BAB 2

304 29 3
                                    

Setelah Zureen menunaikan solat subuh, dia bersiap untuk pergi ke tempat yang ingin dikunjungi olehnya. Syafiq iaitu abang sulung Zureen turut membantunya mengangkat sebuah beg bagasi kepunyaan Zureen dan meletakkan ia ke dalam bonet kereta Zureen.

Tangan Zureen dihulurkan untuk menyalam dan mencium kedua - dua tangan ibu bapa serta adik - beradiknya. Pn. Rafiqa mengingatkan supaya jaga diri, jaga tingkah laku apabila ditempat orang dan paling penting jaga solat 5 waktu. Kepala Zureen hanya menggangguk tanda faham dan sentiasa ingat didalam kepala.

***********************************

3 jam kemudian, Zureen sudah sampai ke destinasi yang ditujuinya iaitu hotel Goldcoast. Pada musim cuti sekolah begini, sememang nya susah untuk mencari tempat letak kereta yang berdekatan dengan hotel. Dia menjumpai 1 tempat kosong dan segera menuju ke tempat letak kereta yang kosong itu.

Secara tiba - tiba sebuah kereta yang berjenama Volkswagen Passat R-Line berwarna kelabu menyusuli tempat letak kereta yang sama dengan serta merta mereka berdua berhenti buat seketika dan mengelakkan daripada melanggar antara satu sama lain.

" Ish!. Siapa pulak lah, tempat parking aku lah! ". marah Zureen dan segera keluar daripada kereta.

Pada masa yang sama, seorang lelaki yang berkaca mata telah membuka pintu dan segera keluar untuk berjumpa tuan punya kereta yang mahu merebut parking dengannya. Bebola mata Zureen mulai terbeliak, bukan kerana tampan lelaki itu tetapi kemarahannya yang sudah tidak tahan lagi dan berkata...

"Tahu pun keluar. Hello awak!. Ini parking saya!. Kenapa awak nak ambil parking ni?!. Macam ada 1 je parking dalam Malaysia ni?!." sambil tangannya bersilang.

Dengan penuh santai, lantas lelaki itu pun berkata...

"Ada nama kau ke?." Lelaki itu pun mencari nama di tempat parking yang mereka sedang berebut.

"Tak ada!. Awak nampak tak saya bagi signal dulu?!."

"Kita pun bagi signal jugak lah!."

"Tak nampak pun awak bagi signal?."

"Buta agaknya!."

"Eh, sedap mulut dia aja cakap kita ni buta?. Awak tahu tak, ni parking saya!."

"Tak tahu. Yang aku tahu ni parking aku!. Final!." Lelaki itu pun segera masuk semula ke dalam kereta dan ambil parking itu tanpa belas kasihan.

Kening Zura yang cantik itu sudah berkerut, kedua tangannya pun menggenggam erat seperti ia mahu menumbuk lelaki itu tetapi dia akan ingat pesanan daripada ibunya. Dia menahan diri dengan cara menarik dan menghembus nafas serta berfikiran positif terhadap lelaki itu.

Nak marah tapi kena sabar!.

Hentakkan kaki sambil menuju ke keretanya adalah salah satu cara untuk Zureen hendak melepaskan geram kepada lelaki yang sombong itu. Keterpaksaan dirinya mencari tempat parking yang lain membuatkan dia menyalahkan lelaki tersebut.

*****************************

5 minit berlalu, beg bagasi diseret sehingga dihadapan kaunter check - in menggunakan empat roda. Setelah selesai membuat pendaftaran dan menerima sejambak kunci daripada pekerja kaunter yang bertugas, dan dia pun segera menuju ke biliknya yang bernombor 119. Pintu bilik yang bernombor 119, dibuka secara perlahan sambil terpegun melihat biliknya yang bersih, cantik, dan mewah.

Dia merebahkan badannya di atas katil yang empuk dengan menghembus 1 keluhan darinya. Tidak lama kemudian, bangkit dari rebahan dia mencapai telefon pintar yang berada didalam beg sandangnya. Zureen menberitahu kepada ibu bapanya, dia selamat sampai ke hotel Goldcoast. Sesudah itu, dia menelefon rakannya Hilya, untuk sesi meluahkan perasaan marahnya terhadap lelaki itu.

"Siapa lelaki tu?. Hensem tak?." Bertubi-tubi Hilya menanyakan soalan tentang lelaki berebut parking dengannya.

"Kau kenapa?. Kalau kau nak tahu, tanya lah sendiri!."

"Aku tak ada dekat sana?. So, tolonglah tanya."

"Malas aku tanya dia. Nanti dia ingat aku syok sendiri. Ish!. Aku ingatkan aku story dekat kau ni, kau back up aku.. rupanya tak!.
Fine!." Menamatkan panggilan bersama Hilya.

Hilya tidak menyempat untuk menghabiskan bicaranya,nya tetapi Zura sudah memutuskan panggilan.

Zureen berasa bosan dan kelaparan, dia bersiap mencari restoran yang terdekat dibawah. Baju gamis berwarna coklat menjadi pilihan, bertudung bawal warna merah hati dikemaskan di atas kepala dan berseluar panjang berwarna hitam. Handbag disandangkan dibahu kanannya, kasut bertutup dikemaskan rapi. Dengan sekali lalu sejambak kunci yang berada diatas meja solek dicapai oleh tangannya sendiri.


Sesudah mengunci pintu, ia pusing ke hadapan serta memandang lelaki yang sedang mengunci pintu. Kakinya terhenti seketika, setelah memandang ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu terlihat Zureen yang kaku disitu seakan model yang tidak berbayar. Bibir Zureen terkumat kamit untuk bercakap dengan lelaki itu kerana dia tidak menyangka dia sewa bilik bersebelahan dengan bilik lelaki itu sahaja.   
Awak lagi?!. jari kanan Zureen ditunding ke arah lelaki itu.

Kau lagi?!." jawab lelaki tersebut.

Awak buat apa dekat sini?.

Kau tu buat apa dekat sini?.

"Awak dulu!."

"Ladies first."

“Holiday” jawab Zura dengan penuh yakin.

“What?!” terkejut lelaki itu dibuatnya.

Kenapa?. Holiday jugak?!

“Why not?. Everyone deserves a vacation." lalu pergi.

"Ish!. I know, everyone deserves a vacation. But why him?"

Kegeramannya sehingga dia menunjukkan tumbukan kepada lelaki tersebut.

       

Renungan RinduWhere stories live. Discover now