0 9

15 2 0
                                    

   Setelah tiba aku betul-betul berada di hadapan rumah Abang Eidlan. Aku menghembus nafas lega. Akhirnya aku sampai di hadapan rumah ini dengan selamat. Walaupun aku tahu kejap lagi aku akan di bebel habis-habisan oleh Abang dan kakak ipar aku.

"Assalamualaikam," aku memberi salam.

"Waalaikumussalam. Ya Allah adik kenapa basah macam ni sekali ni?" soal kak Syairah dengan nada yang risau.

"Akak jangan risau. Adik reda hujan tadi. Tunggu bas tak ada adik balik jalan kaki," kata aku sambil tersengih-sengih. berharap tidak akan di marah.

"Adik tak lawak lah. Kenapa tak call abang tadi?" soal abang Eidlan ambil memukul lembut kepala aku.

"Telefon adik mati tadi. Itu lah tak dapat call tu," kata aku membalas soalan abang Eidlan.

"Lain kali dah tahu telefon tu nak habis bateri bawalah powerbank. Ini baru hari pertama adik kerja dah macam ni, macam mana hari lain?" soal Abang Eidlan sambil mengeleng-gelangkan kepalanya.

"Alah adik lupa lah abang. Jangan marah adik ehh?" kata aku memujuknya.

"Ingat adik pujuk abang, abang terpujuk ke?" soal Abang Eidlan.

"Abang jangan marah-marah. Nak jadi bapa orang dah. Nanti turun pula perangai abang pergi anak buah Nashwa," kata aku sambil ketawa terkekeh-kekeh.

"Wah sedap nya mengutuk abang depan-depan. Abang nak tanya ni boleh ke?" soal Abang Eidlan.

"Tanya jelah abang. Adik cuba jawab kalau soalan tu bermunasabah," jawab aku.

"Adik ada jumpa mama papa?" soal Abang Eidlan takut-takut. 

Aku terkaku. Memikirkan orang tua aku, masih mahukah mereka untuk berjumpa dengan aku?

"Adik minta diri dulu lah abang. Adik nak mandi." Kata aku. Dengan langkah yang laju. Aku berlalu masuk ke dalam bilik aku.

Perlahan-lahan kaki aku rasa semakin lemah. Aku terjatuh atas lantai bilik aku. 

Masih terngiang-ngiang suara mama aku menghalang aku untuk melihatkan diri aku di hadapannya.

Sampai bila aku harus bertahan dengan semua ini. 

Adakah aku masih ada peluang lagi untuk menambat hati orang tua aku?

Cukup apa yang aku lalui selama ini sudah sakit. Apalagi hari yang akan datang.

Aku masih mencari bukti untuk aku buktikan kepada mereka aku tidak pernah salah. Tapi di mana lagi aku harus mencari?

Aku sendiri buntu dengan hala tuju hidup aku. 

Hanya berharap cebisan kasih sayang yang tak akan pernah dapat. 

Aku tertidur dalam keadaan baju tidak bertukar. Sungguh aku sudah terlalu penat. 

Keesokkan harinya Kak Syairah mengejutkan Sofiah tapi tiada tanda-tanda untuk bangun.

"Adik. Adik bangunlah. Dah lambat ni. Adik nak pergi kerja kan?" kejut Kak Syairah. Hairan di buatnya selalu sekali sahaja dia mengejutkan Sofiah terus bangun ini tidak.

"Adik. Jangan buat akak risau," kejut Kak Syairah semula. Kak Syairah memegang dahi Sofiah.

"Subahanallah. Adik... Bangun lah ya Rabbi." kata Kak Syairah lalu keluar dari bilik Sofiah untuk  memberitahu suaminya yang Sofiah pengsan.

Aku mencelikkan mata. Kepala terasa sungguh berat. Aku memandang sekeliling aku. Ini bukan di bilik aku.

"Adik. Alhamdulillah," ucap syukur Kak Syairah melihat aku kembali sedar.

"Akak. Kenapa adik dekat hospital ni?" soal aku dengan suara perlahan. Perih tekak yang aku rasa tika ini.

"Adik pengsan pagi tadi. Nasib akak jenguk adik. Kalau tak akak taktahu adik ni sakit," terang Kak Syairah.

"Assalamualaikum," sapa seseorang. Aku dan Kak Syairah pun menoleh melihat siapa gerangan yang menyapa itu.

