BAB 8 - PEREMPUAN

102 9 0
                                    

Rokok di hujung jari aku kepit kemas. Sedikit demi sedikit aku sedut. Asap yang berkimia itu memenuhi rongga-rongga dada. Aku tahu tentang hakikatnya rokok itu membinasakan tetapi tetap juga aku hisap. Bukan ke lagi bagus dari aku mabuk melalak atau khayal dengan dadah.

Dulu aku pernah juga jadi manusia yang tak berguna. Sekarang mungkin tak ada bezanya sangat tetapi aku sedikit tenang. Tidak lagi terasa seperti manusia yang hina. Ada juga nilainya aku ini pada mata masyarakat yang lain.

"Noah, kau yakin ke sini geng Black Dragon akan muncul?"

Gelas yang berisi minuman koktail di hirup perlahan oleh Khairil. Aku tahu dia sedikit was-was. Sudah lah malam ini mereka bercadang untuk buat serbuan mengejut. Tetapi mengikut informer yang aku percayai, akan ada perjumpaan besar-besaran antara ketua kumpulan kongsi gelap Malaysia bersama ketua kongsi gelap negara seberang.

"Aku yakin mereka akan jumpa kat sini. Apa yang orang aku bagitahu kelab ni bukan sebarangan kelab. Polis biasa- biasa pun tak akan mampu nak pecah masuk. Anggap saja tuhan menyebelahi korang sebab boleh masuk tanpa masalah. Security di sini bukan cikai-cikai. Kita kena tunggu je."

Khairil diam. Handphone di tangan dia tekan-tekan sedikit. Agaknya sedang menghantar info pada beberapa orang anggota polis yang mungkin bersiap sedia dalam serbuan malam ni.

Mata aku tak lepas dari memerhati kawasan sekeliling. Tiada apa yang menarik hati. Ye, sama sahaja. Bukan aku tak pernah lalui pengalaman seperti ini. Bahkan mungkin lebih dari ni?

Biasanya dulu aku selalu di sajikan dengan pemandangan yang 'menghangatkan'. Luar negara terlalu bebas. Kelab malam yang biasa pun 'strip dance' merata tempat. Mujur sahaja aku bukan manusia yang mudah terkena kejutan budaya. Tak seperti anak-anak muda sekarang. Teruja mereka umpama tak pernah lihat perempuan.

Aku ketawa kecil.

"Kenapa?"

Khairil pelik. Gelas yang masih bersisa dengan minuman dia letak di atas meja. Mata kami sempat melirik pada bartender di depan mata. Untung kan bila lelaki ini pun salah satu team kami. Bila bijak menyamar sudah tentu cara kerjanya juga kemas dan teratur. Orang tak akan sangka. Dek dia yang bekerja di sinilah kami bersama anggota yang lain dapat masuk ke kelab malam tanpa kena soal macam-macam.

Ash memang cekap orangnya. Dia salah seorang detektif kepercayaan Khairil. Tetapi kemahiran dia bukan hanya untuk menyiasat sahaja. Dia boleh membancuh minuman tertentu dengan segala kemahiran yang luar biasa. Katanya pakcik dia ada kelab malam di US. Semasa belajar di sana dia selalu buat kerja 'part time' dengan menjadi bartender.

"Saja.. Teringatkan kenangan lama. Dulu aku selalu lepak di kelab malam luar negara bila ikut bos outstation. Aku selalu cuci mata kat kelab malam yang ada perempuan dan lelaki tengah buat 'strip dance'."

Ash ketawa kecil. Tangan dia cekap membancuh minuman yang di pesan.

"Aku juga selalu lepak kat kelab macam tu. It's not like I'm horny or trying find something for releasing lust. Tapi dia rasa macam nak tengok macam mana manusia terkinja-kinja dalam kelab dan pentas tarian semata-mata untuk tengok orang berbogel. It's like, seriously? Kau terdesak sangat ke sampaikan nak pergi tengok orang bogel? "

Kami ketawa bersama-sama. Itu juga apa yang ada dalam fikiran aku. Duit yang kau dapat hasil kerja keras setiap hari di gunakan untuk tengok benda yang tak bermanfaat langsung. Memang hidup kau hanya untuk buat benda yang sia-sia sahaja ke?

Kalau horny sangat pun carilah perempuan yang boleh one night stand sekurang-kurangnya kau dapat merasa. Nafsu kau puas.

"Macam tu ye, mesti banyak pengalaman korang kat luar sana kan."

VILLAIN OR LOVERS? I'M BOTH! Where stories live. Discover now