Sedar tak sedar, dah hampir 3 bulan y/n bersekolah di situ. Kehidupannya berjalan seperti biasa, tetapi yang anehnya, sejak dibentak oleh Hyunsuk tempoh hari, empat remaja tersebut sudah tidak mengganggu y/n.
"Psst, Jaehyuk!" Jaehyuk yang sedar namanya dipanggil terus pusing ke belakang.
"Kenapa?" soalnya.
"Petang nanti kau dengan Haruto jadi kan teman Asahi beli baju?" Jaehyuk hanya mengangguk atas pertanyaan y/n.
Y/n menghulurkan beberapa ratus ribu won kepada Jaehyuk dengan senyap-senyap. "Weh, kenapa?"
"Pegang dulu, cepat pusing!" bisik y/n setelah melihat guru pergi ke arah mereka.
Maklumlah, hari ini yang paling kelas mereka tak suka, sebab Mrs. Park, guru matematik mereka yang garang nak mampus menggantikan guru yang sepatutnya mengajar mereka, Mrs. Yang kerana cuti bersalin.
Mrs. Park mempunyai mata helang, pelajar pandang belakang sekejap pun dia suruh keluar kelas.
"Kalian kenapa bising-bising di kelas hah?! Sekarang keluar, dan jalankan denda masing-masing," suara garau Mrs. Park bergema hingga ke kelas sebelah.
Mereka berdua didenda berdiri di luar kelas hingga tamat pelajarannya. Dengan muka tak puas hati, y/n dan Jaehyuk keluar sambil menjuihkan bibir mereka ke beliau, untung tak nampak, kalau tak teruk lagi denda diorang.
"Maaf Jae, sebab aku kita kena duduk kat luar, aku bagi awal awal sebab takut nanti terlupa," ujar y/n sambil menunduk bersalah.
"Tak apalah, bukan aku je kena, tapi kenapa kau bagi duit ni? Bukan ke kau sepatutnya guna ni untuk beli alatan parti?" tanya Jaehyuk sambil memegang duit yang masih berada di tangannya.
"Kau ambil je, lagipun baju yang dibeli tu nanti Asahi jugak yang pakai, dia takkan beli benda yang mahal kecuali orang belanja dia. Duit kau simpan buat korang makan nanti," y/n sudah masak dengan perangai Asahi dan dia taknak susahkan Jaehyuk.
"Jadi, kau ambil je, kalau ada baki, beli lah hadiah untuk dia,"
Kata kata y/n membuat Jaehyuk terdiam seketika. Ini kali pertama bagi dia secara real life lihat orang yang begitu caring dan memahami kawan sendiri.
'Patut pun y/n dengan Asahi ramai yang ingat diorang adik beradik. Sebab memahami satu sama lain,' desis hati Jaehyuk, dia terharu dengan perkataan yang dilemparkan oleh y/n.
- skip pulang sekolah -
Seperti yang dijanjikan, Jaehyuk dan Haruto membawa Asahi ke mall. Sebenarnya mereka semua ke mall, tetapi mereka bertiga ke kedai baju manakala yang lain ke kedai peralatan parti.
"Aku taknak lah beli, tengok harga pun nak pecah otak wey," keluh Asahi.
Jaehyuk teringat kalau y/n ada bagi duit tadi. "Sahi, tak apa, aku belanja. Alang alang aku bawa duit lebih," Asahi yang hairan bertanya, "Kau serius? Biasa aku minta belanja makan pun kau tak bagi," Haruto ikut tergelak.
"Jangan banyak tanya, yang penting sekarang kau ambil je mana yang kau suka, nanti aku bayar dan lepastu kita beli sayur sikit," Jaehyuk cuba mengalihkan topik.
- di sebelah lain -
"Wanwan, jom-" belum sempat y/n menghabiskan ayatnya, Junghwan mencelah, "Y/n, kau aku dah cakap jangan panggil aku Wawan! Panggil aku Junghwan. Jung. Hwan. Jangan ungkit dah pasal tu," y/n hanya ketawa sambil mengangguk
Alkisahnya, sewaktu masuk ke pagar sekolah, y/n tidak sengaja mendengar percakapan antara Junghwan dan emaknya.
"Wawan, anak mak yang comel, sekolah baik baik ye, jangan buli orang," Junghwan cuma menunduk kerana malu dipanggil begitu.
Sedangkan y/n mengetap bibirnya menahan ketawa.
"Ye baik, aku tak ungkit dah. Jom kita pergi kedai sana kejap. Ada barang aku nak beli," ujar y/n setelah puas ketawa mengingati kejadian itu.
Junghwan pasrah lalu mengiyakan permintaannya. Mereka berdua ke kedai seperti ditunjukkan oleh y/n yang sebenarnya kedai peralatan melukis.
"Tapi kenapa kau ajak aku ke sini pula? Aku sendiri tak pernah nampak kau melukis," Junghwan bertanya selepas melihat y/n mengambil 1 set peralatan melukis yang cukup besar ukurannya.
"Oh, ni untuk Asahi sebagai hadiah hari jadi dia nanti. Sejak dia jadi housemate aku, aku sering lihat dia melukis dalam bilik dia, kadang kadang waktu kitorang beli barang, memang dia akan ke sini," terang y/n panjang lebar.
"Dan baru baru ni aku tengok dia pandang kat set melukis ni, aku tahu dia nak sangat, tapi dia tak beli pun, jadi aku buat keputusan untuk bagi ni kat dia," sambungnya.
Kini baru Junghwan faham 100%, sebelum ke kaunter, y/membeli sehelai kertas pembalut hadiah dan menyuruh pelayan di kaunter itu membalut untuknya. Barulah mereka membayar dan keluar dari kedai itu.
- skip -
Setelah penat berjalan keliling mall, mereka berhenti makan di sebuah restoran, dan semestinya dibelanja oleh kawan mereka yang satu satunya paling kaya, Hyunsuk.
Mereka bergurau senda dan riuh seperti biasa, dan Asahi juga masih belum tahu tentang parti kejutan itu. Awal awal lagi y/n telah mengingatkan mereka supaya tidak beritahu Asahi tentang itu atau ada yang akan habis dikerjakan oleh y/n.
Di balik keriuhan dan sweet moment di kalangan mereka, tiada seorang pun termasuk y/n yang tahu akan 'ribut' yang bakal melanda nanti.
__________________________________
Nak part seterusnya?
Sebelum tu like dan comment dulu tau♡
Jangan lupa follow mai juga, nanti mai follow back korang.
Sabar ya kalau nak part seterusnya💎
YOU ARE READING
CINTA INTROVERT || 아사히 [✓]
FanfictionUsaha Kim Y/n untuk membuat seorang Asahi yang sangat pendiam dan misterius menjadi orang yang normal, ceria dan percaya diri akhirnya berjaya setelah mengetahui punca Asahi menjadi orang seperti itu pada satu malam. Hari Ulang Tahun Asahi kini tiba...