Di waktu pagi yang terang, Pengetua Al-Mukmim Ustaz Zafari mengadakan mesyuarat bersama dengan ibu bapa pelajar-pelajar Al-Mukmim. Mesyuarat itu diadakan atas kejadian seram yang sudah terjadi di Al-Mukmim iaitu kematian arwah Laila yang masih menjadi misteri sehingga sekarang. Ustaz Zafari terpaksa merahsiakan punca kematian arwah Laila daripada pengetahuan kerena punca kematiannya tidak dapat diterima akal. Bayangkan memberitahu polis bahawa arwah Laila meninggal dunia kerana perbuatan makhluk halus.
Pada pandangan ibu bapa pelajar-pelajar Al-Mukmim, mereka melihat bahawa arwah Laila dibunuh oleh seseorang. Hal itu menyebabkan ibu bapa merisaukan tentang keadaan atau keselamatan anak-anak mereka sepanjang belajar di Al-Mukmim.
" Tuan dan puan tak perlu risau. Kami yakin kami boleh menjamin keselamatan anak-anak tuan dan puan." - kata Ustaz Zafari bagi meyakinkan mereka.
" Apa jaminan yang Ustaz boleh berikan. Hal ini menyebabkan tentang nyawa. Bukan hal main-main." - kata salah seorang bapa.
" Betul tu. Selagi pembunuh itu masih belum ditangkap, selagi itu kami merasakan anak-anak kami tak selamat untuk belajar di sini." - kata dengan tegas dari salah seorang bapa yang lain.
" Kalau begitu, kami dari pihak Al-Mukmim akan sedaya upaya bekerjasama dengan pihak polis untuk tangkap penjenayah itu. Saya harap tuan dan puan boleh fikirkan balik keputusan tuan dan puan." - jelas Ustaz Zafari sebelum mengakhiri mesyuarat tersebut.
Semua ibu bapa bersurai termasuk tenaga pengajar hingga menyebabkan Ustaz Zafari seorang sahaja yang berada di dalam bilik mesyuarat tersebut. Ustaz meletakkan tangan pada dahinya untuk menunjukkan bahawa dia pening dan tertekan dengan keadaan yang dihadapinya sekarang. Kebetulan, Ustaz Qu melalui bilik mesyuarat. Ustaz Qu melihat dari luar pintu keadaan Ustaz Zafari. Ustaz Qu pun datang menghampiri Ustaz Zafari dan menegurnya.
" Assalamualaikum." - tegur Ustaz Qu.
" Waalaikumussalam, kamu rupanya Ustaz Qu." - jawab Ustaz Zafari.
" Apa yang tuan fikirkan tu?" - tanya Ustaz Qu.
" Fikirkan apa lagi. Saya fikirkan masalah Al-Mukmim dan ibu bapa pelajar. Pening kepala saya nak fikir macam mana nak pujuk ibu bapa pelajar." - mengeluh Ustaz Zafari.
" Saya rasa kita tak patut rahsiakan tentang kes kematian arwah. Ibu bapa perlu tahu pasal apa yang terjadi. Polis pun perlu tahu." - jelas Ustaz Qu untuk membantu.
" Ustaz Qu ingat mereka akan percaya. Tak pasal-pasal saya dikatakan gila." - jawab Ustaz Zafari.
" Entahlah tuan. Bagi saya, itu saja penyelesaian bagi masalah ni." - kata Ustaz Qu.
Ustaz Qu meninggalkan Ustaz Zafari supaya Ustaz Zafari mempunyai ruang untuk berfikir bagi mencarikan solusi yang dihadapi oleh Al-Mukmim.
**********************************
Ustazah Hamidah mengambil kehadiran sebelum menghabiskan kelasnya. Setelah selesai, Ustazah Hamidah pun berjalan keluar daripada kelas 6 Firdaus. Aqil, Wahid, Arsyad dan Hakimi berkumpul di belakang kelas kerana mereka ingin berbual.
" Banyak betul homework yang kita dapat." - kata Aqil.
" Itu lah. Nampaknya kita kena tidur lewatlah untuk malam ni." - kata pula Arsyad.
" Tapi kalau ada Rezuan, kerja sekolah ni cepat je siap." - kata Hakimi.
" Itulah, tiba-tiba je dia pindah madrasah." - jawab Arsyad.
" Dah lah. Jom kita duduk dekat tempat masing-masing. Nanti ada kelas Ustaz Qu." - kata Aqil.
Mereka berempat pun duduk di kerusi masing-masing dan mengulang kaji sementara menunggu Ustaz Qu masuk ke kelas.
**********************************
Ustazah Hamidah telah selesai solat zohor di surau. Ustazah Hamidah pun melipat telekungnya dan kemudian dimasukkan ke dalam beg. Ustazah Hamidah pun melangkah keluar dan bertembung dengan Ustazah Aminah.
" Assalamualaikum, Ustazah Hamidah. Ustazah baru lepas solat zohor ke?" - tanya Ustazah Aminah.
" Waalaikumussalam, ya ustazah. Baru saja habis tadi." - jawab Ustazah Hamidah.
