Sudah 3 bulan affan dan ardeela duduk berasingan , hubungan dia dan syezrin juga semakin akrab . Dan afzan semakin dingin dengan affan .
Affan berdiri di cermin dengan wajah yang dingin . Dia membetulkan baju kerjanya supaya nampak kemas . Rambutnya yang sudah panjang mencecah ke bahu di ikat kemas .
3 bulan dia membiarkan rambutnya panjang tanpa niat mahu memotong . Lepas puas hati dengan penampilannya , affan berjalan ke katil dan mencapai telefonnya .
Dia mendail nombor seseorang yang sangat dia rindui .
"Sayang !!" Panggil affan dengan ceria .
"Assalamualaikum , amboi tahu la tak duduk sekali tak kan terus jadi kafir tak pandai nak bagi salam" affan memuncungkan bibir kedepan mendengar ayat pedas dari isterinya .
"Waalaikumussalam , abang excited sangat la nak dengar suara sayang" kata affan sambil menguis-nguis cadar katil . Ardeela cuma tersenyum lebar .
"Sayang , malam ni balik sini eh . Tak nak duduk jauh-jauh dah . Tak tahan rindu dah ni" sambung affan lagi .
"Macam awal lagi je . Nak tengok abang kene kecam lagi" balas ardeela selamba .
"Sayang ni jahat la . Sampai hati nak tengok abang kene kecam"
"Bukan sayang yang nak . Baby baby kita yang nak"
"Sayang ni mengidam lain macam la" kata affan . Mereka berdua terus ketawa kecil bersama .
"Baby baby kita sihat ? Cakap la dengan anak-anak kita tu sayang , jangan seksa daddy dia lama-lama sangat . Tak sanggup dah ni" kata affan dengan nada sedikit merajuk . Ardeela mengusap perutnya yang sudah berbulat besar .
"Baby kita cakap malam ni mummy balik" terus berubah riak wajah affan . Dia terus melompat-lompat kegembiraan di atas .
"Abang , tadi syezrin ada hantar gambar dekat ardel" lompatan affan terhenti . Dia kembali fokus pada isterinya .
"Gambar apa sayang ?"
"Gambar dia dengan abang tidur atas katil . Tak pakai baju"
"Sayang percaya ke dengan gambar tu ?"
"Percaya" ternganga luas mulut affan bila Isterinya percaya dekat gambar yang dihantar oleh syezrin . Kemudian telinga affan menangkap tawa besar dari isterinya .
"Agak-agak la ardel nak percaya abang . Ardel tahu mesti perempuan tu sengaja nak sakitkan hati ardel . Sebab tu dia buat macam tu"
Affan menghembus nafas lega .
"Sayang jangan risau la . Tak hingin abang nak tidur dengan dia . Masa abang pergi rumah dia hari tu pun abang keluarkan balik air yang dia bagi . Bila ingat balik kan sayang , kita ni boleh dapat anugerah pelakon popular tau . Hebat lakonan kita sampai semua percaya yang abang ni curang" kata affan . Ardeela mengangguk kepala laju .
"Betul tu . Kesian syezrin kan abang . Mesti dia ingat dia dah dapat abang , rupanya"
Ardeela dan affan terus ketawa terbahak-bahak .
"Jijik abang dengan dia . Masa bercium dengan dia hari tu pun abang gosok gigi abang ni 10 kali sehari . Geli tau sayang . Kalau cium sayang tak apa juga . Setahun tak basuh gigi pun tak apa"
"Eee busuk la gigi abang nanti"
"Biar busuk asal kan bekas ciuman sayang tetap ada dekat bibir abang ni" kata affan lembut . Pipi ardeela merona kemerahan .
"Malam ni abang jemput sayang okay , abang dah rindu sangat-sangat dekat sayang dengan baby baby kita" sambung affan lagi .
"Okay abang . Ardel pun dah rindu dekat abang . Setiap malam ardel nangis rindu kan abang"
"Alolo kesiannya isteri abang ni . Tak apa malam ni sayang boleh peluk abang puas-puas . Mesti mata tu dah macam panda kan" gurau affan lembut . Ardeela mendengus geram dengan gurauan suaminya .
