Aku sudah tahu sedikit sebanyak tentang Hyunjin. Itupun yang Haechan yang bagitahu. Hyunjin seorang student course Fine Art yang baru pindah ke universiti sini. Kata Haechan, Hyunjin sudah lama berkawan baik dengan Jaemin dan Junkyu. Dari high school lagi.
Jadi dia seorang lelaki yang hebat melukis. Sejujurnya aku sangat kagum dengan orang yang pandai melukis sebab aku teringin bakat itu. Tetapi untuk lelaki seperti Hyunjin, aku tidak rasa kagum lagi. Hebat macam mana pun dia, aku tetap tidak suka.
Mataku terpandang tiga orang lelaki bak model berjalan. Sudah tentunya diikuti student student perempuan. Aku pandang Hyunjin. Dia juga berbuat benda yang sama. Aku nampak dia bagitahu something pada kawan kawannya. Dan kemudiannya dia berjalan ke arahku.
Kami melangkah ke taman. Ramai student yang tengah lepak sini. Tapi aku cuma ambil masa sekejap untuk bercakap dengan Hyunjin. Dan aku harap ini kali terakhir aku bersua muka dengannya.
"Muka awak macam tak happy hari ni"
Aku tahu dia sengaja provoke aku. Jadi aku pekakkan telinga.
"Sebenarnya saya nak berterima kasih pada awak sebab buat report. Jadi saya dah tak ada apa apa hutang pada awak"
Dia mengangguk. Bibirnya menyimpulkan senyuman sinis khas untuk aku. Tetapi aku pula tayang wajah datar.
"Sama sama" balasnya.
Dan selepas itu aku terus melangkah pergi. Ada sesetengah student tengah pandang aku macam aku buat salah. Tetapi aku tak hiraukan mereka. Dan aku ada perasan juga Jaemin dengan Junkyu pandang aku. Bila mataku bertemu dengan mereka, terus mereka alihkan pandangan mereka.
Semakin dekat aku dengan mereka, kedua lelaki itu berpura pura berbual sesama mereka. Dua tapak dari tempat mereka berdiri, aku berhenti melangkah. Tubuhku dipusing kearah mereka.
"Tolong bagitahu kawan korang, jangan annoying sangat boleh. Menyampah!" kataku selamba.
Mereka tercengang bila dengar kata kataku. Biarlah mereka nak judge apa pun pasal aku lepas ni. Aku dah tak kisah.
"Kau okey ke Darlene?" soal Jaemin.
Aku abaikan soalan dia. Kaki terus melangkah pergi dari situ. Sakit hati aku hadap perangai Hyunjin tadi. Even dia tak cakap banyak, aku dah tahu apa yang dia tengah judge aku melalui reaksi muka dia.
Aku dilahirkan seperti ini. Aku boleh tahu apa yang mereka rasa, apa yang mereka akan cakap melalui reaksi muka mereka. Let just say aku boleh baca reaksi muka orang dengan tepat.
"Kau nak kami hantar kau balik?" suara Junkyu sedikit kuat.
Aku membuat isyarat tidak pada Junkyu. Jujur aku cakap dua orang ini sangat baik dan prihatin. Walaupun aku jarang sangat bercakap dengan mereka, mereka tetap layan aku dengan baik. Aku rasa serba salah dengan mereka.
...
YOU ARE READING
Heart Of Stone | HWANG HYUNJIN
ChickLit"Tak nak juga. Awak pergilah ajak orang lain. Awak kan hotstuff. Ajak seorang, dua puluh orang auto beratur dekat belakang" "Tapi saya nak awak yang ikut. Ingat. Awak ada hutang dengan saya" "Awak tengok muka saya macam kisah ke?" "Jadi betul apa y...