Pagi indah dalam kehidupanku .Hari juga yang bermakna untukku .
Hari yang selalu akan aku tunggu setiap tahun.
"Zarifah Ridayana!!!!".Sudah bermula jeritan Puan Rizani dari muka pintu bilik anaknya.
Anak dia tu memang susah nak bangun kalau cuti-cuti Malaysia ni.Apalah boleh buat .
Puan Rizani masuk ke dalam bilik anaknya bersama pistol air kepunyaan anak bongsu riana yang berumur lima tahun.
"Zarifah Ridayana ,bangun sekarang dah lewat ni .Nak jadi anak dara apa bangun lewat ni"Bila melihat anak sulung langsung tiada respon .Puan Rizani pun mengacu pistol air ke wajah anaknya.
Zarifah Ridayana yang sedap tidur merasa ada sesuatu benda ada pada wajahnya.
Kenapa muka aku basah ni.Aku tidur waktu hujan ke.Zarifah Ridayana membuka matanya.
"Mama kenapa muka dayana basah . Atap rumah kita bocor ke ?"Zarifah Ridayana cuba untuk meihat ke arah atas.Tapi tak ada pula bocor pun.
"Mama tembak kamu dengan pistol air riana . Syok juga dapat tembak kamu ni"Puan Rizani mula ketawa melihat gelagat anak daranya masih dalam keadaan separuh sedar .
"Lain kali anak dara bangun awal . Sekarang ni dah pukul sebelas .Tahulah cuti -cuti Malaysia pun tapi bangun awal.Kalau ada orang masuk meminang kamu terus tak jadi "Puan Rizani sudah mula berleter.
"Baiklah mama anak dara mama ni akan cuba bangun awal walaupun cuti-cuti Malaysia."Zarifah Ridayana mula berdiri bersebelahan katilnya.
"Lepas ni kamu pergi mandi ye dayana .Kalau mama tengok kamu masih tidur .Mama ambil senjata lebih besar lagi untuk tembak kamu"Selepas mengucap kata kepada anak daranya terus dia terus keluar dari bilik anaknya.
"Mama ni mesti dulu teringin nak jadi polis tapi tok minah tak bagi."Tok minah adalah ibu kepada puan Rizani.Dahulu Rizani pernah bercita-cita ingin menjadi anggota polis tapi ibunya tidak menerima.
Flashback
Razani sedang membaca surat khabar . Walaupun hakikat dia sebenarnya malas nak baca surat khabar apabila mengenangkan diri masih tak ada kerja jadi cari kerja di surat khabar.
"Polis membuat pengambilan anggota baru untuk tahun 1999 "Razani seperti terkejut dengan apa yang dikatakan tadi.
"Ibu!!!"Razani memanggil ibunya.
Sambung di bab seterusnya

YOU ARE READING
Dan Bila Esok Menjadi Kenangan Terindah
Historia CortaZARIFAH RIDAYANA -RAZMIR FAKRI Kisah cinta seorang gadis terhadap sahabat baiknya.Tetapi cinta tetap ada dihati walaupun jasad sudah bersemadi di atas tanah . (sad romance)