Disaat orang lain sedang diulit mimpi, masih terdengar dua orang gadis sedang berbual sesama sendiri di kegelapan malam.
" Yanie kau jangan bagitau orang tau yang aku suka mamat tu hahaa, nanti malu pulak aku kalau dia tahu and kalau member dia tahu lagi lah parah wei. Dah lah diorang senior kita" kata Ija kepada kawan baiknya merangkap kawan satu dorm sambil ketawa kecil.
"Yela takde maknanya aku nak bagitau orang, bukan dapat duit pun" balas Yanie sambil menepuk2 bantalnya untuk tidur.
Ija yang melihat Yanie sudah menepuk2 bantal dengan mata yang kayu lalu berkata;
"Haa dah lah jom tidur, aku pun dah mengantuk dah ni. Esok kelas tau! Jangan terbabas sudahh" kata Ija.
"Okayy weh, sama lah mengantuk sangat. Bye ija esok pulak tau. Selamat malam" kata Yanie. Ija pun bangkit dari katil Yanie dan melangkah ke tempat tidur nya sendiri dalam keadaan meraba-raba kerana lampu biliknya sudah ditutup.
Sudah menjadi kebiasaan mereka light off pada pukul 11.45 malam seusai bacaan Al-Mathurat dibaca oleh para petugas BADAR (badan dakwah dan kerohanian) sekolah tersebut.
Ija tanpa fikir panjang terus melelapkan matanya sesudah membaca 3qul dan doa tidur. Lalu dia sudah terbang ke alam mimpinya sendiri.
Tanpa disedari Ija, sesuai telah berlaku kepada Yanie pada malam itu.
Keesokannya..
Dalam kelas, sedang menunggu waktu belajar yang seterusnya Yanie, Ija dan kawan-kawannya yang lain sedang berbual rancak. Walaupun setiap hari berjumpa, mereka tidak pernah kehabisan idea untuk bercerita dan memeriahkan persahabatan mereka.
Yanie tiba-tiba mencuit bahu Ija dan bertanya dengan nada perlahan,
"Weh Ija, semalam kau tidur terus ke lepas kita borak tu?" bisik Yanie kepada Ija.
"Haa yelaa kenapa? Aku mengantuk sangat weh, terus tidur tak ingat dunia dah haha" balas Ija spontan.
" ohh takde lah sebab bila kau pergi dekat katil kau, taklama lepastu aku nak minum air. Jadi aku bangun lah kejap, pastu aku tengok katil kau. Aku nampak.." jawab Yanie sambil mata melilau ke kiri dan ke kanan.
Ija tanpa basa basi terus menepuk bahu Yanie dan bertanya,
" apa yang kau nampak? Cerita sampai habis lahh eish dia ni" balas Ija dalam nada sedikit naik kerana ayat Yanie membuatkan dia agak takut.
" eh terkejut akuu! Takde lah aku nampak macam kau tengah duduk jugak atas katil. Sambil peluk lutut macamtu. So, bukan kau ke??" Jawab Yanie sambil menarik tangan Ija untuk rapat kepadanya.
" ish takdenyaa, aku dah tidur lah masatu. Aku terus baring bila sampai katil tu, kau ni biar betul weh?" Balas Ija dalam nada gementar. Iyela siapa tak takut jadi dekat katil sendiri.
"Iya lah ija, takkan aku nak tipu kau. Tapi aku nampak macam rambut pendek tau, takat paras bahu macamtu, tapi rambut kau...panjang" balas yanie terkedu dengan ayatnya sendiri.
Lalu mereka berdua terdiam kaku sambil melihat sesama sendiri.
Siapaakah itu? Siapakah yang Yanie lihat berada di atas katil Ija?
*true story 😚
YOU ARE READING
Hantu mana²
Kinh dịHidup didunia ini bukan hanya kita sahaja, ingatlah sentiasa ada yang menemani dan nemerhatikan kita dalam diam . " aku lah iblis durjana, aku dicampak ke neraka bersama janjiku untuk menghasut anak cucu Nabi Adam supaya ingkar kepada Tuhanmu yang S...