PRANG!!
Bunyi pecahan kaca yang kuat itu memeranjatkan y/n. Dia segera keluar dari biliknya lalu menuruni anak tangga dengan berhati-hati dan mencari punca bunyi tersebut.
"Asahi!" alangkah terkejutnya apabila dia melihat Asahi tergeletak di atas lantai.
Y/n terus memeriksa nadi Asahi, alhamdulillah masih hidup.
Aik? Asal dia kata alhamdulillah ni? Bukan ke y/n Kristian?
Dia tidak mempedulikan kata-katanya itu dan mengheret Asahi yang masih pingsan itu ke ruang tamu. Maklumlah berat sangat kalau y/n nak angkat budak tu. Silap silap patah tulang belakangnya.
Sewaktu y/n berusaha mengangkat Asahi supaya baring di atas sofa, dia dapat rasa yang badan Asahi panas.
'Dah sah budak ni demam, semalam siapa suruh ikut Treasure pergi main hujan, kan dah jadi macam ni,' bebel y/n dalam hati.
Untung cuti sekolah, dapatlah dia jaga lelaki a.k.a 'bf' tak official dia ni seharian. Y/n mengeluh panjang lalu dia ke dapur.
Setelah membersihkan kaca yang pecah tadi, y/n memasak bubur nasi untuk sarapan mereka. Dah alang alang budak tu demam, takkan dia nak goreng popia.
- skip selesai memasak -
Y/n sekarang berada di samping Asahi, lepas letak KoolFever, (ciee KoolFever nyasar kat tempat orang) dia duduk di atas lantai, dah bosan sangat kot y/n ni, biasanya pagi pagi pergi jogging diorang. Dah sorang ni demam, jadi batu je lah.
Tiba tiba telefon pintar y/n berdering. 'Aik? Jaehyuk video call? Hairan semacam ni,' tetapi y/n tetap mengangkat panggilan telefon itu. Dia segera naik ke biliknya dek kerana tak mahu Asahi terbangun.
"Hello,"
"Aik? Kau selsema ke Jae?"
"Em, demam, by the way Asahi macam mana? Dia ok?"
"Sama, dia demam juga, tu lah, siapa suruh main hujan semalam, Ish, orang nasihat taknak dengar,"
dit..
'Wtf?! Dia tutup macam tu je panggilan? Tak senonoh!" Y/n dah geram dan hampir membaling telefonnya.
Telefon be like: Apa salah aku woy?! Aku takde dosa pun rasanya.
Kerana amarah y/n semakin membuak buak, dia turun ke bawah lalu kembali duduk di samping Asahi.
'Ish, kau bila nak bangun tidur woy, aku tak ada orang nak cerita ni!' desis hati y/n.
- 3 jam kemudian -
"Uh," lirih Asahi yang baru bangun dari tidurnya. Kepala dia masih pening. Dan dia melihat y/n ketiduran juga, tetapi kepalanya di atas sofa, manakala badannya di atas lantai.
'Kiyowo' Asahi tersenyum sambil mengelus lembut rambut panjang y/n.
Gruup~
Nampaknya memang dah lapar sangat Asahi ni. Mana pagi tadi belum makan, siapa suruh pingsan kan.
Sewaktu dia ingin bangun untuk ke dapur, tiba tiba y/n terjaga.
"Oh, kau dah bangun? Lapar tak?" tanya y/n yang masih mamai. Asahi cuma mengangguk pertanyaan y/n, tekak dia sakit, tak mampu nak berkata apa apa.
Y/n bergegas ke dapur untuk memanaskan kembali bubur yang tadi sudah sejuk. 5 minit kemudian, dia datang dengan semangkuk bubur bersama air suam.
"Aa.. Buka mulut. Jangan mengada-ngada nak makan sendiri atau kau berlapar seharian," tegas y/n. Ok, Asahi membuka mulutnya dan sesudu bubur tadi disuapkan.
'Ada ada je budak ni, nakal pun tetap take care,' bisik hati Asahi.
"Lepas makan ni kau siap siap, kita pergi hospital, cek keadaan kau terus ambil ubat," kata kata y/n membuatkan Asahi tersedak.
"T-tapi kenapa perlu ke hospital? Kau tiada ubat ke?" Y/n dapat menyangka bahawa Asahi takutkan jarum.
- skip -
Sorry lah, Mai tak ada idea. Otak lag weyh🥲. Jadi akan banyak skip tau dalam bab ni, jangan tanya apa jadi kat couple tak rasmi tu, lepas balik diorang terus tidur je.
Keesokan harinya.
Asahi yang masih dibuai mimpi tiba tiba dikejutkan oleh y/n.
"Sahi, bangun. Sekarang dah pagi, aku nak ke sekolah ni, jadi kau terpaksa duduk rumah je lah," ucap y/n dengan suara yang lembut.
Asahi bangun lalu menarik badan y/n hingga jatuh ke pelukannya. Lalu dia cium y/n tepat di bibirnya. "Morning kiss by," ujarnya setelah mencium.
'Gatal betul lah mamat ni! Pagi pagi dah miang. Dah lah bukan hubungan rasmi,' bebel y/n dalam hati.
"Ok, makanan aku dah siapkan tu. Nanti tengah hari aku minta lah dengan cikgu nak balik awal, kau kat rumah ni jangan ambil snek atau coklat, kalau aiskrim dalam peti tu kau boleh makan yang vanilla je," Asahi kemudian mengangguk atas segala nasihat y/n.
- skip -
Y/n ternganga sewaktu sampai di kelasnya. "Serius lah?! Dalam 12 bff lucknut aku ni, cuma Mashiho dengan Yoshi je?!" dia masih tak percaya dengan apa yang dilihatnya.
"Ye lah, hari main hujan tu, cuma kita berdua je yang tak main, Mashiho pun mandi sekejap je," terang Yoshi sambil memuncungkan bibirnya.
"Nampaknya tak riuh lah waktu rehat nanti," Mashiho pula bersuara.
Benar kata dia, kalau Treasure lengkap, tahap kebisingan dan keriuhan diorang boleh sampai tiga kelas lain tau. Ni ramai demam, senyap lah sikit. Adeh~
__________________________________
Nak part seterusnya?
Sebelum tu like dan comment dulu tau♡
Jangan lupa follow mai juga, nanti mai follow back korang.
Sabar ya kalau nak part seterusnya💎
YOU ARE READING
CINTA INTROVERT || 아사히 [✓]
FanficUsaha Kim Y/n untuk membuat seorang Asahi yang sangat pendiam dan misterius menjadi orang yang normal, ceria dan percaya diri akhirnya berjaya setelah mengetahui punca Asahi menjadi orang seperti itu pada satu malam. Hari Ulang Tahun Asahi kini tiba...