Eunbi p.o.v
" ABANG!" Chan yang sedang menyiapkan kerjanya kelam kabut turun ke bawah apabila mendengar suara isterinya. Risau kalau apa-apa jadi dekat isteri atau anak-anaknya. Namun dia pelik melihat eunbi bersiap macam nak keluar.
" Turun pun. Ingatkan nak duduk dalam bilik 24 jam. Tolong jaga anak-anak kejap boleh? Eun nak keluar nak beli barang basah. Baru sedar barang basah dah habis. Tolong jaga anak-anak eh.. Gyehun kat atas masih tidur. Kejap lagi dia bangun nanti susu dia ada kat atas meja. Sarapan Eunjin dengan taehyun ada kat atas meja juga. Pastikan diaorang makan eh.. Eun keluar kejap je.." Kata Eunbi. Chan hanya mengangguk. Sangsi juga. Sekejap isterinya tu kadang-kadang sampai pukul 1.00 pm nanti baru balik.
Chan p.o.v
" Baik sambung buat kerja balik sementara diaorang masih tidur.." Gumam Chan sendirian. Namun belum sempat dia nak masuk ke bilik kerjanya, kedengaran tangisan kuat dari bilik gyehun. Alahai.. Cepatnya bangun bila ibu dia takde kat rumah.. Pantas dia mengambil anaknya itu dan menenangkan anak yang baru memasuki umur 2 tahun itu.
" Gyehun.. Sayang Daddy.. Ala.. Jangan nangis.. Mummy keluar kejap je.. Kejap lagi mummy balik.. Jangan nangis.." Chan menenangkan anak bongsunya itu namun makin kuat dia nangis. Tiba-tiba, pintu bilik terbuka sekali lagi dan eunjin muncul dengan botol susu gyehun di tangan.
" Nah Daddy.." Kanak-kanak itu memberikan botol susu adiknya kepada ayahnya. Chan mencapai dan memeberikan susu itu kepada anak bongsunya. Senyap sekejap. Dia menghela nafas lega mendengar tiada lagi tangisan gyehun.
Masalah kedua pula muncul apabila gyehun tak nak duduk bawah. Dia sentiasa nak dalam dukungan ayahnya. Letak je kat bawah atau bagi kat kakak atau abang dia, terus menjerit dia. Susah betul anak yang demand macam-macam ni..
" Hehe.. Daddy penat ke?" Suka Taehyun tengok muka ayah dia yang pucat tu makin pucat. Chan mencubit pipi anak sulungnya itu perlahan. Memang dia penat walaupun hanya jaga gyehun untuk beberapa jam ketika eunbi keluar.
" Daddy tertanya-tanya macam mana mummy kamu boleh buat semuanya tanpa rasa penat ye? Masak lagi, kemas rumah, jaga kamu bertiga.. Sedangkan daddy baru jaga beberapa jam dah penat." Keluh Chan perlahan. Taehyun dan Eunjin tergelak kecil.
" Sebab tu lah mummy kami digelar Super Mummy. Mummy boleh buat apa yang daddy tak boleh buat pun tau.. Itulah kehebatan mummy.. Tapikan daddy, mummy pun pernah rasa penatlah. Ingat tak masa mummy demam masa gyehun dalam perut mummy lagi? Masa tu mummy penat. Mummy bukan tak penat, mummy cuma tak tunjuk mummy penat." Balas Eunjin pula.
" Pandai anak daddy ni.. Ha. Mummy dah balik!" Kata Chan mendengar pintu rumah dibuka. Betul sangkaannya. Isterinya dah balik sambil menjinjing beberapa beg plastik berisi bahan makanan. Tersenyum dia melihat anak bongsunya di dukungan suaminya.
" Alahai.. Mummy keluar kejap pun tak boleh ke sayang? Terus bangun.. Dia susahkan daddy ke?" Soalnya perlahan sebelum mengambil gyehun dari dukungan chan. Pipi Gyehun dicium perlahan. Terkekeh gyehun ketawa.
" Taklah sayang... Dia tak susahkan daddy pun.. Dia bagi daddy tahu yang mummy dia adalah super mummy..." Balas chan. Eunbi tersenyum kecil. Super mummy? Hmm.. Hebat juga nama tu.
" Kalau macam tu, abang tolong susun barang dekat tempat dia eh.. Eun nak mandikan gyehun dulu. Eunjin, Taehyun! Kamu berdua makan tanpa mandi dan gosok gigi? Siapa ajar ni hah?" Eunbi menjegilkan mata memandang dua anak itu. Taehyun dan Eunjin tersengih sebelum menunjukkan pada chan.
" Hey hey... Daddy tak ajar benda tak betul eh.. Daddy pun dah mandi walaupun belum makan tau.." Balas Chan melihat anak-anaknya tunjukkan padanya. Eunbi memandang kedua anaknya dengan mata sengaja dibesarkan. Kedua-duanya masih tersengih.
--------
Malam,
Author p.o.v
" Tak tidur lagi abang?" Chan memalingkan muka mendengar suara isterinya. Dia menggeleng perlahan sebelum mengajak isterinya duduk di sebelahnya menghadap langit pada waktu malam hari itu. Penuh bintang bertaburan di langit dan bulan yang menerangkan malam itu.
" Anak-anak dah tidur?" Tak menjawab soalan eunbi dia bertanya semula. Eunbi mengangguk. Penat nak menidurkan terutamanya si gyehun. Agak lama nak tidurkan anaknya itu di biliknya sendiri. Jadi Taehyun tidur dengan Gyehun hari ni. Eunjin masih tidur di biliknya sendiri.
" Tak sedarkan? Cepat je masa berlalu. Sedar-sedar kita dah ada tiga orang anak. Sedar je kita dah 29 tahun. Kejadian 11 tahun dulu macam tak pernah jadi je.." Kata Eunbi perlahan. Chan tersenyum pahit. Kejadian tu. Dia memang tak nak ingat langsung kejadian tu. Siapa sangka akhirnya bet yang mereka buat membuatkan dia jatuh cinta pada wanita di sebelahnya kini?
" Dah.. Jangan ingat lagi. Kenangan pahit tu semua buang je dalam hidup sayang.. Sekarang ni ingat kenganagn indah je. Semua sedih-sedih tak nak ingat okey?" Pujuk Chan lembut. Eunbi mengangguk perlahan sebelum mengeluarkan telefonnya dari poket bajunya.
" Hujung minggu ni kakak wony kahwin. Dia ajak kita pergi majlis. Abang free kan? Kita pergi ye?" Soal Eunbi perlahan. Chan mengangguk sebelum memaut bahu isterinya. Senyap seketika mereka sebelum terdengar suara tangisan gyehun.
" Haih.. Nampaknya Taehyun akan ganggu setiap kali ibu dengan ayah dia bersama kan?"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Bang's Family
Bang Chan + Kwon Eunbi
Bang Taehyun, Bang Eunjin, Bang Gyehun
YOU ARE READING
I'M SORRY FOR HURTING YOU..
De TodoIZONE ADALAH SEKUMPULAN REMAJA PEREMPUAN YANG TERDIRI DARIPADA EUNBI, CHAEYEON, YENA, CHAEWON, MINJU, YURI, YUJIN DAN WONYOUNG. HIDUP MEREKA RIANG RIA DI UNIVERSITI SEOUL. NAMUN, SEMUANYA BERUBAH SELEPAS KEDATANGAN STRAY KIDS. HIDUP MEREKA HANCUR KE...