🎨 09

87 9 0
                                    

Masa yang aku tidak tunggu tunggu sudah datang. Tetapi memandangkan kelas aku habis agak lambat, aku sure semua member team sudah ada ditempat perjumpaan. Heh! Kisah apa aku. Lantaklah dia nak bising pun nanti. Bukan salah aku.

Aku pandang tempat yang dinamakan studio 2 ini. Tempat ini merupakan tempat budak budak seni menghabiskan masa mereka dengan menyiapkan projek seni mereka. Aku tarik nafas dalam dalam sebelum menolak daun pintu.

Apa yang aku sangka sangat tepat. Kelima jejaka sudah ada didalam bilik ini. Sumpah akward tapi aku cuba tak hiraukan perasaan itu. Salah seorang dari mereka menarik kerusi untukku. Kenapalah mereka tinggalkan tempat duduk aku dekat dengan Hyunjin. Aku sure dia akan berlagak sombong lagi bila duduk tempat seorang leader.

"Memandangkan semua sudah ada, boleh kita perkenalkan diri?"

Hyunjin mula bersuara. Aku ingat dia nak permalukan aku depan semua orang sebab datang lambat. Rupanya tidak dan aku sangat lega.

"Saya Jiung. Diploma of Accountancy" kata lelaki yang duduk di hadapanku ini.

"Saya Kim Doyoung. Diploma of Theater" lelaki sebelahnya pula memperkenalkan diri. Siap dengan senyuman manis lagi. Tapi aku rasa aku macam kenal dengan junior sorang ini. Tapi dimana?

"Saya Guanlin. Junior senior Hyunjin"

Aku mengangguk ngangguk. Jadi mereka sama course.

"Saya Kyungjun. Junior senior Darlene"

Wait junior aku? Siap tahu nama aku lagi. Tapi kenapa aku tak pernah kenal dia. Ekhm! Sejak bila kau ambil tahu pasal orang Darlene Mavis? Tak perlulah kau pura pura pelik dengan diri kau sendiri.

"Saya..."

"Takpe kami semua dah kenal sis. Siapa aje yang tak kenal Darlene Mavis" kata si Doyoung yang terus mendapat jelingan dari Hyunjin.

"Ekhm! Saya Darlene" kataku dengan agak akward.

Aku bukan hotstuff lah. Kenapa semua orang kenal aku. Dan aku tak suka jadi public figure. Peliklah aku dengan semua orang.

"Jadi macam yang korang tahu. Aku Hyunjin merupakan leader team ini. Dan Darlene sebagai co-leader. Apa apa hal korang boleh berjumpa dengan aku atau Darlene"

Mereka semua mengangguk ngangguk. Baru masuk tapi aku dah rasa nak cepat cepat keluar dari sini. Selama aku masuk sini, aku perasan yang empat orang junior ini, visual mereka no joke. Aku sure mereka juga terkenal dikalangan junior junior perempuan. Sama macam orang itu.

"Untuk pameran seni kali ini, 60% lukisan dari student universiti ni, 20% dari lecturer course fine art, 10% lukisan kita sendiri dan lagi 10% lukisan dari pelukis terkenal"

Aku agak terkejut. Pelukis terkenal. Come on man. Dia ingat senang nak dapatkan semua tu.

"Pelukis terkenal? Excuse me leader, saya rasa susah untuk kita dapatkan lukisan mereka"

Dia senyum sinis.

"Saya tak suka orang mengalah sebelum mencuba"

"Saya tak cakap saya mengalah. Saya cuma memberi pendapat. We all ada hak untuk memberi pendapat" bidasku balik. Aku tak nak kalah.

"Itu bukan pendapat tapi itu ayat orang yang benci dengan cabaran"

Wah! Aku rasa macam nak cili mulut dia. Mulut dia ni memang boleh tahan jugak. Boleh dah ni kalau nak cop mulut puaka.

"Pardon?" kataku. Kini mataku dengan mata dia bertentang. Sama sama tak nak kalah.

"Fine! Senang senang saya tukar team. Susah ada leader yang tak boleh terima pendapat team sendiri!"

Aku bangun dan terus keluar dari situ. Hatiku sangat panas sekarang. Rasa macam nak menjerit kuat kuat. Kenapa aku perlu satu team dengan dia.

...

Heart Of Stone | HWANG HYUNJINWhere stories live. Discover now