🎨 26

79 8 0
                                    

Hyunjin menunggu seseorang sambil menikmati pemandangan malam. Di hadapannya terdapat sebuah sungai yang sangat besar. Bulan juga cerah malam ini. Ramai yang sedang menikmati angin malam sepertinya.

"Hyunjin!"

Dia menoleh. Orang yang ditunggu sudah sampai. Tetapi dia agak pelik melihat perempuan ini datang berseorangan. Dia tidak bersama pasangannya hari ni. Siapa lagi kalau bukan sahabat baik Darlene, Gowon. Dia juga tidak tahu kenapa Gowon ingin berjumpanya malam ini.

"Dah lama ke kau tunggu aku?" soal Gowon.

"Lama jugak. Nah! It's fine. Kenapa kau nak jumpa aku?" soal Hyunjin.

"Darlene"

Satu nama yang membuat hati Hyunjin tidak keruan kebelakangan ini.

"Kenapa? Dia sakit?"

Gowon tergelak. Gelabah juga si Hyunjin bila pasal Darlene.

"Bukanlah" jawab Gowon.

Hyunjin merasa lega. Dia ingat ada sesuatu berlaku pada Darlene tadi. Dan selepas itu tiada lagi percakapan. Hanya keheningan malam. Agak lama sebelum Gowon membuka perbualan semula.

"You know what. Darlene is special gift to me. She's kind. Always happy. We share a same braincell. A crackhead one"

Hyunjin senyum mendengar Gowon menganjing diri sendiri dengan Darlene.

"Tak pernah sekali pun dia tunjuk kesedihan dia. Setiap kali kami berjumpa, ada je benda lawak yang dia cerita. Tak pun kami menganjing orang lain sama sama"

"Indeed bestie girl. Mereka tak akan judge others sorang sorang. Sebaliknya mereka judge dengan bestie masing masing"

Gowon tergelak. Nampaknya Hyunjin sudah faham dengan perangai perempuan.

"You guys mesti share problem together"

Gowon tersenyum hambar. Hyunjin mengemam mulutnya. Dia tersalah cakap lah pulak.

"Tak semua actually. Aku yang selalu share masalah aku dengan dia. Dan dia juga buat benda yang sama except for one thing"

Hyunjin menunggu kata kata Gowon yang seterusnya.

"Her big problem. How I wish she can tell me on her own"

Hyunjin mula pelik. Dia tak faham maksud Gowon yang satu ini.

"Big problem?"

Gowon memandang Hyunjin. Dia tidak tahu sama ada dia perlu beritahu Hyunjin ataupun tidak. Tapi dia rasa Hyunjin perlu tahu.

"She didn't tell me her parents were divorced"

Gowon memandang Hyunjin untuk melihat reaksi lelaki itu.

"Kau nampak tak terkejut"

Hyunjin juga tersenyum hambar.

"Junkyu dengan Jaemin bagitahu aku. Mereka cakap rahsia. Even kau pun tak tahu. Tapi rupanya kau dah tahu"

Gowon mengangguk ngangguk. Dia faham.

"Aku rasa aku failed jadi bestie dia. Dia mesti sedih parents dia berpisah. Dan aku tak ada di sisi dia time dia sangat perlukan orang untuk bersandar"

Air mata Gowon jatuh bila mengingatkan itu.

"Mungkin dia rasa segan untuk bagitahu kau" pujuk Hyunjin walaupun hakikatnya dia tahu Darlene tak nak bebankan Gowon.

"That bitch! Pandai dia berlakon. Pura pura happy, ketawa tak ingat dunia depan aku. Rupanya didalam dia tengah sedih"

Hyunjin tersenyum melihat Gowon mengelap air matanya. Perempuan itu diam seketika sebelum menyambung.

"Darlene mungkin nampak sombong tapi bila dengan orang yang betul betul rapat dengan dia, ada je benda yang dia nak cakap"

"Aku setuju"

"Aku yakin disebabkan parents dia bercerai juga dia benci dengan cinta. She never dated before"

Hyunjin terkejut. Dia tidak menyangka yang satu ini.

"Jadi aku nak kau jaga hati dia betul betul. Jangan pernah sakitkan hati dia. Bila dia terima kau sebagai kawan, itu bermakna dia beri sepenuhnya kepercayaan dia pada kau"

"Tapi aku tak cakap aku suka dia"

Gowon senyum sinis.

"Aku boleh nampak cara kau pandang Darlene macam mana. Bukan sebagai kawan tetapi sebagai pujaan hati. Kau tak boleh tipu aku Hyunjin"

Hyunjin mengeluarkan nafas beratnya. Nampaknya dia terlalu jelas sampai Gowon boleh nampak semua tu.

"Dan Darlene juga. Itu pertama kali aku nampak dia selesa dengan lelaki. Sebelum ni, mana mana lelaki yang nak try dia, auto dia reject"

Hyunjin tersenyum.

"Dia siap cakap pada aku yang kalau ada mana mana lelaki nak try dia melalui aku, dia suruh aku bagitahu yang dia tak nak"

Hyunjin tergelak. Sampai macam tu sekali. Kesian para lelaki.

"Even muka dia sombong macam tu, still ramai lelaki nak try dia"

"Itu bermakna lelaki lelaki itu tidak pandang dia sebagai perempuan sombong"

Gowon mengangguk setuju.

"Jadi aku datang jumpa kau sebagai bestie Darlene. Aku nak yang terbaik untuk sahabat aku. Aku nak dia bahagia yang sebenar benarnya. Aku dah tak sanggup nak hadap bila dia pura pura bahagia"

...

Heart Of Stone | HWANG HYUNJINWhere stories live. Discover now