Aku tidak boleh fokus didalam kelas sebab fikirkan pasal Hyunjin. Memandangkan aku menambah masalah dengan Sunwoo, aku tidak berjaya tukar team. Jadi ini bermakna aku perlu duduk didalam team Hyunjin.
"Saya tahu kamu semua busy dengan festival tetapi projek akhir jangan dilupa pula ya" pesan lecturer ku.
Selepas dia keluar, maka tamatlah kelasku untuk hari ni memandangkan kelas seterusnya cancel. Aku mengemas barang barangku. Aku perlu jumpa Hyunjin.
Tapi aku tidak tahu sama ada dia masih ada kelas ataupun tidak. Haechan pun tiada. Kalau tak boleh aku tanya dia. Hmm inilah padahnya kalau tiada nombor telefon Hyunjin. Aku terpandang Jaemin dan Junkyu yang baru keluar dari dewan kelas mereka.
"Bapak ah! Bro aku tak mimpi kan" kata Junkyu dengan menepuk nepuk pipi dia.
Aku membuat muka malas. Tak habis habis nak sindir aku.
"Tak yah lah over sangat" kata Jaemin sambil menampar dada Junkyu.
"Yes ada apa wahai Darlene ku"
Jaemin menayangkan senyuman mautnya. Hish! Tak payahlah senyum macam tu. Saja nak buat aku cair. Even aku tak suka lelaki, still perasaan perempuanku masih wujud dalam diri aku.
"Hyunjin ada mana sekarang?"
Mereka memandang sesama sendiri dengan senyuman pada wajah masing masing. Aku dah boleh agak dah apa yang mereka tengah fikir tapi aku malas untuk cari gaduh.
"Dia ada di studio. Tengah siapkan kerjanya" jawab Jaemin.
Aku mengangguk.
"Terima kasih" kataku dengan ikhlas.
Aku mula melangkah pergi dari situ.
"Darlene aku nak kau tahu aku sayang kau!"
Si Junkyu ni memang sengaja cari pasal. Ini bukan kali pertama dia melalak cakap dia sayang aku. Dan aku sangat pasti sayangnya itu tidak lebih dari seorang kawan. Walaupun aku tidak pernah anggap mereka kawan, tetapi mereka tetap anggap aku sebagai kawan mereka.
"Hai sis!"
Terkejut aku bila si Kyungjun muncul dengan tiba tiba. Hmm memandangkan dia muncul, apa kata aku minta dia teman aku jumpa Hyunjin. At least tak akward sangat.
"Boleh sis minta tolong awak?" soalku.
"Untuk sis semua boleh" jawabnya.
Amboi! Bukan main lagi dia.
"Teman sis jumpa Hyunjin boleh?" soalku.
Dengan cepat dia mengangguk. Lega aku dibuatnya bila dia setuju.
"Jadi sis tak jadi keluar lah kan?" soalnya lagi.
Aku cuma senyum. Sejujurnya aku malu dengan dia. Tak pasal dia kena hadap sisi panas baran aku semalam.
Kami sampai di studio. Aku menjenguk kedalam. Agak ramai student didalam.
"Takpe saya tahu sis segan. Biar saya yang tolong panggilkan"
Wah! Tak sangka dia faham aku. Tak perlu susah susah berperang dengan perasaan sendiri sama ada nak ketuk pintu atau tidak.
Tidak lama selepas itu, Hyunjin muncul. Wajahnya tak nampak terkejut langsung dengan kehadiran aku. Kyungjun memberi isyarat kepadaku. Dia tunggu tidak jauh dari kami berdiri.
"Ada apa awak nak jumpa saya?"
Aku pandang Hyunjin semula.
"Saya nak minta maaf pasal semalam. Dan saya juga nak minta izin awak untuk masuk team awak semula"
Dia basahkan bibirnya dan kemudian dia pandang aku. Lama juga dia diam sambil pandang aku. Aku pula yang tak keruan.
"Kalau tak boleh saya faham. Saya tak akan join festival tahun ni"
Bukan ayat minta simpati. Tetapi itu realitinya. Kalau Hyunjin tak izinkan, aku terpaksa tidak join festival tahun ni. Walaupun aku tak boleh berada ditempat ramai, aku tetap excited dengan festival tahun ni.
"Awak boleh masuk semula tetapi dengan satu syarat. Dan syaratnya sama macam hari tu"
Aku cuba putar balik segala memori aku dengan dia. Maksud aku sejak aku berjumpa dengan dia. Dan aku sudah ingat. Dia minta nak jadi kawan aku.
Aku pandang wajahnya. Aku risau sebenarnya. Tiada istilah persahabatan antara lelaki dan perempuan. Dan aku takut kalau benda yang aku tak inginkan berlaku.
"Sure kalau awak tak nak. Dan jangan risau, saya masih izinkan awak join team saya"
Dia tayang senyuman manisnya untuk aku sebelum dia masuk kedalam studio semula. Kyungjun datang kepadaku.
"How's?" soalnya.
Aku mengangguk.
"Yes!"
Amboi happy nya dia. Entah apa yang dia suka sangat.
"Thanks sebab temankan sis" kataku dengan ikhlas.
"Sama sama. Benda kecil je sis"
...
YOU ARE READING
Heart Of Stone | HWANG HYUNJIN
ChickLit"Tak nak juga. Awak pergilah ajak orang lain. Awak kan hotstuff. Ajak seorang, dua puluh orang auto beratur dekat belakang" "Tapi saya nak awak yang ikut. Ingat. Awak ada hutang dengan saya" "Awak tengok muka saya macam kisah ke?" "Jadi betul apa y...