" Mungkin aku dan dia, tidak ditakdirkan bersama. "
AYDAN menarik kasar kerusi di meja makan itu kemudian punggung dihempas ke atas kerusi.Seorang pelayan perempuan datang menghampiri dua jejaka kacak itu.
" Ya bang, order? "
" No thanks, " jawab Aydan tanpa memandang wajah pelayan itu. Kalau pandang Diana nak lah juga.
" Apa kau nak cakap ni? " Soal Aydan straight to the point. Sejak dia mendengar kisah Arfan dan Diana daripada mulut tunangnya itu sendiri membuatkan Aydan sangat anti dengan Arfan. Nasib baik Diana jenis yang jujur dan tidak takut untuk berkongsi masalah. Jadi Aydan tiada isu dengan Diana. Dia ada isu dengan Arfan.
Tengok muka Arfan ni pun dah buat Aydan nak mengamuk.
" Aku nak kau putus tunang dengan Diana. Dia milik aku. "
Aydan terus ketawa kecil. Arfan yang melihat sudah mengerutkan dahinya. Dia buat lawak ke?
" Buat apa aku nak ikut cakap kau? Aku suka dia, dia suka aku. Kami akan bernikah tak lama lagi. "
" She was mine and still mine! Dia milik aku seorang dan takkan pernah jadi milik kau, sial! "
Senyuman sinis Aydan memudar. Secara tiba- tiba Aydan terus bangun dari kerusinya kemudian meluru ke arah Arfan. Kolar baju lelaki itu dicekak kuat.
Bukk!
" Sial! " Carut Arfan lepas. Tumbukan Aydan dibalas. Pantang dia jika anak jantan diajak berlawan!
" Aydan! "
" Aydan stop! " Jerit aku yang baru tiba di Restoran Pelangi itu. Mujur Azra memberitahuku bahawa Aydan keluar untuk berjumpa dengan Arfan di Restoran Pelangi. Dia sudah dapat mengagak pergaduhan akan tercetus.
Dadaku berombak laju. Takut, marah, gementar.. semuanya menjadi satu.
" Aydan! " Jeritku lagi. Aydan yang tersedar akan panggilan aku terus berhenti bertumbuk. Kolar baju Arfan dilepas kasar.
Aku melangkah mendekati Aydan. Lengan berlapik baju lelaki yang bergelar tunangku itu ditarik.
" Jom, balik! "
" Ingat Arfan, jangan kau dekat dengan tunang aku lagi!
" Aydan! "
" Jangan bercakap macam orang tak ada agama! Sebelum dia jadi milik umi dan walid dia, sebelum dia jadi milik aku tak lama lagi, dia milik Tuhan! Walaupun dia dah jadi milik aku nanti, Diana masih milik Tuhan! Bukan hak mutlak manusia, lebih - lebih lagi kau! "
" Aydan, sudah! Balik! " Aku menjerit kegeraman. Nak pecah dadaku menahan rasa. Kami ibarat wayang live yang ditonton oleh orang awam di sekitar situ.
***
" Kenapa berhenti sini? " Aku menjeling. Soalan Aydan aku biarkan sepi. Tali pinggang keledar dibuka kemudian aku melangkah keluar dari kereta. Kaki dibawa ke dalam Farmasi Bahagia. Usai mendapatkan barang yang aku mahu, aku kembali ke kereta. Enjin dihidupkan kemudian aku meneruskan pemanduan ke satu destinasi.
" Kita nak ke mana? " Soal Aydan lagi.
Aku masih mendiamkan diri. Diri Aydan yang lebam di sana sini aku kerling sekejap. Dah sakit- sakit pun nak banyak tanya lagi. Aku tinggal tepi jalan baru tahu.
Tidak sampai 15 minit, aku dan Aydan sampai di destinasi.
" Taman? "
Aku membuka tali pinggang keledar. Plastik berwarna putih dari Farmasi Bahagia aku bawa keluar sekali bersamaku.
" Jom. "
Kami melabuhkan punggung di atas kerusi batu yang terdapat meja bulat. Plastik itu diletakkan di atas meja. Aku terus mengeluarkan cecair sanitasi kemudian mula merawat luka di wajah dan jari- jemari Aydan. Cecair antiseptik aku sapu kemudian kawasan luka itu aku tampal dengan plaster. Ice pack pula dituam ke pipi Aydan yang lebam.
" Buat apa bergaduh bertumbuk? Kan dah dapat sakit. " Aku mula membebel kepada Aydan.
" Dia yang cabar saya dulu. Ada ke dia kata awak milik dia? " Luah Aydan dengan nada tidak puas hati.
" Rasional atau tak, awak kena sabar Aydan. Janganlah sesuka hati nak bergaduh macam tu. "
" Awak ni— " jeda. " Hurm nevermind. Kita cepatkan tarikh nikah kita nak? "
" Bila? "
" Esok? " Balas Aydan bersahaja.
Mataku membulat. " Awak gila ke Aydan? Persiapan kita tak lengkap lagi kan. "
Aydan memandang aku dengan penuh berharap.
" Sayang, kan yang belum siap tu untuk resepsi. Kita nikah je dulu okay? "
" Nikah pun nak prepare macam- macam juga Aydan. Hari tu kita tunang koboi je. Pelamin mini, goodies, tetamu, jamuan semua tak ada. "
" I can pay, Diana. Kalau sayang setuju, malam esok kita nikah. Baju, catering, tetamu, pelamin semua boleh settle. "
" Tak sempat, Aydan! " Aku masih mahu membantah.
" I can make it Diana. Please, just say yes."
YOU ARE READING
10 DAYS AMORE
RomanceSTATUS : COMPLETED✓ " Hai, saya Aydan. " Aku mendongak. Kacak. " Saya Diana. " Satu pertemuan membawa kepada satu hubungan yang serius dalam jangka masa yang pendek. Suka? Cinta? Dalam masa 10 hari? WARNING ⚠️ This story contains strong language. D...