"Waalaikumussalam. Ehh masuk-masuk," jemput Kak Syairah. Lalu keluar memberi masa aku bersama si dia.

"Macam mana awak tahu saya ada dekat sini?" soal aku.

"Kakak ipar awak bagitahu Umi saya tadi. Dan umi tak dapat datang. Dia suruh saya yang jenguk awak dekat sini," terang Afif.

"Awak ni pun. Lain kali tak payah susahkan diri untuk datang ke sini," kata aku.

"Saya rasa bersalah sebab tak paksa awak ikut saya balik semalam. Kalau tak mesti awak tak demam," kata Afif serba salah dengan aku.

"Awak ni. Saya yang tolak pelawaan awak kan? Jangan risau saya okey je. Awak risau sangat macam lah saya ni tak sedar," kata aku sambil tersenyum nipis.

"Siapa suruh awak degil. Ini padahnya. Baru sehari kerja dah sakit," katanya.

"Benda dah nak jadi. Saya pun tak boleh nak buat apa-apa." kata aku sambil tersenyum.

Aku memandang sekeliling. Dia ada ke tak kira-kira hari ini. Aku rasa bersalah sebenarnya.

Tapi apakan daya batang hidungnya pun tidak kelihatan. Inikan hendak berjumpa. Jauh sekali. Aku menghembus nafas berat.

"Aik... Mengeluh nampak," tegur seorang lelaki sambil membuka glove di tangannya.

"Err... Tak ada apa. Saya pergi dulu," kata aku dengan pantas. Belum sempat untuk pergi dia melaung nama aku. Aku menoleh.

"Sofiah. Kau cari apa dekat sini?" soal Dr. Adam dengan suara dingin. Dia marah aku ke?

"Tak ada apa. Saya tengah tunggu seseorang," nafi aku. Lambat juga Afif ni. Kak Syairah pun bagi aku balik dengan mamat tu. Aku sudahlah tak selesa sangat bila dengan lelaki.

"Pelik. Banyak-banyak tempat hospital juga kau tunggu orang," katanya memerli.

"Dia suruh saya tunggu dia dekat sini. Saya minta maaf kalau saya menyemakkan pandangan Dr. Adam. Lain kali kalau saya sakit, saya janji tak akan datang hospital ni," kata aku membalas katanya.

"Suka hati kau lah. Aku pergi dulu." kata Dr.Adam seraya itu berlalu.

Aku mengeluh. Kalau lah hari itu aku tidak kata sedemikian. Mesti Dr.Adam okey sahaja dengan aku.

Alif memandang orang di sebelahnya bersilih ganti sambil memandang ke arah jalan raya.

"Sofiah. Awak okey tak ni?" soal Alif memecah keheningan.

"Okey je. Kenapa?" balas aku sambil tersenyum kelat.

"Tak ada apa-apa. Cuma saya nampak awak macam sedih. Dari tadi menghayal je. Tu saya tanya awak okey ke tidak," ujar Alif.

"Saya cuma penat sikit je. Sorry tau susahkan awak hantar saya balik ke rumah," kata aku sambil tersenyum.

"Tak ada apalah. Setakat hantar awak ni celah gigi saya je," kata Afif dengan bangga.

"Awak ni suka angkat bakul sendiri lah," kata aku bergurau dengan dia.

"Kalau saya tak puji dan bangga dengan diri saya sendiri siapa lagi nak buat. Nak tunggu bidadari datang lambat lagi nampaknya. Nak dengan awak pun tak boleh sebab saya muda dari awak. Awak untuk abang saya jelah. Dia okey dengan awak. Sama-sama garang," kata Afif.

"Haa mula dah. Awak ni tak habis-habis kena kan saya dengan abang awak. Saya sendiri pun tak kenal abang awak Afif. Mungkin dalam diam awak tak tahu, abang awak dah ada girlfriend," kata aku.

"Muka dia nak ada girlfriend? Lambat lagi awak. Abang saya ni sepanjang masa kalau boleh kerja. Tak kerja belajar. Itu je rutin harian dia. Kalau dia cuti sekali pun selalu memang dekat rumah je. Nak keluar memang tak akan," kata Afif mengata abangnya. Aku salute dengan abang dia dalam diam. Kalau aku juga sama seperti abangnya mungkin aku akan lebih fokus untuk masa hadapan aku.

"Kalau awak pula macam mana?" soal aku.



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 28 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Takdir Cinta Kita | OGWhere stories live. Discover now