Pagi yang cerah, terlihat burung-burung indah berkicauan. Suasana di tempat itu sungguh tenang buat masa ini.
BAM!
Terdengar bunyi pintu dan dinding apabila di buka dengan kasar."Oh mak aku hijau makan ketum." Latah Mia yang membuatkan Qila tergelak.
Terlihat seorang Danish sedang masuk ke dalam kelas dengan perasaan marah. Satu kelas disitu terkejut. Lalu barulah ahli Phoenix yang seorang itu masuk
"Abe Danish, Abe danish jangan lah maroh Aniq, sian Aniq. Aniq minta maaf lah.... Lagi pun abe danish ni asyik game je. Cubalah abe Danish ni layan Aniq kejap...." Aniq yang baru masuk ke jelas itu terus mengejar Danish yang dah macam singa kelaparan. Dia menggeselkan kepalanya di bahu Danish.
"Kau pernah rasa macam mana kena penumbuk aku tak!" Jerkah Danish. Ditolaknya Aniq sehingga terpelanting ke meja sebelah.
"Ish! Merajuk lah macam ni!" Aniq pergi ke tempatnya yang bersebelahan dengan seorang kawan lelaki mereka
Mia dan Qila yang melihat perkara itu hanya tercengang. Pelajar-pelajar di kelas itu pun hairan.
Danish menjadi begitu kerana seketul Aniq telah merosakkan PS5 nya. Dah lah dia beli mahal. Nak tahu tak si Aniq tu buat apa? Dia pergi masukkan PS5 tu dalam air. Tak ke berangin si Danish tu.
Pelajaran pada pagi itu ialah Bahasa English. Mereka fokus belajar pada masa itu.
Selepas satu jam pelajaran BI habis mereka mengemas buku.
'DIMINTA KELAS 5 AMETHYST DAN 5 BERYL PERGI KE BILIK SENI SEKARANG!' kata jurucakap yang berada di bilik seni. Pelajaran seterusnya adalah seni.
Mia dan Qila mengambil barang-barang seni mereka lalu keluar daripada kelas tersebut. Zaty dan Nisya yang baru sahaja keluar mengejar mereka berdua.
"So harini kita buat apa?" Tanya Nisya kepada rakan-rakannya.
"Aku rasa kene guna kertas kanvas lah. Cikgu suruh kita bawa cat akrilik kan?" Kata Qila dengan ragu-ragu.
"Yelah kot...." Kata Nisya pula.
"Weh.... Handsomenya dia!!" Jerit Qila berfangirling. Diamond Rosie hanya tersenyum risau melihat kawan mereka itu.
"Tapi tu bukan ke gangster sekolah?" Ucap Zaty membuat mereka terdiam.
"Aku dengar cerita ada budak sekolah kita jual rokok." Kata Mia pula.
Mereka berpandangan antara satu sama lain. Idea telah memuncak-muncak naik. Mereka tersenyum sinis selepas itu.
"Rehat nanti. Jangan kacau aku. Lagipun korang kena jaga tempat en. Jangan kacau aku eh...." Ujar Qila sambil tersenyum lebar. Diamond Rosie hanya mengangguk. Adalah tu yang mereka rancangkan.
"Woi yang kat sana! Cepat masuk!" Laung Izwan apabila melihat Diamond Rosie tiba-tiba berhenti di tengah jalan.
Diamond Rosie pula bergegas lari dan masuk ke bilik seni.
"Harini cikgu nak kamu buat lukisan berkumpulan. Suka hati kamu lah nak buat berapa group dan berapa orang yang ada dalam group tu. Yang penting saya tak nak tengok yang buat seorang diri." Arah Cikgu seni itu.
Maka murid-murid disitu membuat kumpulan masing-masing. Diamond Rosie yang memang sudah menjadi satu kumpulan terus berkumpul.
"So, harini kita nak buat apa?" Tanya Mia.
"Kita buat painting quotes nak tak?" Cadang Zaty. Mereka semua mengangguk.
Mereka melukis seorang wanita dan pemandangan yang cantik. Terlihat wanita itu sedang duduk di sebuah kerusi menghadap ke belakang. Terlihat tasik dan pokok-pokok hijau di lukisan itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Diamond Rosie (Slow Update)
Novela JuvenilDIAMOND ROSIE..... Siapa je yang tak kenal diorang ni... Yang tak kenal, meh sini author ceritakan ea... 4 orang gadis yang bersekolah di sekolah private iaitu velvet crystal highschool (hanya rekaan semata-mata). Nak dijadikan cerita, kat dunia ore...