22

253 23 0
                                    

Keheningan malam memenuhi ruang kereta. Hanya deruan penghawa dingin menggantikan kesunyian di dalam kenderaan milik Radzif.

Zameera menjeling Radzif di kerusi pemandu sekilas lalu pandangan di alih ke luar tingkap.

Kepala Zameera ligat memikirkan kejadian di kafe sebentar tadi.

Apa yang berlaku?

Siapa wanita itu?

Mengapa Zay tampak begitu terkedu?

"Meera,"

Radzif mula bersuara.

Zameera hanya menggerakkan biji matanya memandang Radzif di sebelah.

Kenderaan diberhentikan oleh Radzif dek kerana lampu isyarat bertukar kepada warna merah.

"Kau...," Radzif berjeda. Pandangan dialih memandang stereng kereta. Diketuk stereng kereta itu menggunakan jari telunjuknya perlahan.

"Ada trauma?" setelah beberapa minit Radzif berjeda, akhirnya dia mengeluarkan suaranya.

Zameera terus memandang Radzif dengan pandangan kosong. Radzif turut memandang ke arahnya. Mata mereka bertemu untuk beberapa saat sebelum Zameera mengalihkan pandangan ke hadapan kembali.

Sekilas itu, imbasan kembali di minda Zameera membuatkan Zameera memejamkan matanya sesaat diikuti dengan kerutan kecil di dahi.

Terlalu banyak,

terlalu banyak hal mengerikan yang telah dia lalui,

namun dia hanya mampu menyimpankannya di dalam qalbu hati.

Tidak sanggup dia merungkaikan kembali segala kenangan pahit yang telah dilalui olehnya selama ini.

Sakit yang tidak mampu diubati oleh sesiapa,

bahkan dirinya sendiri sudah mencuba.

Namun ianya hanya membuang masa.

Dia perlu terima semua kenyataan, bahawa itu adalah nyata,

dan bukan mimpi semata-mata.

Melihat respon senyap dari Zameera, Radzif hanya mampu mendiamkan diri.

Mungkin Zameera masih belum bersedia.
Jika dia berada di tempat Zameera waktu itu,

dipisahkan dari keluarganya sendiri sewaktu berumur 14 tahun, di bawa lari ke negara asing,

mungkin dirinya sendiri juga tidak akan mampu untuk meneruskan hidupnya.

Lebih rela mati dari menempuh hari-hari yang sukar.

Lampu merah sudah bertukar ke lampu hijau kembali. Radzif menukarkan gear kereta lalu pedal minyak ditekan perlahan.

"Perempuan tadi,"

Zameera menoleh memandang Radzif, menunggu sambungan ujaran Radzif.

"Mak angkat aku." sambung Radzif dengan diakhiri senyuman kecil.

Disebalik senyuman kecil itu, tersimpan seribu satu rahsia.

Yang hanya dia sahaja tahu,

betapa sakitnya dicampakkan oleh orang yang dia sayang.

Sebab tu perangai macam kurang kasih sayang sikit.

K sorry.

Stereng kereta dipusingkan ke arah kiri memasuki pintu gerbang yang terbuka luas.

Diparkir kenderaan itu di bawah garaj kereta. Enjin kereta dimatikan lalu dia terus keluar dari perut kereta tanpa menoleh ke arah Zameera.

Zameera memerhatikan sosok belakang tubuh Radzif yang sedang berjalan meninggalkannya di dalam kereta.

Radzif berhenti melangkah lalu telefon pintar di dalam poket seluarnya dikeluarkan. Di dail nombor seseorang lalu telefon ditekapkan di telinga kanan. Tangan kiri mencekak pinggang.

Zameera yang masih di dalam kereta itu hanya memerhatikan Radzif dari jauh.

Seketika kemudian, telefon pintar milik Zameera berdering. Dipandang skrin telefon miliknya. Tertera nama Radzif di skrin telefon tersebut. Dahi Zameera berkerut kecil.

Dicapai telefon pintar di atas pehanya itu lalu panggilan Radzif dijawab. Pandangan dialihkan memandang Radzif yang masih berdiri membelakanginya.

"Lama lagi ke nak duduk dalam kereta tu? Cerita korea kau dah start, dah pukul berapa dah ni?" dengan senafas, Radzif bersuara sebaik sahaja panggilan dijawab.

Radzif memalingkan tubuhnya memandang Zameera yang masih berada di dalam kenderaan miliknya.

Kening kanan diangkat kecil. Zameera terus keluar dari perut kereta lalu berjalan melimpasi Radzif dengan selamba.

Radzif menamatkan panggilan itu lalu mengikuti langkah Zameera dari belakang.

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam mansion. Sosok tubuh Nicole dan Lucifer menghiasi retina mata mereka berdua.

"Where have you been Miss?" Nicole bertanya. Zameera hanya tersenyum kecil.

"Esok, kita ada tetamu. Terus bawa dia pergi bilik kedua bawah tanah," jelas Zameera. Lucifer dan Nicole hanya memandang sesama sendiri.

"Understood?" soal Zameera apabila dia tidak menerima sebarang respon dari Nicole dan Lucifer.

"Yes Miss." jawab mereka serentak. Zameera hanya mengangguk sekilas sebelum dia berjalan meninggalkan mereka bertiga.

Sebaik sahaja sosok tubuh Zameera hilang dari retina mata mereka, Nicole dan Lucifer terus beralih memandang Radzif.

Radzif membalas pandangan mereka berdua dengan wajah polos dan blur.

"What was that mean?" soal Nicole kepada Radzif.

"I don't know." balas Radzif seraya mengangkat kedua bahunya menunjukkan bahawa dia benar-benar tidak tahu.

Nicole mentelengkan kepalanya ke kanan seraya lidah menolak dalam pipi. Bibir dibasahkan lalu dia terus berjalan meninggalkan Lucifer dan Radzif.

"Where you wanna go dude?" soal Lucifer kepada Nicole apabila dia melihat Nicole mula mengorak langkah meninggalkan mereka.

"Checking the room if it still working or not." balas Nicole senada. Kedua tangannya diselukkan ke dalam poket lalu dia menyambung langkahnya kembali.

"Kau tidur sini lagi ke?" soal Lucifer kepada Radzif. Radzif terdiam sejenak sebelum dia menggelengkan kepalanya.

"Tak lah, esok aku masuk office. Aku balik dulu." ujar Radzif lalu Lucifer dan dia berjabat tangan seketika sebelum Radzif mengorak langkah ke pintu keluar.

Butang kecil di alat kawalan jauh kereta miliknya itu ditekan. Tubuhnya menerobos masuk ke dalam perut kereta lalu enjin kereta dihidupkan.

Penghawa dingin dibuka paling kuat. Kepala disandarkan lemah. Keluhan kecil dilepaskan.

Terimbas kembali situasi di mana dia bertembung dengan bekas ibu angkatnya.

Mata dipejam rapat.

Apa yang akan berlaku selepas ini?

Petanda apa yang telah ditunjukkan oleh Mamanya?

Sekali lagi Radzif melepaskan keluhan. Kepala digeleng perlahan lalu dia terus menukar gear kereta dan memecut laju meninggalkan perkarangan mansion tersebut.

Hi guys!
Sorry for not update for too long.
I'm trying to continue this story since I thought this story should be continue?

I might lost the touch of an author so I am so sorry if you guys felt different about the way i wrote this story.

Please please hit the vote🙏🏻🙏🏻

Love ya🤍

Bodyguard's Girl : Reunited Where stories live. Discover now