"U-ulang sekali lagi apa awak cakap..." Keena bersuara lemah. Darah yang keluar melalui hidungnya mengalir tidak henti. Ah.. pening.
Noah pula terus berjalan menelusuri manusia-manusia yang memberi laluan kepada mereka.
"Aku kata-- Keena?" Langkah Noah terhenti melihat Keena yang tiba-tiba pengsan dalam dakapannya.
"Keena. Aish." Tak membuang masa, Noah berlari laju menuju ke bilik Keena. Wanita itu diletakkan ke atas katil.
"Maid! Panggil semua tabib Istana sekarang!"
......
"Maid!"
Noah melihat sekeliling. Kosong.
Tak ada seorang pun maid di situ?!
"Tuan Putera! Huh.. hah.. huh.. hah.." Seorang lelaki muncul di pintu bilik. Tercungap-cungap selepas berlari nak mengejar Putera Noah.
"Siapa?"
"Ah maaf diatas kebiadapan saya. S-Saya Dylan. Pengurus sementara Puteri Keena." Lelaki bernama Dylan menunduk hormat.
"Saya dengar Puteri Keena sakit jadi saya bergegas--"
Noah merapati Dylan. Kolar baju lelaki itu dicengkam kuat.
"Kenapa. Dalam. Bilik. Ni. Tak. Ada. Seorang. Pun. Maid."
"A-ampunkan saya Tuan Putera! Saya cuma mengikut arahan--"
"Siapa?"
"P-Putera Alexander!"
"Ah.." Noah melepaskan cengkamannya. Nafas dihela panjang.
Jadi selama Puteri Keena tinggal di situ tiada seorang pun maid yang menguruskannya? Pakaian? Makan minum? Kemas barang dan semuanya?
Ini kalau Kerajaan Roseland tahu, memang tercetus perang lah jawabnya.
Dasar Alexander najis!
"Panggil semua maid yang sepatutnya uruskan dia. Dan panggil tabib Istana ke sini. Sekarang."
"B-baik Putera Noah!" Dylan bergegas keluar dari bilik itu mengikut arahan Noah.
Noah melihat keadaan sekeliling sehingga matanya tertancap pada Keena yang terbaring tidak sedarkan diri.
"Evan."
Sap!
Satu figura masuk ke dalam bilik tersebut melalui tingkap. Nampaknya Evan memang tak reti guna pintu. Maafkan dia.
"Jaga Keena. Ada hal aku kena uruskan."
Evan menunduk akur. Sementara Noah berjalan keluar dari bilik tersebut.
Evan berdiri tegak di sisi katil Keena. Memerhati wajah pucat wanita itu.
Dia hanya berdiri lama seperti menunggu Keena sedar.
"Evan. Mulai hari ini saya akan jaga awak. Kalau ada orang cakap buruk tentang awak, bagitahu saja saya okey?"
Seminit..
Dua minit..
Tiga minit..
Shing!
Secara refleks pedangnya menghayun ke belakang, menghunus pada leher seseorang.
"J-Jeneral Evan!" Terkejut Dylan apabila lehernya dihunus pedang tajam secara tiba-tiba. Seinci lagi, boleh cedera lehernya.
"Ini saya, Dylan!"
YOU ARE READING
The King | Jeon Jungkook
FantasiaHidup berubah sekelip mata, masuk ke dalam alam fantasi. Menjadi seorang Puteri. Tapi bukan semudah yang dijangka. [The King] ©sthyne2021 Start : 270821 End : penantian itu menyakitkan.