Hi world ❤️
Perkenalkan, saya manusia. Manusia biasa yang lemah. Kecantikan ? Biasa jer. Kepandaian ? Boleh lah. Kaya ? Sorry, saya cuma budak kampung. Baik ? Ermm, of course lah saya baik. Kalau saya tak baik, saya dah tikam awak tau !
Manusia ni pun sering dihimpap masalah dan disakiti. Setiap manusia, pasti ada ujian masing-masing. Allah uji, tanda Allah sayang tau. Jadi, kita kena usaha, doa dan tawakkal. Jangan bila Allah uji, kita rasa down. Sebaliknya, kita patut bangun dan kuat hadapi ujian itu.
Bagi saya kan, manusia yang banyak bagi nasihat and semangat dekat orang lain, sebenarnya dia dah banyak masalah. Dia tak nak orang lain jadi macam dia juga. Sebab tu, dia bersungguh-sungguh bagi semangat. But diri sendiri, taktau nak letak kat mana :)
Hah lagi satu perangai manusia ni, dia cepat terasa. Cengeng, kan ? Hmm, some people akan ingat manusia ni cengeng. Tapi setakat ni, manusia ni tak pernah menangis depan orang. Sebab bila dia depan orang, dia garang macam singa. Rawr !
Tapi bila dia sendiri, dia akan luahkan semua melalui tangisan. Nak buat macam mana ? Manusia ni tak minta pun jadi soft. Tapi dah takdir, dia terima jer. Susah sebenarnya jadi soft ni. Kena marah sikit, nangis. Kena tengking sikit, nangis. Kena menganjing sikit, nangis.
Satu benda yang saya kagum dengan manusia ni. Bila depan orang, dia nak nangis, dia akan tahan tau. Dia takkan buat apa-apa. Dia akan diam dan tiba masa dia bersendiri, dia lepaskan segalanya. Hebat, kan ?
Luaran manusia ni, semua nampak dia ni garang dan tak sabar. Cepat marah, macam akak singa. Tapi dalaman dia, hanya dia dan Allah jer tahu. Orang taktau betapa sakitnya menahan tangisan dihadapan orang. Semuanya dialami sendiri.
YOU ARE READING
Jodohku Encik Tengku [C]
FantasiaBOOK 04 [completed]✅ Start : 13 Oktober 2021 End : 25 Januari 2022 ✨ 𝖪𝗇𝗈𝗐𝗇 𝖺𝗌 Hey Awak ! Jodoh Saya ? ✨ ♡︎ Adrian × Ayrose ♡︎ " I'm strong , but I'm tired , " Mutiara Ayrose , gadis yang berasal dari kampung . Berpindah bersama keluarga ke Ku...