Suasana di pub malam meriah dengan muzik dj menaikkan kegembiraan serta hawa nafsu liar sang pemuda dan pemudi untuk bergembira pada jalan yang salah. Lampu berwarna-warni berkedip dan suara tawa serta muzik mengisi udara diadun sempurna menjadi satu.
Ditengah kerumunan manusia kumpulan anggota UTK masuk kedalam dengan cermat tidak mahu menciptakan suasana tegang.
Mirza selit masuk ke ruang VIP dengan tujuan mencari sasaran bagi membantu menyelesaikan isu narkotik dadah, setelah yakin dengan bilik target Mirza tolak perlahan. Dapat dia lihat seorang lelaki cina sedang duduk dimeja kerja sambil menikmati teh hangat.
“Boss, macam mana business? Nampak maju… Nampak mewah… Apa rahsia?”
Mirza senyum sinis dalam ucapan ada makna tersorok untuk Boss Kiew teliti. Jaket kulit kijang asli Turki Mirza lepaskan daripada tubuh badan kekar perlihatkan lebih otot besar.
Duduk dengan kedua kaki dikepak siku kiri dan kanan atas peha seiring tubuh bongkok separuh untuk lihat tepat ke dalam anak mata milik Boss Kiew. Sorot mata dingin dan setajam singa dikala menyasarkan sasaran pada mangsa dan musuh.
“Inspektor?!” Terkejut bukan kepalang Boss Kiew dengan kemunculan lelaki itu bersama anggota pasukan UTK yang lain. Otak ligat memikirkan cara untuk melepaskan diri. Arif benar bahana bakal dihadapi jikalau ‘sangkut’ dalam besi dingin.
“Tak adalah… Mana ada masyuk!!! Business kecil-kecil punya la boss… Apa olanggg selalu kata wooo, itu budak kicikk mau belajar berjalan! Ha… Ini business masih baby… Bukan itu besarrrr….” Nafi Boss Kiew dengan penggunaan bahasa melayu minimal untung masih dapat difahami dek Mirza. Tangan serta kepala keringat dingin.
Mirza main pemetik api sambil perhatikan muka Boss Kiew dengan senyum sinis. Teknik ini berkesan bagi menundukkan musuh yang dalam hatinya memiliki keraguan dan sedikit penolakkan batin membuatkan mereka jujur.
“Kau ingat kami setaraf budak tadika untuk kau bohong?” Fateh tak berikan peluang lelaki berketurunan cina itu menjelaskan situasinya kerana semua sudah terbukti dihadapan mata.
Fateh lempar beberapa kepingan gambar atas meja kasar alhasil semuanya berterabur. Jari bergerak menuju kepingan foto pertama dan selanjutnya.
“Awal tahun ni saja engkau ke London bukan dengan menggunakan economy class… Business class siap oder wine yang harganya paling mahal… Bulan pertengahan kau sunting Lambhorgini Avendator… Semalam? Yea semalam kau buat private party at your villa jangkaan cost $1M… Ni tak masyuk ke boss? Lubang naga emas mana kau korek sampai dapat modal beli semua aset berharga ni?” Duga Fateh sembari rendahkan tubuh badan agar selari.
Wajah Boss Kiew dilirik dengan ekor mata Mirza setajam pandangan mata helang. Penafian lelaki itu hanya menjadikan bukti milik anggota UTK kukuh bahawa lelaki cina dihadapannya melibatkan diri dalam organisasi bahaya.
“Boss Kiew… Jangan menipu… Jangan kerana mulut badan binasa.” Daripada jari jemari Mirza main sekitar bibir sengaja dilalukan sekitar tubuh dengan suara erangan kesakitan.
Mati kutu Boss Kiew tak ada persiapan sempurna lawan kembali musuh abadinya ini. Rambut sengaja gosok kasar. “Haiyaa inspektor saya mana ada tipu! Cuba lu orang tengok ini premis mana besar… Jangan habiskan waktu wa laa… Haiya… Balik! Balik! Wa banyak kerja nak settle…”
“Not to fast…”
Belum sempat Boss Kiew bangkit daripada kerusi tangkas Mirza rentap kolar belakang baju humban kembali badan lelaki berketurunan cina itu untuk duduk kembali atas kerusi bersebelahan dengannya.
Menyeringai memperlihatkan barisan gigi putih kemas tersusun, wajah sengaja dia dekatkan sampai Boss Kiew sulit bernafas kerana ketakutan.
“Berapa banyak kau bayar?” Mirza sengaja menguji dalam benak otak berselirat strategi membongkarkan kebusukkan perilaku lelaki itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/288078823-288-k317848.jpg)
YOU ARE READING
INDIGO [LEONZIO] - MINI NOVELA FP
RomanceLeonzio, inilah gelaran diberikan kepada lelaki bernama Mirza Sadiq berna ung mengalas amanah pada bangsa dalam unit UTK yang merupakan singkatan bagi Unit Tindakan Khas. Perwatakan dingin, gagah perkasa hanya menyimpan kisah duka silamnya bersama s...