"Mengikut pemeriksaan kami, Cik Ayrose mengalami Dissociative Amnesia atau Phsycogenic Amnesia dimana Cik Ayrose mengalami amnesia selepas trauma yang ketara. Penyebabnya ialah hentakan yang kuat dibahagian kepala semasa Cik Ayrose terjatuh," terang Doktor Nina.
Rifqi mengeluh perlahan. Allahuakbar...
"Jadi, dia tak ingat lah trauma dia ?" soal Rifqi.
Doktor Nina mengangguk.
"Kemungkinan trauma yang dialami Cik Ayrose semasa dia berumur 15-17 tahun. Jadi, dia hanya mengingati perkara dari umurnya kecil, sehingga berumur 14 tahun. Sebab tu, dia menganggap dirinya 14 tahun, dan perangainya berubah menjadi kebudak-budakan. Mungkin selepas mengalami trauma itu, Cik Ayrose berubah kepada dirinya yang lain," terang Doktor Nina panjang lebar.
Rifqi mengangguk lagi.
"Baik, terima kasih doktor,"
✨✨✨
"Macam mana ?" soal Rizqi.
Masing-masing menanti jawapan yang akan keluar dari bibir Rifqi. Berita baik, atau buruk ?
Rifqi menggeleng perlahan dan menunduk.
"Ayrose... amnesia," jawab Rifqi perlahan.
Membuntang mata mereka mendengar jawapan yang meniti di bibir Rifqi.
"Serius ? Macam mana dia boleh amnesia ?"
"Kakak amnesia ? Kakak tak ingat Am, ke ?"
"Amnesia ? Teruk, ke ?"
"Amnesia ?"
Rifqi memandang sayu tubuh Ayrose yang sedang tidur itu.
"Ayrose, kena Dissociative Amnesia atau Phsycogenic Amnesia disebabkan trauma yang ketara. Jadi, dia ingat diri dia 14 tahun dan perangai dia berubah kebudak-budakan. Doktor kata, kemungkinan trauma tu diamlami masa 15-17 tahun. Sebab tu, dia anggap diri dia 14 tahun," terang Rifqi semula.
Masing-masing mengucap panjang. Astagfirullah...
✨✨✨
"Aduh, bosannya... dah lah lapar..." rengekku.
Nak buat macam mana, tak boleh keluar hospital lagi. Dah lah sekarang office hours, memang semua orang pergi kerja lah.
Ayyan, Ayyen, Adham dengan Amsyar pun pergi sekolah.
Jap, Amsyar bukan ke baru 10 tahun ?
Tapi semalam Abang Rif kata, Amsyar 13 tahun.
So maknanya... Adham 14 tahun ?
Tak, serius lah aku dah 17 ? Kenapa aku tak ingat apa-apa ?
Ahh, sakit kepala !
Kepala yang berdenyut-denyut dipegang. Aku berbaring di atas bantil.
Sumpah aku tak ingat apa-apa.
Dan kepala aku akan sakit, kalau cuba ingat sesuatu.
But I'm normal.
Klekk
Bunyi pintu dibuka menyentakkan aku. Aku memandang ke arah pintu. Seorang lelaki masuk bersama sebungkus plastik merah ditangan.
Ermm... siapa, eh ?
"Adrian ?"
Adrian mengangkat mukanya memandang Ayrose.
"Adrian ? Awak buat apa kat sini ?" soalku.
Adrian meletakkan bungkusan tadi di atas meja.
"Abang kau lah, suruh aku belikan makanan untuk kau. Risau sangat adik dia," Adrian melabuhkan punggung di kerusi sebelah katil Ayrose.
"Iye ? Putra mana, wak ?"
Adrian menggeleng perlahan.
"Dia sekolah lah," jawab Adrian malas.
"Habistu, awak tak sekolah ? Awak dah pandai, ke ?" sempat diselit perlian.
Adrian mencebik dan menjeling Ayrose.
