🎨 18

76 8 0
                                    

Pejam celik pejam celik lagi seminggu festival akan dilancarkan untuk tahun ini. Hari ni aku dengan Hyunjin ke SQ Hall. Exhibition kami akan dibuat disini. Salah satu dewan besar di universiti ini. Para junior sudah ada disini.

"How's?" soal Hyunjin kepada Guanlin.

"Everything good" jawab Guanlin.

Aku melihat ada beberapa student yang tengah angkat dinding kayu masuk kedalam dewan. Ada sesetengah sudah disusun. Aku pergi melihat lihat. Mesti cantik kalau lukisan lukisan digantung disini.

"Okey tak sis?" Jiung datang ke arahku.

"Perfect! Nanti disebelah sana susun macam ni jugak. Anyway banyak tak lukisan student sini?"

Dia mengangguk.

"Ramai yang mahu bekerjasama. Dan ada juga yang tak nak even lukisan dia cantik" Jiung mengeluh.

Susah juga untuk dapatkan lukisan student sini. Sepatutnya mereka perlu mengambil peluang keemasan ini. Pengunjung sudah pasti ramai. Lukisan mereka akan dilihat oleh pengunjung pengunjung.

"Dia insecure kot" aku cuba untuk positif.

"Prolly. Tapi majoriti mereka tidak lepaskan peluang ini. Ada juga yang nak pilih tempat untuk gantung lukisan mereka disini"

Aku menggeleng kepala. Sudah pastinya mereka ingin mencari port yang baik. Bagi aku, gantung lah dimana pun, lukisan itu tetap akan dipuji dan nampak cantik.

"Tapi saya dah bagitahu, hanya team kita yang boleh organize"

Aku mengangguk ngangguk. Mataku terpandang ruang tengah di hujung sana. Ruang itu masih kosong.

"Jiung kalau sis bagi pendapat boleh?" soalku.

"Apa sis cakap ni. Sis tu co-leader. Of course lah boleh" Jiung tergelak.

"Untuk ruang tengah dihujung sana, kita letak lampu berbentuk kotak. Lukisan akan digantung di tengah tengah lampu tu. And lampu tu juga akan digantung"

"Wah! Menarik juga. Dah boleh bayang dah. Mesti lawa kan"

Aku mengukir senyuman. Belum apa apa lagi dah cakap cantik.

"Tapi disitu, kita cuma letak lukisan pelukis terkenal. Kita jadikan main spot disitu"

Wajah dia sudah teruja.

"Berapa lampu yang diperlukan?" soal Jiung lagi.

"Hmm maybe lima buah sudah cukup. Make sure bentuk kotak" arahku lagi.

"Baik captain!" dia siap mengangkat tangan tabik hormat pada aku. Hish! Mengadalah si Jiung ni.

"Sis comel bila senyum. Nampak lesung pipit kedua belah pipi. So please smile more" sambungnya lagi.

"Should I?" soalku balik. Dia mengangkat sebelah keningnya.

"You should" bukan Jiung tetapi Hyunjin. Dia sudah berdiri tegak disebelah ku. Jiung memberi isyarat kepadaku untuk pergi dari situ.

"Sebesar apapun masalah awak hadap, tersenyumlah. Mungkin masalah itu tidak akan selesai but at least you try to smile. And the most important is you'll feel much better"

Aku tersenyum hambar. Itulah yang aku selalu buat selama ini. Even aku ada masalah atau stres, aku cuba untuk lupakan sekejap dan tetap senyum. And yes, aku rasa lega sedikit. Tak perlu nak termenung fikir masalah sampai stres. When tomorrow come, you'll feel much better even the problem not solved yet.

"Anyway, awak macam mana? Dah okey?"

Ini mesti soal semalam. Aku masih rasa bersalah dengan dia sebenarnya. Untungnya penyakit itu tidak berlarutan sehingga hari ini. Paling lama tiga atau empat hari. Paling sekejap pula lima minit. Itu diri aku. Pesakit lain aku tak tahu.

"I'm good. Sekali lagi saya minta maaf" kataku dengan ikhlas.

Benda yang tidak diduga berlaku. Dengan selamba dia jepit hidungku. Aku terus menggosok hidungku. Hish! Berani dia buat macam tu pada my precious nose.

"Sekali lagi awak cakap benda yang sama, saya akan make sure setiap hari hidung awak merah" katanya lebih kepada ugutan.

"Salah ke saya minta maaf?" soalku tak puas hati.

"Tak salah Cik Darlene. Tapi saya bosan dengar benda yang sama. Sebelum awak masuk rumah semalam, awak minta maaf. Tengah malam semalam awak mesej cakap minta maaf. Awak jumpa saya di parking motor tadi, awak minta maaf juga. Dan disini juga awak buat benda yang sama. Siapa aje tak bosan Cik Darlene"

First time aku dengar dia membebel.

"Hmm kalau macam tu, lepas ni kalau saya buat salah, saya tak kan minta maaf pada awak lagi. Yelah awak cakap awak bosan"

Dan kemudiannya dengan selamba aku pergi dari situ. Dia masih tercengang. Tengah loading lagi agaknya.

...

Heart Of Stone | HWANG HYUNJINWhere stories live. Discover now