"Kenapa kalau mata macam panda ? Abang dah tak sayang kan ardel ke kalau mata ardel macam panda ?" Tanya ardeela dengan nada tak puas hati
"Eh apa cakap macam tu , kalau mata sayang macam panda sekali pun . Abang tetap sayang and cintakan ardel sampai bila-bila . Tanpa ardel , hidup abang tak tenteram tau . Macam sekarang , rasa macam tak nak masuk kerja je" balas affan lembut . Kalau isterinya ada dekat depan matanya mesti dia dah cium pipi tembam isterinya .
"Kalau macam tu tak payah la masuk kerja hari ni . Abang teman ardel beli barang baby nak ? Please.. ardel tak nak pergi seorang-seorang" pinta ardeela manja .
"Macam awal lagi je sayang nak cari baju baby . Lagipun baru 5 bulan kan ?" Tanya affan pelik .
"Kita beli sikit dulu , nanti dah 8 bulan kita beli lagi . Please abang" ardeela sengaja meleretkan suara untuk memujuk suaminya . Affan yang memang tak boleh dengar suara isterinya , laju menukar baju .
"Abang on the way sekarang ." Kata affan
"Eh sabar la dulu , ardel tak siap apa-apa lagi" kata ardeela dengan terkejut . Baru je cakap , suaminya dah siap mahu mengambil dirinya .
"Abang boleh tunggu sayang" balas affan .
"Okay la abang , Ardel siap-siap dulu . Jangan lambat tau . Lambat seminit ardel tak nak keluar dengan abang"
"Eh awak tu yang kene siap cepat sikit . Dah la siap mengalahkan model" balas affan . Terus muncung bibir ardeela . Ni yang nak on kan mood merajuk ni .
"Dah la tak nak keluar bye"
"Eh sayang , tak tak . Okay abang datang sekarang juga . 10 minit awal abang sampai sekarang" kata affan sebelum matikan panggilan . Dia terus kelam kabut turun ke bawah . Affan juga sempat menghantar mesej pada syezrin yang dia tak masuk kerja hari ini .
"Tak masuk kerja ke muqrey ?" Tanya harriz saat melihat affan berpakaian biasa . Affan terus menoleh ke arah harriz dan yang lain di meja makan .
"Hari ni aku off seminggu , kauorang kalau nak cuti sekali ikut la ." Kata affan sambil memakai kasut .
Harriz , izham dan afzan berjalan menghampiri affan di pintu . Berkerut dahi mereka melihat affan seperti cacing ke panasan .
"Kau nak pergi mana ?" Tanya izham .
"Keluar" balas affan pendek .
"Dengan ?" Tanya harriz pula . Afzan hanya mendiamkan diri .
"Someone special" kata affan dengan senyuman lebar dan mengangkat sebelah kening berkali-kali
Senyuman yang penuh makna .
"Syezrin ?"
Makin berkerut dahi mereka melihat gelengan kecil dari affan . Jangan cakap yang affan ada simpan perempuan lain selain ardeela dengan syezrin .
Fikiran negatif mula bertandang di otak mereka bertiga . Tanpa berkata apa-apa , affan terus pergi meninggalkan mereka bertiga di depan pintu . Nanti makin lambat pula kalau dia layan pertanyaan si setan-setan ni .
Mata mereka bertiga tak lepas memandang kepergian affan .
"Dah la , aku naik dulu" kata afzan dingin . Dia terus melangkah masuk ke dalam bilik .
"Tak masuk kerja ke ?"
"Dah si babi tu bagi greenlight , tak kan nak sia-siakan" kata afzan tanpa memandang ke belakang . Harriz dan izham memandang sesama sendiri . Bibir mereka naik tersenyum lebar .
Hati mereka berdua bersorak gembira . Laju kaki mereka melangkah ke arah isteri masing-masing di dapur . Citra awal lagi sudah mengikut suaminya naik ke atas bilik .
...
Ehem ehem .... Kene scam ke tu ? Uhukkk . Segaja je nak bagi kauorang sakit hati sebab hari tu mey tengah sakit hati . So mey sengaja bagi kita sama-sama sakit hati . Huhuuu
Tak lama lagi buku ni nak habis ;) lagi beberapa chapter je .. habis je buku ni kita bye bye okayyy muah <3
KAMU SEDANG MEMBACA
01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]
Acción[BOOK 1] [This Ardeela Medina and Affan Muqrey love story] Ardeela Medina. Seorang gadis yang pendiam dan dingin, dia mempunyai kelebihan untuk melihat makhluk halus dan kelebihan itu menghuru harakan hidupnya. Kehilangan orang yang dia sayang menj...