Semalaman aku tak dapat tidur sebab fikirkan kata kata Hyunjin. Aku memang tak sangka langsung dia akan cakap macam tu. Boleh tahan juga mulut para lelaki ni. Hish! Geram aku bila fikir pasal dia. Dia fikir dia siapa untuk ceramah aku macam tu.
Kalau belum betul betul kenal dengan aku, dia tak layak nak judge aku. Ini tidak. Siap cop aku perempuan sombong lagi. Kalaulah aku boleh buang semua tu dari otak aku. Aku dah tak nak ingat lagi. Tapi otak aku dari lahir memang macam ni. Sampai bila bila pun aku akan ingat siapa yang pernah sakitkan hati aku.
Argh! Boleh gila macam ni.
Pagi ini aku terjaga awal. Selalu kalau tiada kelas, aku akan bangun pukul 11 atau 12 tengah hari. Tetapi hari ni, pukul 9 aku dah bangun. Selepas bersihkan diri semua, aku turun ke bawah untuk isi perut.
Sebaik saja aku melangkah ke dapur, aku sudah dengar suara mama dan kakakku. Aku dengar mamaku membebel sesuatu. Yang tak lain dan tak bukan kes percintaan kakakku. Kakaku jenis yang suka bercerita hubungan dia dengan boyfriend dia pada mama aku.
Serius aku cakap aku muak dengan semua ni. Kan aku dah cakap cinta ni complicated. Sebab itulah aku tidak suka. Lepas letak nutella atas beberapa keping roti, aku terus ke bilik aku semula. Tidak lupa juga white coffee panas aku. Lagu aku pasang kuat kuat supaya aku tak dengar apa yang mereka bertekak didapur.
Aku terfikir lagi pasal kejadian semalam. Bodoh siakk. Tak payah nak fikir lagi boleh tak. Stop Darlene!
Tak boleh jadi ni. Aku rasa aku perlu buat beberapa assignment untuk lupakan semua benda tu. Yes itu cara yang paling bagus.
Sedang aku buat assingment, mamaku masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Ditangan dia ada sebuah sampul surat. Muka dia tak payah cakaplah. Memang merah habis.
"Ada apa ni ma?" soalku.
Dia letak sampul surat itu dengan kasar diatas mejaku. Tanpa menunggu aku membuka. Satu persatu isinya aku baca. Nampaknya Hyunjin betul betul buat report pasal kejadian hari tu.
"Tadi kakak kamu buat hal. Sekarang kamu pula!" mama sudah marah.
"Banyak banyak macam ni, siapa yang nak bayar?" soal mamaku lagi.
Aku melihat jumlah yang aku kena bayar. Boleh tahan banyak. Aku mampu untuk bayar semua ini tetapi untuk orang yang hidup sederhana macam family aku, jumlah ini sangat banyak. Kami tidak kaya dan tidak juga miskin. Level tengah.
Sampai hati Hyunjin. Tak kan hanya sebab aku tolak untuk ikut dia semalam, dia balas sampai macam ni sekali. Nampaknya nama dia akan masuk dalam senarai blacklist aku.
...
YOU ARE READING
Heart Of Stone | HWANG HYUNJIN
ChickLit"Tak nak juga. Awak pergilah ajak orang lain. Awak kan hotstuff. Ajak seorang, dua puluh orang auto beratur dekat belakang" "Tapi saya nak awak yang ikut. Ingat. Awak ada hutang dengan saya" "Awak tengok muka saya macam kisah ke?" "Jadi betul apa y...