🎨 08

94 9 0
                                    

Hari ni sebaik saja aku melangkah masuk kedalam U, semua orang seperti sibuk dengan telefon masing masing. Aku ada terlepas something ke? Gowon menerpa ke arahku.

"Beb kau cuba check nama kau. Kau dapat bahagian apa tahun ni?"

Awal aku macam blur. Tapi aku baru teringat. Sekarang sudah hujung tahun. Setiap tahun universiti akan melancarkan festival tahunan atau nama lainnya SQ Day. Bermacam macam aktiviti dan pertunjukan diadakan. Setiap pelajar akan mendapat tugas bahagian masing masing.

Orang luar juga boleh datang. Yang pastinya mereka perlu beli tiket. Bukan aku nak bangga, setiap tahun pengunjung festival universiti ini sangat ramai. Penangan para hotstuff agaknya.

Tanpa menunggu aku keluarkan telefon aku. Website rasmi universiti ini dibuka. Aku masukkan namaku dan juga nama department course aku.

"Art Exhibition!" Gowon bersorak. Entah apa yang bestnya.

Hmm not bad. Rasanya tak susah sangat. Kalau tahun lepas aku dapat bahagian photographer. Sangat best dapat pegang kamera. Dan aku harap tahun ini juga sama. Tetapi hampeh.

"Apa position kau?" soal Haechan pula.

Aku pandang skrin telefon lagi. Disebelah namaku ada tulis position apa yang aku dapat untuk group Art Exhibition.

"Co-leader" jawabku.

Mataku automatik pandang nama diatas namaku iaitu leader team. Terus membulat mataku. Jantung berdetak hebat. No no! Tak mungkinlah kan. Agaknya mataku bermasalah ni.

"Kau tengok jap Gowon. Betul ke nama leader team Hwang Hyunjin. Ke aku salah baca"

Gowon mengambil fon aku. Dan kemudian dia menggeleng kepala perlahan. Geram mungkin dengan perangai aku.

"Apa nak peliknya. Hyunjin one of the best student untuk course fine art. Jadi sah sah lah dia leader untuk art exhibition tahun ni" balas Haechan.

Argh! Dalam banyak banyak student, kenapa perlu dia. Kenapa perlu Hwang Hyunjin. Memang seronoklah dia mengarah aku lepas ni. Aku ni cuma co-leader.

"Eh beb! Kau tengok team member kau. Semuanya lelaki. Dan yang bestnya semua budak junior" Gowon mula ketawa.

Tetapi hanya sekejap bila dia terpandang wajah serius aku. Argh! Lagi sakit hati aku macam ni. Gowon betul. Nama nama selepas namaku semuanya lelaki walaupun mereka dari department lain lain.

"Tapi kerja dengan kaum lelaki ni, tak stres"

Aku dan Gowon terus pandang Haechan dengan mata helang kami. Sedap mulut dia aje cakap tak stres.

"Ekhm!" Haechan berdehem lalu memandang kearah lain.

"Bila first group meeting?" soalku lagi.

"Today" jawab Gowon.

"Eh kau tahu tak beb. Aku dengar, tahun ni akan lebih meriah. Lecturer expect pengunjung tahun ni lebih ramai dari tahun lepas" Gowon start bergosip.

Lagilah aku rasa terbeban. Nampaknya kerja aku tak mudah tahun ni. Art Exhibition ni salah satu tempat yang pengunjung suka.

"Dan kau rasa apa reaction student sini dan pengunjung bila dapat tahu Hyunjin yang mewujudkannya art exhibition tu"

Aku membuat muka. Confirm tiket untuk masuk pameran seni itu akan terjual habis. 40% untuk orang yang betul betul suka dengan lukisan, dan 60% lagi peminat Hyunjin. Aku boleh guarantee semua tu. Let's wait and see.

"Tak kisahlah. Yang penting sekarang ni aku akan cuba untuk tukar dengan orang lain. Memandangkan kau cakap dia hotstuff, siapa aje yang tak nak position aku kan?"

Aku senyum penuh kemenangan. Aku akan pergi cari orang yang dapat bahagian photographer. Ada sepuluh orang kalau tak salah aku. Haih! Kenapalah aku tak dapat bahagian tu.

"Betul. Kau betul Darlene. Tapi kau kena berjumpa ketua student yang kau benci tu. Sebab dia yang ditugaskan untuk semua benda ni"

Aku mengeluh. Lelaki tu salah seorang yang aku blacklist. Kalau boleh aku tak nak berjumpa dengan dia. Nampaknya aku kena terima kenyataan.

...

Heart Of Stone | HWANG HYUNJINWhere stories live. Discover now