" Ustazah tahu tak pasal cerita tentang masalah Al-Mukmim" - tanya Ustazah Aminah.
" Saya tahu. Kenapa ye, ustazah?" - tanya Ustazah Hamidah.
" Saya risau, ustazah. Bukan apa, kalau apa-apa jadi nanti, kita yang teruk. Al-Mukmin ni tempat kita cari rezeki. Tempat kita sara hidup." - jelas Ustazah Aminah.
" Faham. Itulah dia. Kita hanya boleh berdoa dan tawakal. Saya harap pengetua boleh selesaikan isu ni. " - jawab Ustazah Hamidah.
" Saya pun berharap macam tu." - kata Ustazah Aminah.
Ustazah Aminah pun memasuki surau untuk memulakan solat zohor. Ustazah Hamidah pula bergerak pulang ke bilik guru.
**********************************
Hari telah pun gelap menandakan waktu sudah malam. Hari ini merupakan giliran Ustazah Hamidah dan Ustazah Aminah membuat pemeriksaan bilik-bilik pelajar Al-Mukmim. Ustazah Aminah membuat rondaan di blok A manakala Ustazah Hamidah membuat rondaan di blok D. Blok B dan C sudah dijaga pengawal keselamatan.
Ustazah Hamidah membuat rondaan dan ternampak sebuah bilik yang pintunya terbuka luas. Bilik tersebut merupakan bilik dimana Arsyad dikurung di dalam itu ketika menemani Aqil pergi ke tandas. Bilik itu juga pernah disebut di dalam diari merah milik arwah Ustaz Asrol.
Ustazah Hamidah merenung bilik itu dari jauh. Ustazah Hamidah seakan-akan dapat merasai aura negatif dari dalam bilik tersebut. Ustazah Hamidah pun menghampiri bilik tersebut untuk menutup pintu bilik itu. Setelah selesai menutup pintu, tiba-tiba ada suara yang menegur Ustaz Hamidah daripada belakang. Rupa-rupanya, Pak Hamad yang menegur Ustazah Hamidah.
" Ustazah sudah habis buat rondaan ke?" - tanya Pak Hamad sambil menyuluhkan lampu suluhnya ke arah Ustazah Hamidah.
" Sudah, Pak Hamad." - jawab ringkas dari Ustazah Hamidah.
Setelah Ustazah Hamidah membuat rondaan, Ustazah pun pulang ke biliknya sendiri. Sebelum Ustazah Hamidah tidur, dia menunaikan solat sunat hajat terlebih dahulu dan membaca dua tiga muka surat al-Quran. Setelah itu, Ustazah Hamidah tidur.
Semasa Ustazah Hamidah tidur, tiba-tiba bunyi cawan terjatuh didengari. Hal itu menyebabkan Ustazah Hamidah terjaga dari tidurnya. Ustazah Hamidah tertanya akan punca bunyi tersebut. Ustazah Hamidah pun memeriksa ruang dapur. Rupa-rupanya terdapat seekor kucing hitam yang terlanggar cawan yang terdapat di atas meja. Ustaz Hamidah pun mengangkat kucing tersebut dan meletakkan kucing itu diluar bilik. Kemudian, Ustazah Hamidah menutup pintu. Tepat sahaja pintu tertutup, Ustazah Hamidah terdengar suara garau dibelakangnya.
" Sudah lama kita tidak bertemu." - suara garau dari belakang Ustazah Hamidah.
Ustazah Hamidah tidak menjawab suara tersebut. Ustazah Hamidah perlahan-lahan memusingkan kepalanya ke belakang dan dia terkejut apabila dibelakangnya merupakan seorang wanita yang memakain telekung dengan penuh darah. Dia adalah A'ma. Seekor jin yang membawa malapetaka di Al-Mukmim. Ustazah terkejut dan membuat dia terjaga dari mimpi ngeri tersebut.
**********************************
Keesokan paginya, Ustazah Hamidah menceritakan kejadian tersebut kepada Ustaz Zafari. Ustaz Zafari membuat keputusan untuk menelefon Ustaz Kamarul untuk menerangkan apa yang sudah terjadi di Al-Mukmim. Ustazah Hamidah setuju dengan Ustaz Zafari.
Setelah Ustaz Kamarul mendapat panggilan daripada Ustaz Zafari, Ustaz Kamarul memutuskan untuk pulang ke Al-Mukmin petang ini. Ustaz Kamarul sudah agak waktunya akan tiba. Ustaz Kamarul harus bersedia dengan sebarang keburukan yang bakal berlaku.
Bersambung . . .
Nota Kecil.
Kenapa agaknya bab kali ini berkaitan dengan "Pulang". Siapa yang pulang? Ustaz Kamarul ke, A'ma yang pulang. Entahlah. Aku pun tak tahu.
YOU ARE READING
A'ma 2 (Buta)
HorrorUstaz Kamarul telah meninggalkan Al-Mukmim kerana mendapat tawaran penukaran tempat kerja ke madrasah lain. Kejadian yang terjadi di Al-Mukmim hingga menyebabkan kematian telah memunculkan banyak isu. Disebabkan itu, Al-Mukmim mendapat reputasi buru...