🎨 01

211 18 0
                                    

Selepas bergelut dengan beberapa assingment bersama sahabat sahabatku, kini aku boleh pulang ke rumah. Aku naik bus terkahir untuk hari ini. Ya itu bermakna sudah lewat malam. Jam menunjukkan hampir pukul 11. Sahabat sahabatku menawarkan untuk menghantar aku pulang tapi aku tolak. Aku tahu mereka sama penat dengan aku.

Jadi aku pulang seorang diri. Jalan pada jam sebegini, masih ada kereta lalu lalang walaupun tak banyak seperti siang hari. Tiada apa yang aku perlu takut. Sepanjang jalan kerumahku dipenuhi dengan lampu lampu. Kawasan sini juga belum ada kes curi atau menculik. Aku rasa masih selamat.

Bibirku menguntum senyum bila mesej dari sahabatku muncul. Mereka tanya sama ada aku sampai rumah atau belum. Aku membalas mesej mereka tanpa berhenti berjalan. Sampailah ada satu lampu menyuluh ke arahku. Kedengaran enjin motosikal sangat laju. Kakiku kejung disitu. Tindak balas badanku membuatkan aku tidak dapat bergerak.

Fikiranku melayang. Entah apa yang aku fikir saat genting seperti ini sampailah aku terjatuh kebawah. Baru aku sedar motosikal itu sudah berada tepat dihadapanku. Penunggang itu sempat perlahankan motosikalnya. Kalau laju tadi rasanya dah arwah aku malam ni.

"Damn! What the hell are you doing?!" tengking penunggang itu.

Melihat keadaan aku sekarang, dia terus cabut helmetnya dan datang membantu aku.

"Awak yang langgar saya!"

Aku tak nak kalah. Walaupun perlahan dia tetap langgar tubuh aku sehingga aku terjatuh.

"Pardon! Eh awak yang jalan sambil main fon"

Aku cuba mengingat kejadian sebelum aku dilanggar. Shit! Dia betul. Aku main fon tadi.

"Mana ada saya main fon. Awak tu yang bawa moto laju" bidasku lagi.

Dia menguak rambut hitamnya. Wajahnya menunjukkan yang dia betul betul marah dengan aku. Bunyi hon kereta kedengaran. Lelaki ini membantu aku ke bahu jalan. Motosikal berkuasa tingginya juga diubah ke tepi.

"Look girl! Saya boleh buat report atas kesalahan awak. Tak patut awak main fon sambil berjalan macam tadi" dia sambung membebel.

Tapi kalau dia betul betul buat report, memang tamat hidup aku. Apa aku nak jawab dengan mama aku nanti. Dan sudah pastinya aku kena membebel 11 hari 11 malam berturut turut. Mama akan ulang benda yang sama nanti.

"Tapi awak tak ada bukti"

Aku nampak dia tayang senyum sinis. Dia mengangkat sedikit wajahnya kearah tiang lampu isyarat untuk pejalan kaki.

"Ada kamera cctv disana. Itu sudah cukup untuk saya saman awak"

Aku berdehem. Malam ni aku terpaksa mengalah dengan lelaki yang aku tak kenal langsung ni. Ikutkan hati aku nak lari tapi aku tahu aku tak sempat nak buat semua tu.

"Jadi awak nak saya buat apa supaya awak batalkan niat nak report saya?" soalku.

Aku nampak dia scan aku dari atas sampai bawah. Dasar lelaki! Mata tu memang tak boleh nak jaga ke. Suka hati scan aku.

"Siku awak berdarah"

Aku terus pandang sikuku. Lah! Patutlah rasa pedih. Rupanya ada luka disitu.

"Awak pergi tunggu atas bangku sana. Saya pergi kedai kejap"

Belum sempat aku jawab, dia sudah melangkah pergi. Dengan terpaksa aku ikut arahan dia. Selang beberapa minit, dia datang bersama satu beg plastik.

"Bagi tangan awak"

Tanpa banyak bunyi aku hulurkan juga. Malas nak bergaduh. Tenaga sudah habis untuk bertekak. Dia cuci luka aku lalu tampal plaster yang agak besar. Lukaku boleh tahan besar.

"Done. Untuk soalan awak, saya akan fikirkan dulu. So, goodnight!"

Selepas motosikalnya hilang dari pandangan, aku tersenyum sendiri. Bukan senyum sebab suka tetapi senyum kemenangan. Aku tidak akan berjumpa dengan dia lagi selepas ni. Dia lepas aku macam tu aje. What a dumb man.

...

Heart Of Stone | HWANG HYUNJINWhere stories live. Discover now