"Aku balik awal lah harini," Adrian memberi alasan.
Aku mengangguk. Malas nak tanya lebih-lebih.
Aku mencapai bungkusan tadi. Nasi ayam !
Aku memandang Adrian. Adrian mengangkat sebelah keningnya tanda 'apa'.
"Awak dah makan ?" soalku prihatin.
Adrian menggeleng.
"Jom makan sekali, nak ?" ajakku.
Adrian tersentak. Dipandang Ayrose tidak berkelip.
Asal lah dia jadi 'wanita melayu terakhir' sejak hilang ingatan ni ?
Cair tau !
Eh, kantoi kah ?
Tapi best juga Ayrose hilang ingatan ni. Lembut jer, sejuk mata memandang wajah polos Ayrose.
"Adrian !"
Adrian tersedar dari lamunannya. Dia berdehem beberapa kali.
"Cepat lah, Adrian,"
"Tak payah, kau makan lah," Adrian menolak.
Hilang macho kalau kali pertama ditawar dah terima. Dia kena, beberapa kali ditawar, baru terima.
Hah, gitew.
Nampak sangat Adrian pun gatal, kan ?
"Ala... cepat lah. Meh sini saya suap," kataku.
Terbuntang mata Adrian memandang Ayrose. Suap ?
"Eh, tak payah. Kau makan, biar aku suap," Adrian mengambil nasi ayam dari tangan Ayrose.
Aku tersengih.
"Bismillah..."
Uishh, sedap weh nasi ayam tu.
Author plak tetiber craving nasi ayam (;´༎ຶٹ༎ຶ')
"Umur awak berapa ?" soalku tiba-tiba.
"17 lah,"
"SPM ?"
Adrian mengangguk.
"Sama macam kau lah," tambah Adrian.
"Eh, saya kan 14 ?" soalku blur.
Adrian sembunyi senyum.
"Kau dah 17, Ayrose..." Adrian memperbetulkan ayat Ayrose.
Aku mengangguk.
BAM !
"Hye guys !"
Terhenti perbuatan Adrian menyuap Ayrose. Serentak mata dialihkan ke arah pintu.
"Hye !" sapaku.
Aakif, Adam, Syafi dan Zayyan menahan tawa melihat adegan tadi. Ayyan dan Ayyen pula terus melabuhkan punggung di sebelah Ayrose.
"Kakak, makan apa tu ?" soal Ayyan sambil mengelus rambut Ayrose.
"Makan nasi ayam ! Adrian yang bawa, dia suap," aku tersengih.
Terhambur akhirnya tawa Aakif, Adam, Syafi dan Zayyan memenuhi segenap ruangan bilik Ayrose.
Adrian memandang mereka berempat dengan pandangan maut. Tengah tahan marah ler tu.
"Adrian, cepat lah," gesaku.
"Iye, iye," Adrian menyuap kembali nasi ayam di dalam mulut Ayrose.
Ohh, lupa ! Guna sudu, eh. Cause Adrian kan anak orang kaya, dia mana reti pakai tangan.
"Hmm, comel lah,"
"Kan ? So sweet !"
"Huhu, ship Adrian dengan Ayrose,"
"Diorang mungkin akan menang anugerah pasangan paling sweet,"
Sekali lagi mereka berempat mendapat jelingan maut.
Ayyan dan Ayyen menggelengkan kepalanya.
CONTINUEZ...
YOU ARE READING
Jodohku Encik Tengku [C]
FantasyBOOK 04 [completed]✅ Start : 13 Oktober 2021 End : 25 Januari 2022 ✨ 𝖪𝗇𝗈𝗐𝗇 𝖺𝗌 Hey Awak ! Jodoh Saya ? ✨ ♡︎ Adrian × Ayrose ♡︎ " I'm strong , but I'm tired , " Mutiara Ayrose , gadis yang berasal dari kampung . Berpindah bersama keluarga ke Ku...