Chapter 37

76 8 4
                                    

Tibalah hari perlaksanaan Latihan kerja Lapangan.Para Kelas 1-A sudah bersiap sedia dengan beg kostum hero Masing-Masing di stesen kereta api.Aizawa-sensei berdiri di hadpaan mereka untuk memberikan arahan.

"Semua sudah mendapat Beg masing-masing?Normalnya ia tidak dipakai di tempat umum.Jadi,pastikan jangan sampai hilang."

"Baik~"Ashido mengangkat begnya di udara dengan penuh bersemangat.

"Pastikan kalian bersikap sopan di tempat magang masing-masing."Pesan Aizawa-sensei terutamanya pada Shiro yang hidup dalam gua dan terlebih polos.

"Itu sahaja.Berangkatlah."

Usai sahaja membalas 'Baik',Mereka semua bergerak ke kereta api menuju ke tempat magang masing-masing.Shiro melihat ke arah Uraraka dan Midoriya yang berkumpul di depan Iida.Mereka seperti membicarakan sesuatu.

'Diorang cakap pasal Abang Burung berkacamata ke?'

Mata Shiro menjadi tajam aapbila melihat wajah Iida dari jauh.

'Bau kemarahan yang besar.Bahkan sampai ke sini baunya...Apa dia cuba nak balas dendam atau buat pembunuhan?'

"Kau akan terlepas kereta api kalau kau berdiri di sini je."

Shiro menoleh ke arah sang pemilik suara.Dia melihat Aizawa-sensei berjalan mendekatinya.

"Papa!"

"Ini mungkin agak mendadak tetapi Perusahaan Pendukung UA telah ubah suai kostum kau.Mereka kata kostum kau yang lama tidak sesuai dengan cita rasa seorang Hero."Jelas Aizawa-sensei.

"Pastikan kau baca dahulu buku panduannya."

"Perubahan?"Fikiran Shiro terus bertuka menjadi negatif.Dia takut Kostumnya yang tertutup dan hangat bertukar menjadi terbuka seperti Yaoyorozu.

"A-Apa mereka lakukan pada Kostum Shiro,Papa?"

"Jangan risau.Mereka tahu yang kau tak tahan sejuk.Jadi,mereka buatkan yang lebih hangat."Jawab Aizawa-sensei dengan pantas apabila melijat Shiro ketakutan.

Shiro kembali tenang apabila mendengar perkataan Aizawa-sensei.

"Apa tempahan Shiro sudah sampai?"

"Ye.Pastikan kau jangan gunakannya untuk membunuh."

"Sudah tentu."

Aizawa-sensei menepuk kepala Shiro dengan lembut.

"Pastikan kau jangan buat masalah di tempat magang ye."

"Baiklah,Papa!"

Shiro mmeberikan senyuman yang hampir tak terlihat pada Aizawa-sensei.Setelah minta diri dari Ayahnya,Shiro terus menuju ke kereta api yang menuju ke tempat magangnya.

"Nampaknya,Aku perlu masak sendiri selama seminggu lah ni...."

Tanpa Sosok Shiro,Aizawa-sensei kembali membujang.Selama ini,Shiro lah yang melakukan semuanya kecuali menggunakannya mesin basuh.Dia masih tak pandai gunakan setelah banyak kali diajar.

♦♦♦♦♦♦

Usai meletakkan bagasi di tempat letak atas,Shiro duduk manis di kerusi yang paling berdekatan dengan tingkap.Dia boleh melihat pemandangan yang cantik dari sudut tersebut.

Suasana sunyi di dalam gerabak tersebut.Ini kerana hanya Shiro ada di situ.Tak ramai yang menggunakan kereta api ini menuju ke stesen seterusnya.

'Pertama.Jom kita cek dahulu baju baru aku.'

Beg Kostum heronya dibuka.Terdapat sebuah buku kecil di atas pakaian dan peralatannya.Shiro mengambilnya lalu membukanya.

Kepada Cik Shiro,

White Snow Rabbit[BNHA x OC]Where stories live. Discover now