Bab 2: Remaja Misteri

192 21 1
                                    

Akhirnya loceng berdering menandakan waktu rehat. Seperti biasa, pelajar pelajar berpusu pusu keluar dari kelas untuk ke kantin.

"Jaehyuk! Jom lah ke kantin, aku lapar sangat ni!" kata Yedam dengan suara yang sedikit nyaring sampai membuatkan Jaehyuk sedikit terkejut.

"Tak apa, kau pergi lah dulu dengan Jihoon, aku nak ke tandas sekejap," ucap Jaehyuk.

Tanpa basa basi, Yedam terus keluar dari kelas bersama Jihoon, Doyoung dan Jeongwoo.

Tapi sebenarnya Jaehyuk bukan mahu ke tandas, tapi dia mahu mencari y/n. Setelah memasukkan semua buku latihannya ke dalam beg, dia terus menuju ke kantin.

Tekaannya benar, y/n memang berada di kantin. Dia berseorangan kerana dia belum mempunyai kawan dan y/n juga baru hari pertama di sekolah itu.

Setelah membeli makanan, Jaehyuk segera mendekati y/n. "Hai y/n!". Y/n segera menoleh ke hadapan dan tersenyum manis.

"Oh, aku belum memperkenalkan diri lagi. Aku Yoon Jaehyuk," ucap Jaehyuk. Mukanya kelihatan polos sekali kerana dia memakai cermin mata.

"Oh, hai Jaehyuk, salam perkenalan ya," kata y/n. "Kalau ada apa apa yang kau nak tanya tentang sekolah atau kelas kita, boleh tanya aku je tau," lalu y/n cuma mengangguk.

"Oh kalian. Y/n baru pertama hari sekolah, kau dah gatal gatal ye dengan dia," ucap Yedam yang tiba tiba muncul di meja makan mereka.

"Ye lah tu, biasanya siapa yang asyik tukar tukar kekasih," kata Jihoon sedikit sinis sampai membuatkan mereka ketawa.

"Hai y/n! Aku Yoshi. Di sebelah kau Mashiho, Yedam, Doyoung dan Jeongwoo," sapa Yoshi dengan ramah.

"Hai semua," y/n juga menyapa mereka satu persatu. Kemudian, rakan rakan yang lain juga datang merapat ke meja makan y/n kecuali seorang.

"Akhirnya Treasure hampir lengkap kan?" Ucap Hyunsuk yang membuat y/n tertanya tanya. "Apa maksud Treasure dan kenapa 'hampir'?" Y/n bertanya.

"Oh, jika kami semua berkumpul ber-12, jadi membentuk Treasure. Tapi disebabkan Asahi, lelaki yang di sebelah kau tadi memang susah sangat nak join kami, jadi tidak sepenuhnya," terang Hyunsuk panjang lebar.

"Oh, tapi dia memangnya pendiam ya?" Dan Junghwan menjawab "Dia juga murid baru dari Jepun yang berpindah ke sini 3 bulan lalu, pada asalnya dia juga murid yang normal dan ceria, tapi ada sekali tu dia tak datang sekolah hampir 2 minggu. Setelah kembali, dia menjadi orang yang sangat diam dan introvert sampai sekarang,"

Akhirnya y/n benar benar faham sekarang. Loceng berbunyi menandakan tamat waktu rehat. Y/n dan rakan sekelasnya yang lain masuk ke kelas untuk pelajaran yang seterusnya.

__________________________________

Nak part seterusnya?
Sebelum tu like dan comment dulu tau♡
Jangan lupa follow mai juga, nanti mai follow back korang.
Sabar ya kalau nak part seterusnya💎

CINTA INTROVERT || 아사히 [✓]Where stories live. Discover now