Tamat kelas aku untuk hari ini. Haechan dan Gowon terlebih dahulu keluar. Katanya nak kejar masa untuk tengok movie mereka. Aku pula seperti biasa. Dalam fikiran sudah terfikir katil dekat rumah. Mesti dia tengah tunggu kepulangan aku.
"Hey bodoh! Lepaslah!"
Aku dengar seorang perempuan menjerit.
"Kau perampas!" jerit seorang lagi pula.
Aku nampak student berkumpul di tempat parking kenderaan. Setiap student yang baru keluar mesti akan melekat disana untuk melihat apa yang jadi. Tetapi tidak untuk aku. Aku tidak berminat sebab aku sudah tahu apa yang jadi disana. Semestinya dua orang perempuan sedang bergaduh berebut seorang lelaki.
Tanpa menunggu lagi aku melangkah pergi dari situ. Belum sempat aku keluar dari pintu pagar universiti, ada seorang lelaki halang aku. Terus bola mataku diputar.
"Dah nak balik?" soal dia. Siapa lagi kalau bukan Hyunjin.
Aku mengangguk.
"Nope! Awak perlu ikut saya pergi satu tempat"
"Tak nak" kataku selamba. Aku tahu aku masih terikat dengan dia. Well ini Darlene Mavis. Tiada siapa boleh arahkan dia.
Dia pula cuma tenung aku sambil lipatkan tangan didepan dadanya. Seumur hidup aku, tidak pernah lagi aku keluar berdua dengan lelaki.
"Awak jangan paksa saya boleh. Kan saya dah cakap saya anti-social" marahku.
"Siapa cakap saya nak bawa awak pergi tempat orang ramai?"
Aku mengeluarkan nafas beratku. Nampaknya dia belum berputus asa. Sebenarnya aku agak letih hari ni. Kalau boleh aku nak balik rumah cepat cepat.
"Tak nak juga. Awak pergilah ajak orang lain. Awak kan hotstuff. Ajak seorang, dua puluh orang auto beratur dekat belakang"
Giliran dia mengeluarkan nafas beratnya. Kan aku dah cakap aku ni annoying level yang tinggi.
"Tapi saya nak awak yang ikut. Ingat. Awak ada hutang dengan saya"
Kini wajah dia berubah dingin. Lah yang dia nak koyak dah kenapa.
"Awak tengok muka saya macam kisah ke?"
Aku membuka langkah pergi dari situ. Malas nak bertekak lagi. Tak ada guna pun sebenarnya. Tetapi lain pula yang jadi.
"Jadi betul apa yang saya dengar pasal awak"
Kakiku automatik berhenti. Aku tahu apa yang dia cuba sampaikan. Tetapi badanku masih pegun disitu. Tiada niat untuk pusing belakang untuk membalas kata katanya.
"Awak sombong. Awak fikir macam awak sorang perempuan yang ada didalam dunia ni"
Aku dah agak. Orang orang selalu bahas tentang aku. Mereka ni tiada topik lain ke selain aku. Tak boleh ke kalau semua orang tak perlu hiraukan aku. Anggap je aku tak wujud di universiti ni. Sumpah aku cakap aku tak kisah.
"Dengan perangai sombong awak tu, awak ingat semua lelaki akan terkejar kejarkan awak. Even awak cantik sekalipun, kaum lelaki benci perempuan seperti awak"
Wah! Menusuk kedalam hati. Dialah lelaki pertama yang berani ceramahkan aku. Jantung sudah berdebar. Sangat laju. Bukan sebab kecewa dengan apa yang dia cakap tetapi sebab terlampau marahkan dia. Aku tahan sebaik mungkin.
Kalau diri aku yang satu lagi muncul, aku tak tahu apa yang jadi. Kalau aku marah, itu bukan diri aku lagi yang tengah marah. Lebih kurang monster yang hidup dalam badan aku yang tengah marah. Jadi please jangan buat aku marah. Aku sendiri takut dengan diri aku bila tengah marah.
Untuk tidak wujudkan semua itu, aku terus melangkah pergi. Sumpah aku cakap, aku semakin benci dengan lelaki.
...
YOU ARE READING
Heart Of Stone | HWANG HYUNJIN
ChickLit"Tak nak juga. Awak pergilah ajak orang lain. Awak kan hotstuff. Ajak seorang, dua puluh orang auto beratur dekat belakang" "Tapi saya nak awak yang ikut. Ingat. Awak ada hutang dengan saya" "Awak tengok muka saya macam kisah ke?" "Jadi betul apa y...