Ain pecah sebaik sahaja memeluk sahabatnya.

"Ain... weh, aku minta maaf sangat-sangat sebab buat kau tunggu... sorry sangat-sangat..!" Sebak Farah melihat keadaan kawannya yang menggigil teruk. Matanya mula berkaca.

Farah bukanlah seorang gadis yang mudah menangis. Tetapi apabila satu perkara itu berjaya membuatkan dia menangis, bermakna ia benar-benar menyentuh hatinya.

Ain tidak dapat mengungkapkan apa-apa, hanya mampu merintih di bahu Farah. Sesaat selepas itu, dia teringat akan suaminya.

Can't Stop Loving YouWhere stories live. Discover now