- bab 50 : ABAH BERUBAH ❞

16 2 2
                                    

"Hana, abah pergi kerja dulu ni. Duduk rumah elok-elok okay?" Kata En.Hamri sejurus dia menuju ke keretanya diiringi Farhana.

"Iya abah." Balas Farhana ringkas.

"Keputusan SPM bila keluar?" Tanya En.Hamri lagi.

"Em...dalam bulan 2 atau 3. Kenapa Abah tanya?" Jawab Farhana.

"Tak ada apa, saja tanya. Yelah dah nak akhir tahun ni Abah macam terfikir nak bawa kamu pergi bercuti." Kata En.Hamri.

"Wahh...seriuslah Abah?" Balas Farhana teruja.

"Abah plan je. Lagipun dia bukan bercuti pun, Abah je ada kerja dekat sana. Kamu ikut je." Terang En.Hamri.

"Oh...eh Abah pergilah kerja dulu, nanti lambat pula." Kata Farhana.

"Iya abah pergi dulu." Kata En.Hamri sejurus dia masuk ke dalam kereta.

Farhana melambai tangannya kepada En.Hamri sehingga hilang daripada penglihatannya. Walaupun hanya tinggal bertiga, Farhana tidak pernah merungut hidupnya tiada seorang ibu. Walaupun jauh di dalam hatinya kadangkala dia cemburu dengan orang lain yang mempunyai ibu. Namun dia bersyukur masih mempunyai Abah yang memahaminya dan menyayanginya serta Nek Som yang dianggap seperti nenek sendiri dan ummi sebagai tempat dia menumpang kasih seorang ibu.

"Hana, Nek Som nak pulang ke kampung esok. Maklumlah, anak Nek Som baru bersalin. Kena jaga dia pantang." Terang Nek Som kepada Farhana yang sedang menonton televisyen.

"Lah, habis Hana tinggal seorang lah ni?" Balas Farhana.

"Iyalah. Lagipun kamu kan nanti ikut Abah kamu outstation." Kata Nek Som.

"Erm, ok. Ada apa-apa tak yang nak Hana tolong?" Tanya Farhana mempelawa Nek Som untuk menolong.

"Tak ada apalah yang berat sangat kena tolong." Balas Nek Som menolak pelawaan itu.

**************

"You, I dah book tiket pergi Langkawi. Kita one week dekat sana." Jelas Fikry.

"Oh, Langkawi? Ok. But kerja you macam mana?" Tanya Sarah.

"Alah you ni, I kan boss, macam tak ada pekerja pula." Balas Fikry.

"Yelah, kita kan baru je kahwin, lepas tu  dah banyak hari cuti ni cuti lagi. Nanti diaorang kata apa pula." Bebel Sarah.

"Sayang, I kan boss....ikut suka I la nak cuti ke kerja ke, diaorang tu I pun boleh buang kerja bila-bila masa je." Balas Fikry sambil menarik pinggang Sarah dekat kepada dirinya lalu mencuit hidung Sarah.

Sarah tertawa kecil lalu memeluk kembali suaminya itu. Fikry tulus mencintai Sarah bagaimana Rizqi mencintainya. Pelukan yang hangat itu dilepaskan apabila mama Fikry memanggil mereka untuk makan malam di bawah.

"Fikry, Sarah, sini turun. Dinner dah ready ni." Panggil mama Fikry.

Baik ma." Balas Fikry ringkas.

*****************

Farhana makan makanan yang baru dimasak Nek Som itu. Matanya sempat menjeling kearah bapanya yang duduk di hadapannya. Makananya kelihatan masih tidak disentuh. Mata bapanya tekun melihat skrin telefon. Entah mengapa sejak-sejak ini bapanya selalu tersenyum sendirian sambil bermain telefon bimbitnya. Seperti orang yang sedang gian bercinta. Farhana cuma malas mahu membuka mulut.

"Abah, makanlah. Nanti sejuk pula lauk tu." Kata Farhana cuba menarik perhatian bapanya.

"Tak apa. Makanlah dulu." Balas bapanya sambil mata masih melihat skrin telefon.

"Esok Nek Som nak balik abah hantar ke?" Tanya Farhana.

Bapanya tidak menjawab. Farhana mula kecewa. Dia menjeling kearah bapanya lalu segera habiskan makanannya.

𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣Where stories live. Discover now