24

272 35 21
                                    

🌹🌹🌹

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🌹🌹🌹

  Kiara terkelip-kelip melihat Wooyoung yang betul-betul penat melayan telatah dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

  Kiara terkelip-kelip melihat Wooyoung yang betul-betul penat melayan telatah dia. Seperti mahu pitam lelaki itu dibuatnya. Mana tidak, Kiara ke sini pada pukul 3 pagi semata-mata sebab dia 'lapar' dan meminta 'makanan' daripada Wooyoung.

  Walaupun dibebel lelaki itu, tapi dia dapat apa yang dia mahukan. Buktinya, dia sedang seronok saja menyedut 'makanan'nya yang diletakkan di dalam kotak air milo. 

  "Kau ni kenapa, Wooyoung? Terpusing-pusing, pening kepala aku Wooyoung." ucap Kiara dengan muka tak bersalahnya.

  Wooyoung gelengkan kepalanya berkali-kali, membawa dirinya pulang ke realiti.

  "Kau tanya aku kenapa? Aku ni bapak kau ke apa?"

  "Well, you said you are." Kiara senyum dengan wajah suci.

  Wooyoung sekali lagi berpura-pura pengsan. Kemudian dia bangun semula dan menarik nafas dalam sambil memandang wajah 'anak'nya yang sedang kelaparan atau dalam bahasa kasarnya, kebulur.

  "KAU TAK BOLEH TUNGGU PAGI ESOK KE?! AKU MENGANTUK, KAU INGAT VAMPIRE TAK TIDUR KE HAH?!! VAMPIRE MAT SALLEH TAK TIDUR, VAMPIRE MELAYU TIDUR! EH.. MELAYU KE KOREA?"

  "Lahh, dah aku lapar. Kau je yang tahu pasal aku dalam rumah ni. Kau nak aku minta dekat siapa lagi? Kalau aku buka peti tu sendiri, nanti orang lain nampak macam mana?" 

  "Apa-apa je lah. Kau jangan kacau aku tidur, makanlah sampai puas!" Wooyoung kembali berbaring di atas katil, memejamkan matanya..

  Akan tetapi..

  "Father.."

  "APA LAGI?!!" 

  Kiara diam sambil tangannya menarik lengan baju Wooyoung yang merana kerana tak dapat lelapkan mata. Wooyoung bangun daripada katil, mengecilkan mata memandang Kiara. Kiara tuding jari ke arah pintu.

  Wooyoung pandang pintu, nak tercabut jantungnya melihat Hongjoong yang menghulurkan kepala saja di celahan pintu itu. Wooyoung urut dada, Kiara masih menghisap makanannya.

DejaVuWhere stories live. Discover now