"Cikgu, saya nak ikut."
Setelah mendengar berita daripada Yuyun dan keputusan Marie, Dina ingin mengikuti mereka ke Yordia East. Dia berhasrat hendak membantu cikgunya dan menabur bakti namun kepenatannya itu telah melebihi semangatnya, tubuhnya kelihatan lesu dan tidak bermaya.
*Sigh* "Kau tak boleh ikut, bahaya, situasi ni bukan macam dalam Dungeon. Cikgu nak kau balik Karuk, sambung tranining untuk jadi High Priest."
"Tapi cikgu, saya boleh dapat pengalaman, sa-""
"Takda tapi - tapi, kau masih belum bersedia lagi dan kau kena rehat." Tegas Marie.
Dina cuba menggunakan mata memujuk Marie untuk membenarkannya mengikuti mereka tetapi dibalas dengan pandangan tajam, Marie tidak termakan pujuk rayu muridnya.
Walaupun seandainya Dina bertenaga, Marie tetap tidak benarkan kerana medan peperangan bukanlah tempat untuk menuntut ilmu.
"Ah..baiklah, saya balik dan train bersungguh - sungguh untuk tebus kesilapan saya."
"Kau takda buat salah apa pun Dina, jangan fikir bukan - bukan. Sekarang ni kau pergi berehat."
"Hm.."
Marie memeluk tubuh Dina lalu menuju ke Dayang yang sedang menunggunya bersama dua ekor kuda.
"Mari Dayang, kita pergi sekarang."
Tanpa berlengah lagi Marie dan Dayang menuju ke Yordia East secepat mungkin sambil diperhatikan Dina.
Dia menyedari akan kelemahan dan kesilapannya, dia berazam akan belajar bersungguh-sungguh agar kejadian yang berlaku ke atas Haru dan Rose tidak berulang lagi.
Dina memasuki bangunan Guild lalu kelihatan ramai orang sedang berkumpul.
*Celebrate* Para adventurers bersama keluarga dan sahabat meraikan kemenangan di atas kejayaan mereka berhadapan General Demon, mereka bersorak kegembiraan dan kesyukuran namun ada juga di antara mereka dalam keadaan sedih dan duka kerana kematian ahli keluarga, tangisan isteri dan anak turut kedengaran di ruangan itu.
37 adventures menyertai raid itu dan 18 daripadanya telah terkorban.
Dina yang melihat situasi tersebut turut berasa sedih dan simpati. Pengalaman dan detik - detik yang dilalui akan tersemat difikirannya, dia berjanji tidak akan berbangga diri dan memandang ringgan lagi.
Dina kemudian mengalih perhatian ke arah mereka yang sedang bergembira lalu terbayangkan Haru dan Rose dalam kalangan tersebut, mereka berdua bersenyuman sambil berbualkan tentang pengalamannya yang pertama kali memasuki Dungeon.
*Sad* "...." Dina menutup muka menahan tangisan setelah terbayangkan situasi yang tidak akan berlaku, dia tidak mengetahui nasib mereka sama ada masih hidup atau sebaliknya, penemuan magic circle yang berkemungkinan berfungsi sebagai teleportation tidak dapat menambah keyakinannya.
*Hug* "Dina..." Seseorang memanggil namanya lalu mendakapnya dari belakang. "Kenapa kau pergi juga?"
"..." Dina tidak menoleh dan menjawab, pandangannya masih ke arah bayangan Haru dan Rose.
"Aku cari kau kat bilik kau takda, aku ingatkan kau keluar sekejap ambil angin tapi entah macam aku tergerak hati nak tengok list nama raid dan ada nama kau."
"Maaf..."
"Aku sepatutnya dah boleh agak perangai kau, perangai kau yang suka buat orang susah hati."
YOU ARE READING
Haru The Greatest Merchant
AbenteuerHaru seorang bekas Heroes, yang kini hanya seorang peniaga. Dia menjalani kehidupan seperti biasa bersama pekerjanya yang setia sehinggalah dia memberi pertolongan kepada rakan seperniagaannya. Segalanya berubah. ~berlatarkan dunia fantasy & magic ...