"Darlene Darlene. Bro! Kau mesti belum kenal siapa perempuan sebelah kau ni kan"
Aku pasang muka dingin. Dia ni banyak cakap betul. Dan aku sure dia lapar penampar aku.
"Kalau kau nak tahu, dia ni seteruk teruk perempuan yang wujud dalam dunia ni. Aku sendiri tak faham kenapa dia perlu wujud di universiti ni. Dia juga perempuan paling kurang ajar yang pernah aku jumpa"
Aku ketap rahangku. Tangan digenggam dengan erat. Jangan buat gilalah dengan panas baran aku. Kejap lagi terbalik meja ni nanti. Aku sudah ingin angkat penumbuk tetapi dihalang oleh Hyunjin.
"Aku datang sini bukan nak tahu pasal Darlene. Aku datang sini sebagai leader team untuk tukarkan Darlene dengan team lain" kata Hyunjin dengan wajah dinginnya.
Wajah dia nampak lain. Sunwoo pula senyum sinis. Dia pandang aku atas bawah.
"Okey macam nilah. Kau boleh tukar tapi dengan satu syarat" kata Sunwoo lagi.
Lega aku dengar. At least dia masih izinkan aku untuk tukar.
"Apa syaratnya?" soalku dengan malas.
"Jadi partner aku ke kelab malam"
Bersama dengan itu aku tendang meja dengan kuat. Tidak terbalik tetapi cukup untuk buat Sunwoo sakit pada bahagian perutnya. Aku tendang sangat kuat.
"Kau jangan test kesabaran aku bastard! Aku bukan perempuan murah. Aku masih ada harga diri lah bodoh!"
Aku tendang lagi meja dengan kuat. Bekas letak pen dan pensil diambil lalu dicampak ke dinding dengan kuat. Berterabur segala pen dibawah.
Dia masih mampu untuk senyum mengejek padaku. Aku terus menerpa ke arahnya. Belum sempat aku angkat untuk tumbuk muka si Sunwoo, Hyunjin terlebih dahulu tarik pinggang aku menjauh dari Sunwoo.
"Kau jangan cakap pasal harga diri dekat sini. Bagi aku kau perempuan murah!" tengking Sunwoo.
Aku angkat tangan untuk menampar tetapi lelaki disebelahku lebih pantas. Hyunjin menumbuk wajah Sunwoo.
"Kau tanya aku kenal ke tak perempuan ni kan. Yes aku kenal. Dan dia tak seteruk yang kau cakap!" tengking Hyunjin pula.
Pertama kali aku melihat Hyunjin marah. Dia menarik tanganku pergi dari situ. Sebaik saja keluar dari bilik Sunwoo, aku tarik semula tanganku.
"I need a time. Alone"
Dia cuma diam. Aku terus pergi dari situ. Satu satunya tempat untuk lari dari manusia adalah rooftop. Ikutkan hati aku nak balik rumah tetapi dalam masa sejam, aku ada kelas lagi.
Aku melabuhkan punggung disitu. Angin menerpa kulit wajahku dengan perlahan. Cuaca sangat baik hari ni. Cuma hatiku yang tengah serabut sekarang. Terkenangkan nasib sendiri. Aku ada terfikir juga yang hidupkan terasa seperti tidak adil.
Setiap hari ada saja benda yang tak kena. Baik dirumah mahupun universiti. Aku rasa macam nak menjerit kuat kuat. Air mata yang ingin mengalir, aku cuba untuk bawa masuk semula. Aku mendongak keatas untuk menahan dari mengalir.
"Don't cry Darlene. They don't deserve your fucking tears!"
Aku mengelap air mata yang cuba untuk keluar. Stop lah jadi manja. Macam tak biasa pulak ada masalah macam ni. Kau kena kuat Darlene.
"Kalau nak nangis, tak payah tahan tahan. Tak elok"
Aku kenal suara ni. Jaemin. Suara dia memang lain dari yang lain. Senang untuk aku kenal.
"Sejak bila kau disini?" soalku.
Aku ingat tak ada orang disini tadi.
"Tak eloklah kau tahan menangis macam tu. Kau patut lepaskan semua. Baru rasa lega" nasihat dia lagi.
"Kalau kau ada masalah, kau boleh share dengan aku atau Junkyu. Kami akan setia mendengar masalah kau"
Dia duduk disebelah ku. Kali pertama ada orang cakap nak dengar masalah aku.
"Tak naklah. Aku tak nak gaduh dengan girlfriend kau"
"Dan sejak bila ketika mana aku ada girlfriend ni Darlene. Kau sengaja kan sindir aku"
Dia tayang muka tak puas hati. Aku tahan ketawa. Sebenarnya aku cakap main lepas je. Yelah lelaki femes macam dia, tipulah kalau tak ada girlfriend.
...
YOU ARE READING
Heart Of Stone | HWANG HYUNJIN
ChickLit"Tak nak juga. Awak pergilah ajak orang lain. Awak kan hotstuff. Ajak seorang, dua puluh orang auto beratur dekat belakang" "Tapi saya nak awak yang ikut. Ingat. Awak ada hutang dengan saya" "Awak tengok muka saya macam kisah ke?" "Jadi betul apa y...