Keluhan berat dilepaskan, kertas yang dipegang ditatap sayu. Butik pakaiannya akan ditutup atas sebab tidak dibayar penuh. Hidup keseorangan di bandar besar ini benar-benar mencabarnya. Tiada lagi tempat mengadu, kerana Mama dan Papanya sudah meninggal beberapa minggu yang lalu.
"Boss, kenapa ni?" soal salah seorang pekerja.
"Tak ada apa, awak dah siapkan semua kerja Piqa?"
"Dah boss, saya datang melawat pejabat boss kerana risau. Nampak pucat sangat muka boss. Tak nak pergi klinik ke? Mana tahu sakit teruk ke? Bahaya kalau terus dibiar,"
"Saya okay, biasalah kerja banyak. Tak dan nak makan apa semua," Cristy memberi alasan yang munasabah.
Cukuplah dia saja yang hadap semua ini, tidak perlu diberitahu pada semua pekerja. Janjinya, tak akan Cristy putus asa. Duit akan dicari walau bagaimanapun untuk butik kecil miliknya ini.
"Boss nak saya belikan makanan atau apa-apa? Saya boleh belikan dekat seberang jalan sana." Jari dituding disebalik cermin lut sinar itu.
"Eh, tak apa. Saya boleh beli sendiri, awak jangan risau. Lagipun saya memang nak keluar ni," Jam tangan dikerling sekilas, dah menginjak angka satu tengah hari. Patutlah perutnya terasa lapar semacam!
"Betul boss nak keluar pergi makan?" Piqah meminta kepastian. Serius risaukan boss besarnya ini.
"Betul, saya pergi dulu. Jaga butik elok-elok, dah settle apa yang patut....saya masuk pejabat semula." Piqah mengangguk.
Bayang Cristy keluar dari butik ditatap tidak lepas. Risaunya lebih daripada segala-galanya. Bukan apa, Cristy selalu skip makan semata-mata kerana kerja. Kuat betul bossnya itu.
"Haih..."
Untuk entah kali berapa Cristy mengeluh. Masuk kereta pun macam pasrah aje, enjin kereta dihidupkan. Nafas ditarik panjang, harap pujukannya nanti mampu lembutkan hati tuan empunya butik itu.
"Kau boleh pujuk punya, kau bodek aje dia. Kau cakaplah dia handsome walaupun misai dah nak tercabut, tak apa. Bukan selalu puji tak ikhlas." gumam Cristy sendiri.
Radio dipasang kuat, lagu kedengaran kuat bergema. Langsung kepalanya digerak ke kiri dan kanan. Penuh perasaan Cristy menyanyikan lagu It's only me yang dinyanyikan oleh Kaleb J.
Buk!
Alamak!
Radio diperlahankan, gigi diketap geram melihat dari jauh kemek di belakang kereta Lamborghini Aventador. Hutang butik tak bayar lagi, takkan yang ni pun kena bayar sekali? Aduh!
Tok! Tok! Tok!
Bibir digigit lembut, takut-takut pintu itu dibuka. Keluar saja dari kereta, raut wajah manis seseorang menyapa deria penglihatannya. Wajahnya kuning langsat dengan senyuman manis benar-benar menarik Cristy untuk lakar senyum manis.
"Sa-saya minta maaf, tak bermaksud nak langgar kereta mahal awak. Saya terlalu..." Kepala yang tidak gatal digaru. Takkan nak cakap sebab stress kan?
"Saya terlalu fokus menyanyi tadi." Sengihan panjang diberi.
"Cik tak patut minta maaf dekat saya, saya cuma anak buah kepada pemilik kereta aje."
"Anak buah?" Kepalanya diangguk.
"Mana pemilik kereta sebenar?"
"Dalam kereta, kepenatan. Mungkin itu sebabnya Tuan Dez tidur." Raut wajah Cristy bercahaya. Peluang untuk melarikan diri!
"Boleh miss jumpa Tuan Dez kejap? Untuk kepastian bayar atau terus dilepaskan?"
"Erk...."
Ting!
YOU ARE READING
The Dez (COMPLETE) ✅
Action🄳🄴🅉 🄰🄽🄳 🄲🅁🄸🅂🅃🅈 'Dez' Dia terlalu misteri, seorang lelaki tampan juga dingin yang muncul dalam hidupnya. Banyak teka teki yang masih belum terungkap. Tanda tanya makin berlegar dalam benak fikirannya. Persoalan yang tidak jemu dibisiknya...