08 : forced

111 14 0
                                    

"Apa salahnya kau pergi? Anggap je kau pergi berjalan- jalan dengan kawan" cadang Jisung. Hyunjin memandang Jisung lalu mengambil beer nya dan meneguk laju. Jisung memandang pelik. Dia sendiri tak faham kenapa sahabatnya begini. Isteri cantik tpi tak suka, orng belanja tiket pergi Paris siap lengkap semua nya tpi taknak pergi, dia sungguh tak faham dengan apa yg di fikirkan Hyunjin.

"Kau relax je lah. Kalau kau tak suka berjalan dengan wife kau, kau pergi lah jalan sorang². Dia pergi jalan sorang². Takkan lah eomma kau nak hantar orang intip korang sampai ke Paris" sambung Jisung lagi. Hyunjin diam, termenung. "Haihh susahlah cakap dengan kau ni, nasihat bnyk mana pun bukan kau nak dengar. Dahlah aku nak masuk tidur dulu. Kau tidur lah dalam mana mana bilik yg kau nak. Bye, jangan tidur lambat sangat" Jisung terus bangun dan masuk ke dalam bilik nya.

Hyunjin yg dri tadi senyap berkata perlahan "Betul juga cakap Jisung, eomma takkan hantar orang intip aku dekat sana. Apa kata aku ajak Mina ikut aku pergi Paris?" Hyunjin tersenyum senang dengan ideanya.

.

.

.

Madam Hwang memeluk erat Yubin sebelum mengusap lembut wajah cantik menantunya. "Nanti dah sampai sana bagitahu eomma okay. Kalau Hyunjin nakal pun bagitahu eomma, tahulah eomma kerja kan dia mcm mana" pesan Madam Hwang yg membuatkan Yubin tergelak kecil. Yubin sebenarnya pelik kenapa Hyunjin tiba² okay untuk pergi honeymoon dengannya. Adakah Hyunjin mulai boleh menerima diri nya? Yubin tersenyum.

"Awak ni lah, diorng nak pergi honeymoon je bukan nk pergi bergaduh. Pesan mcm diorng berdua tu budak² kecik" ujar Tuan Hwang dengan kepala yg digeleng-geleng beberapa kali. Hyunjin membuat muka 'not interested' mendengar apa yg eomma dan appa nya cakapkan. Mata nya sedang mencari satu sosok yang ditunggu-tunggu. Kelam kabut Hyunjin menyuruh PA nya mencari tiket flight ke Paris pada hari dan waktu yg sama dengan flight nya. Dia ternampak sosok perempuan yg ditunggunya itu berjalan ke arah gate pelepasan.

"Eomma appa kitaorng pergi dulu nnti lambat pulak" sampuk Hyunjin. Mereka berpelukan lagi sekali. Yubin melambai-lambai ke arah eomma dan appa mertua nya sebelum tangannya di tarik kasar oleh Hyunjin. "Kau boleh tak jalan cepat sikit. Takkan itu pun nak kena aku bagitahu. Dah cepat jalan, tak payah nak melambai beria sangat" ujar Hyunjin dengan suara yg datar complete set dengan muka yang berkerut. Menyampah dengan perempuan yg membuat muka innocent di hadapannya skrng.

'Lah nak lambai tangan dekat eomma dengan appa pun kena marah. peliklah lelaki ni' ujar Yubin di dalam hatinya dengan langkah yg di percepatkan untuk menyamai langkah Hyunjin. Tapi sedikit di dalam hatinya sedang gembira skrng ni sebab Hyunjin masih belum melepaskan tangannya. Walaupun mereka berjalan laju seperti kapal terbang itu akan meninggalkan mereka tpi dia masih akan ingat saat ini.

.

.

.

Sesampainya mereka berdua di hotel, Hyunjin terus melemparkan badannya di atas katil. Matanya dipejamkan dengan keluhan panjang dikeluarkan. Yubin yang baru saja masuk memandang pelik. Hyunjin mengangkat kepala memandang tepat kearah Yubin membuatkan Yubin terkejut dan mengalihkan pandangannya. Hyunjin yang perasan hanya tersenyum senget. Hyunjin bangun dari baringnya dan berjalan menuju kearah Yubin.

