PERMULAAN(BAB 1)

3 0 0
                                    

"Ara ohhh Ara" terdengar suara yang memanggilku dari jauh.Lalu bahuku dipukul."Hish kau ni dari tadi aku panggil Kau tak dengar ke?" bebel Dania kepadaku."Eh bila kau smpai,sorry dok aku tak perasan tadi" jawabku kepadanya.Dania menggelengkan kepala dan mengeluh kepadaku.Aku hanya mampu tersenyum."Ehh kita dah lambat nii!kelas sir Ariq!"teriak Dania kepadaku sambil memandang kearah jam ditangannya.Berlari sepantas kilat lah kami berdua menuju ke kelas sambil dalam hatiku berkata "Aduh,boleh pulak lambat masuk kelas,kelas Sir Ariq pulak tu Haih".Aku paling takut bila masuknya waktu Advertising iaitu waktu Kelas Sir Ariq.Siapa sahaja yang mendengar namanya di Kolej kami mesti sudah masak dengan perangai cerewet dan garangnya.

Tiba di depan pintu kelas,kami menarik nafas panjang lalu mengetuk pintu kelas dan membukanya."Nasib Sir belum masuk"Kata Dania kepadaku."Oiii,Korang asal lambat"teriak Yana kepada kami."Alah sorry lah"balas Dania.Lalu Didi menyampuk "Haih korang ni,nasib Sir belum masuk".Kami pun bergegas ke tempat duduk masing-masing sebelum ketibaan Sir."Eh kau nak tau tak semalam.."belum sempat kami berdua meletakkan punggung,yana sudah memulakan gosipnya.Aku memandang Dania sambil tersenyum.

Kami bertiga sudah masak dengan perangai antara satu sama lain,maklumlah sejak Sem 1 lagi kami mula berteman rapat.Yana seorang yang cerewet,kaki gosip ada sahaja yang tidak kena dimatanya,egonya pula tinggi mengalahkan ketinggiannya.Didi pula selalu sahaja setuju dengan pendapat Yana,dia pula seorang yang tidak pandai menyimpan rahsia,jenis yang menginginkan kebebasan tetapi dikongkong oleh keluarganya,maklumlah bapanya seorang polis yang berpangkat tinggi.Dania pula dia lah satu satunya sahabat aku yang selalu bersamaku,bak kata ibunya seperti adik beradik,tetapi kadang- kadang aku baran juga dengan sikapnya yang suka sambil lewa dan tidak berpendirian tetap.Aku pula Ara,aku tidak pernah memilih dalam bersahabat,asalkan mereka ada bersamaku saat susah dan senang sudah cukup bagiku.Jadi ini lah kami 4 sahabat  berlainan perangai dan cara tetapi mempunyai satu tujuan dan matlamat yang sama iaitu berjaya dalam mencapai apa yang diinginkan.Dan disinilah mulanya permulaan baru kami sebagai pelajar Pereka Graphic di sebuah Kolej terpencil di sebuah Kota Kecil.

"Bang" bunyi pintu ditolak kuat."Ha!semua buat sketches untuk assignment 3 ni,20 Sketches lusa hantar,okey boleh mula sekarang"kata Sir Ariq tanpa salam atau ucapan apa apa.Setelah mendengar suara Sir Ariq kelam kabutlah kami sekelas mengeluarkan drawing book dan segala alatan melukis.Memang sudah menjadi kebiasaan Sir Ariq memberi kami tugasan sebegitu banyak,kadang-kadang melebihi 20 ataupun 40 sketches diberikan.Belum lagi dikira dengan tugasan yang direjectnya akibat kesalahan kecil.Jadi terpaksa lah kami memulakan dari awal.

Jam menunjukkan pukul 4.30 petang."Okey,jangan lupa hantar assignment lusa"."Bang"pintu ditutup kuat oleh Sir Ariq yang beredar setelah habis kelasnya."Fuh,leganya macam nak putus jantung aku ni nak menghadap muka Sir,dah lah tempat duduk kedua hadapan"kataku kepada mereka bertiga.Mereka hanya menarik nafas lega sama seperti aku.Setelah itu kami berkemas kemas untuk pulang ke asrama."Ding"notificationku berbunyi."Awak buat apa?jom keluar makan malam ni".Rupanya notification dari teman lelaki aku.Belum sempat aku mahu merehatkan badanku dia dah mengajak aku keluar makan.Mahu tidak mahu terpaksalah aku mengikut kehendaknya,sayanglah katakan.Lagipun aku ada sedikit rindu padanya tetapi tidak aku ungkapkan kerana egoku."Hish ed ni ajak aku makan pulak,dah lah banyak assignment"bebelku pada mereka bertiga tetapi dalam hatiku sudah berbunga-bunga."Pergi jelah lagipun, aku pun boleh jumpa hamad,kita boleh lepak sekali nanti"kata Dania."Alang-alang kita keluarlah berempat makan malam sekali"kata Yana.Akhirnya mereka berempat pun setuju untuk dengan Idea Yana.Sebenarnya,kami bereenam sudah mengenali antara satu sama lain,jadi mudah untuk kami berinteraksi tanpa rasa kekok.Aku mengenali Ed sudah melebihi 2 bulan,dan perjumpaanku yang pertama bersama Ed pun bersama mereka bertiga.Dania pula sudah mengenali teman lelakinya Hamad sejak kami berada di satu kelas yang sama semasa Sem 3.Tetapi mereka baru memutuskan untuk menjadi pasangan setelah Sem 5.Maklumlah Dania banyak menukar pasangan setiap Sem dan kemudian patah hati,banyak kali dinasihat pun sama sahaja.Sampai aku sendiri sudah muak dengan nasihat yang aku berikan pada dia."Eh dah lah asal berdiri lama lama depan pintu ni,jom gerak"kata Didi.Kami pun berjalan balik ke asrama merehatkan badan sementara menunggu waktu makan malam.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 10, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

"MATAHARI"Where stories live. Discover now