Hari ini genap dua minggu Asahi tinggal di rumah y/n. Tetapi y/n tidak pernah bertanya tentang keluarganya kerana Asahi mungkin tidak selesa dengan pertanyaan seperti itu.
Lamunan y/n terhenti setelah dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu.
Apabila y/n membuka pintu rumahnya, di hadapannya ialah Tuan Hamada, bapa kepada Asahi. Beliau seperti masih mabuk, mungkin minum terlalu banyak semalam.
"Kamu classmate Asahi kan?" dan y/n mengiyakan pertanyaan beliau walaupun dengan wajah yang takut takut.
"Ada nampak dia? Dah 3 hari dia tak balik," y/n hairan, bukan ke dah 2 minggu? Ayahnya memang tampak tidak mempedulikan Asahi.
Asahi pernah beritahu y/n, jika ayahnya datang ke rumahnya dan bertanya sesuatu tentang dia, jangan jawab apa apa. Y/n sangat memahami keadaan Asahi, jadi dia terpaksa menipu Tuan Hamada. Tipu kerana terpaksa, jadi tak apa lah kan?
"Maaf Tuan, saya pun tak nampak dia kemana," y/n dusta.
"Kalau begitu, tak apa lah," lalu Tuan Hamada berlalu pergi.
Setelah menutup pintu, y/n menghela nafas berat. Badannya masih terketar ketar. Tiba tiba, muncul notifikasi mesej di telefonnya, oh, dari Hyunsuk.
'Y/n, hari ni kan hari minggu, aku bosan lah duduk kat rumah je, jom keluar pergi mall, siap siap cepat, 15 minit lagi aku sampai'
'Ok.'
Ternganga mulut y/n, 15 minit?! Dia sendiri belum mandi. Dengan tergesa gesa dia terus masuk ke bilik air lalu mandi.
- 5 minit kemudian -
Sewaktu dia bersiap, dia teringatkan Asahi yang juga telah keluar rumah pagi tadi, katanya jalan jalan dengan Junkyu.
Dia segera menghubungi Asahi untuk memberitahu yang dia akan keluar, jadi tak perlu Asahi panik jika dia tiada di rumah.
'Hello?'
'Ye y/n. Ada apa?'
'Sahi, lagi 10 minit aku akan keluar ni dengan Hyunsuk, kunci rumah aku sorok dekat bawah pasu bunga kat luar tu'
'Jadi?'
'Aku sengaja bagitau kau sebab nanti kalau kau pulang awal, tak payah penat penat tunggu kat luar lama lama'
'Oh, ok'
Lalu y/n menamatkan panggilannya. "Memang macam robot asli, pendek je jawapan tu,"
Seperti yang dijanjikan, 10 minit selepas itu, kereta Hyunsuk telah berada di hadapan rumah y/n. Lalu mereka pergi ke mall bersama.
Hyunsuk membawa y/n ke bahagian baju. "Ambil je baju yang kau nak, aku belanja. Kalau boleh sekalian kedai bajunya pun ok," melopong mulut y/n apabila terdengar ayat Hyunsuk.
'Jadi betul lah rumor² tentang Hyunsuk adalah anak CEO selama ini, kaya betul seorang ni,'
Setelah membeli beberapa helai baju, mereka pergi makan di sebuah restoran. Y/n memesan aglio e olio, manakala Hyunsuk pesan stik daging.
"Y/n, Asahi kan dah lama duduk dengan kau, macam mana perangai dia?" Y/n cuma menjawab ringkas, "Macam abang sendiri,"
Hyunsuk cuma mengangguk faham. Sedang mereka 'membawang', tiba tiba sekumpulan perempuan yang membuli y/n muncul di meja mereka.
Lalu Winter mengambil gelas yang berisi air anggur dan dengan sengaja menumpahkan di atas kepala y/n.
"Oops, maaf tapi aku sengaja," kata Winter lalu ketawa diikuti ketiga tiga membernya.
"Kau tak rasa bersalah ke, hari tu dengan kekasih orang, sekarang dengan orang lain? Dasar curang!" ujar Karina dengan wajah sinis.
"Cukup! Kalian dah melampau!" bentak Hyunsuk. Dia dah hilang sabar dengan keempat empat remaja itu. Mereka termasuk y/n tersentak.
"Boleh tak kalian jangan membuli orang lain sesuka hati?! Sampai buli kat luar sekolah pula tu! Boleh jaga imej tak?! Korang ni perempuan, jaga kelakuan! Tak bermakna aku keluar dengan y/n maksudnya aku dating! Cuma luangkan masa sebagai kawan! Pergi kalian dari sini!" sambung Hyunsuk panjang lebar.
Remaja-remaja tersebut berlalu pergi dengan perasaan malu. Muka mereka merah padam semua. Y/n juga masih menunduk, dia masih dalam mod shock kerana tadi.
"Maaf ya tentang tadi, kau takut ke?" Y/n hanya menggeleng kepala. "Jom, aku nak bayar dulu, lepas tu kita pergi tukar baju, untung ada beli awal awal tadi," lalu mereka keluar dari restoran itu.
- skip y/n pulang -
Hari sudah lewat petang, matahari juga hampir terbenam, dia masuk ke rumah setelah kereta Hyunsuk meluncur laju ke jalan. Lampu rumah sudah terpasang, mungkin Asahi sudah balik tadi.
Dia masuk ke dalam rumah dan mendapati Asahi tertidur di sofa. Y/n berjalan mendekatinya lalu duduk di atas sofa itu juga. Dia memandang wajah Asahi yang masih terlelap.
"Cute juga kau ni waktu tidur. Terima kasih ye sudah hadir di hidup aku yang sebatang kara ni, sekurang kurangnya aku ada kau yang dah macam abang aku sendiri. Berkat kau, hidup aku lebih berwarna," ucap y/n sambil tersenyum. Lalu dia memegang pipi Asahi dan mencium pipinya.
Y/n mahu bangun dari sofa itu tetapi dia ditarik oleh Asahi. Rupa rupanya Asahi cuma berpura pura tidur untuk lihat reaksi y/n terhadapnya. Y/n ditarik hingga jatuh ke badan Asahi.
"Terima kasih juga sudah hadir di hidup Asahi," lalu dia mendekatkan mukanya ke y/n dan bibir mereka bersentuhan. Itu juga kali pertama bagi mereka berdua mendapat ciuman. Macam ciuman pertama masing masing~
Y/n cuma merelakan sahaja Asahi k1ss dia. Asahi memeluk erat tubuh y/n dan mereka memejamkan mata masing-masing. Mereka berdua menikmati saat-saat yang 'berharga' ini bagi mereka.
__________________________________
Nak part seterusnya?
Sebelum tu like dan comment dulu tau♡
Jangan lupa follow mai juga, nanti mai follow back korang.
Sabar ya kalau nak part seterusnya💎
YOU ARE READING
CINTA INTROVERT || 아사히 [✓]
FanfictionUsaha Kim Y/n untuk membuat seorang Asahi yang sangat pendiam dan misterius menjadi orang yang normal, ceria dan percaya diri akhirnya berjaya setelah mengetahui punca Asahi menjadi orang seperti itu pada satu malam. Hari Ulang Tahun Asahi kini tiba...