Yubin yang tidak perasan dengan kedatangan Hyunjin terkejut apabila tiba² tangannya ditarik oleh Hyunjin supaya menghadap badan tingginya. Hyunjin merangkul pinggang Yubin dan menariknya rapat supaya tiada ruang di antara mereka berdua. Hyunjin memandang tepat kedalam anak mata Yubin. Mata Yubin membulat dengan tindakan Hyunjin. Hatinya berdegup dengan sangat laju dan kuat kerana ini pertama kali Hyunjin memegangnya dengan lembut dan memandang nya sebegitu.

Hyunjin berjalan sambil memeluk badan Yubin kearah katil dan menolak tubuh kecil itu. 'Dia ni dah kenapa? Apa yang dia cuba nak buat' ujar hati kecil Yubin. Sungguh dia tak tahu apa yg dia rasakan skrng ni. happy? takut? terkejut? semuanya sudah bercampur aduk. Hyunjin mendekatkan wajahnya dengan Yubin dan mengelus lembut pipi Yubin dengan mendekatkan mulutnya dengan telinga Yubin. Yubin memalingkan wajahnya yg sudah memerah.

"Kenapa taknak pandang aku? Bukan tadi kau seronok pandang?" soal Hyunjin dalam keadaan berbisik sambil menarik muka Yubin menghadap mukanya. Hyunjin tersenyum manis. "Kau tahu tak apa yg aku rasa skrng ni?" sambung Hyunjin lagi sambil membetulkan rambut Yubin yg sedang membatu."Aku tanya ni, kau tahu tak apa yg aku rasa skrng ni?" soal Hyunjin lagi sekali. Yubin menggeleng perlahan.

"Aku rasa annoying sangat tengok muka kau. So kau duduklah dalam bilik ni sorang², aku nak pergi tidur dekat bilik Mina" ujar Hyunjin dengan bersahaja dan bersiap untuk mengambil luggage nya meninggalkan Yubin yg masih terpaku.

"Ohh ye sebelum aku lupa" Hyunjin mendekati Yubin yg tengah duduk dan menbongkokkan badannya supaya sama dengan eye level Yubin. "Kau jangan berani² nak bagitahu eomma yg Mina ada dkt sini. Kalau eomma tahu, nahas kau. Tahulah apa aku nak buat dekat kau" pesan Hyunjin merenung tajam ke dalam mata Yubin. Yubin mengangguk laju. Dia takut dengan pandangan tajam Hyunjin.

"Bagus! Dah aku pergi dulu. Ni card untk kau. Kau nak beli apa, kau beli lah. Pandai² lah kau jaga diri kau ye. Bye!" ujar Hyunjin lalu terus keluar dri bilik hotel yang ditempah khas untuk mereka berdua. Yubin masih terkedu. Dia memegang muka yg merah bak tomato.

"Kau ni gila ke Yubin? Dah kena tinggal mcm ni pun still rasa happy" Yubin bermonolog sendirian. Masih terasa hangat tapak tangan Hyunjin di mukanya. Dia menggolekkan badan ke kiri dan ke kanan berulang kali menunjukkan betapa terujanya dia disentuh Hyunjin buat kali pertama.

' Kalau macam ni lahh, kena tinggal pun takpe. Tapi.. mcm mana Mina boleh ada dkt sini? Hyunjin yg ajak ke?' kecewa tpi dalam masa yg sama dia masih gembira dengan apa terjadi.

.

.

.

.

to be continued

hi guys!!!👋🏻  sorry sangat² dah lama tak update🙏🏻 author tak berapa nak sihat and banyak benda yg jadi lately ni yg buatkan author malas nak sambung. so enjoy. jgn lupa vote tauu!!! author akan cuba untk publish next chapter okay👌🏼

[HIATUS] the plan 》skz h.hynjnWhere stories live. Discover now