“Engkau,bunuh dia...”
“Baik tuan!”
“Hah? Tidak mungkin! Kau tak akan bunuh aku! Minji maafkan aku Minji!!”
“HANA,DUL,”
“JANGAN!!! HYUNG!!!!”
“SE!”
PLASH!
“HYUNG!!!!” Jimin terbangun terus dari tidurnya yang mengerikan itu. Rupa-rupanya itu hanyalah mainan tidur. Jimin menyentuh dahinya. Dahinya basah sampaikan baju tidurnya juga turut basah.
‘Peliknya? Siapa yang aku jumpa? Siapa Minji?’ bisik dalam hatinya. Dalam mimpi itu dia ternampak sesosok tubuh yang dipanggil hyung. Tetapi,mukanya kabur dan tak jelas. Dia hanya mengendahkan mimpi itu. Jimin terus mengambil jam yang berada di tepi katilnya
“Wuish. Awal jugak aku bangun,” skrin di jam itu memaparkan jam pukul 6:30 minit pagi. Kerjanya akan bermula pada pukul 8 pagi. Selalunya Jimin akan bangun pada pukul 7 pagi. Dia mandi awal-awal bagi memudahkan pergerakannya nanti.
Baju yang dia kenakan hanyalah baju pelayan biasa. Sekarang dia mencari rezeki halalnya di B Cafe yang terletak di Busan. Dia hanya mengharapkan diri sendiri sahaja untuk mencari rezeki.
Selepas pemergian ibu bapanya akibat kemalangan lima tahun lepas,Jimin sudah tidak seperti dulu lagi. Dulu,Jimin seorang namja comel yang kelihatan ceria,bertukar menjadi Jimin yang kelihatan muram dan sedih.
Dia hanyalah seorang anak tunggal,dia tidak tahu hala tujunya selepas ini. Hanya mengharapkan kerja yang mampu dia buat.
Jimin pergi ke dapur dan melihat sekeliling dapur itu. Dia pergi ke peti sejuk lalu membuka pintunya. Hanya tinggal sepotong kek yang dia beli kemarin. Hanya itu yang menjadi santapan paginya.
Skip
Di cafe...
“Encik mahu order apa?” tanya Jimin kepada seorang lelaki dalam lingkungan tiga puluhan itu.
“Erm.....bagi saya....Tiramisu Cake dan Cappuchino,” lelaki itu melebarkan senyuman pada Jimin. Jimin membalas dan berkata: Okay.
“Kook,nah order,” Jungkook mengambil kertas dengan mengeluh dengan perlahan. Jimin agak pelik dengan Jungkook.
“Kau apahal Kook? Putus cinta ke?” Jimin cuba mengusik Jungkook untuk menggembirakan dia sedikit. Jungkook memberi jelingan tajam ke arah Jimin.
“Heh,senangnya kau kata aku putus cinta ye? Haduh...pening kepala aku kau tahu tak?”
“Ala...lek ah dulu...nanti rehat kau ceritakan semuanya dekat aku,okay?”
“Hmm....okaylah......” jawab Jungkook dengan malas.
Jimin hanya menyambung kerjanya. Kerjanya berterusan sehingga jam 10 pagi.....
Waktu rehat....
Jimin dari tadi asyik menunggu Jungkook yang sedang rehat. Bunyi ketukan kuali menandakan Jungkook masih belum habis masak lagi.
Jimin tiba-tiba teringatkan mimpi yang dia alaminya. Sebenarnya sudah dua kali dia bermimpi sebegitu. Tetapi mula-mula,keadaan itu tidak jelas. Kali kedua dan ketiga mimpi itu semakin jelas. Tetapi juga,dia masih tertanyakan tentang namja yang kabur itu.
“Heyyo....makanan dah siap....” Jungkook yang dari tadi tercegat melihat Jimin yang termenung itu melambaikan tangannya ke muka Jimin. Lamunan Jimin terganggu dengan tangan Jungkook.
“Kau termenung apa tu? Jauh sangat,” tanya Jungkook yang sedang meletakkan cawan yang berisikan air Vanilla Coffee pada Jimin.
“Ah? Erm...eh jomlah makan dulu. Lepas makan aku cerita.”
“Okay,” jawab Jungkook dan mereka berdua memulakan santapan mereka.
Beberapa minit kemudian...
Mereka berdua sudah pun melicinkan pinggan mereka. Jungkook telah pun habis minum air kegemarannya,Latte.
“Thanks for the food and drink,Kook. Sedap kau buat,” puji Jimin pada Jungkook.
“Aish, jangan lah puji aku gitu. Malu aku,” balas Jungkook dengan mukanya yang mulai memerah. Jimin gelak melihat muka Jungkook.
“Haish,kau ni. Aku puji pun blushing. Cer kalau girlfriend kau puji. Hohoho,” Jimin mengusik Jungkook
“Aish,dahlah. Ha,apa yang kau tenungkan tadi?” Tanya Jungkook. Jimin mulai melepaskan keluhannya.
“Macam ni,yelah,orang kata tak elok cerita mimpi kita dekat orang. Tapi aku kena cerita jugak sebab bagi aku benda ni pelik,” Jungkook hanya mendengar sahaja apa yang Jimin bualkan.
“Mimpi ni kan,dah dua kali berulang. Dan hari ni aku nampak jelas sedikit,” dan Jimin menceritakan jalan cerita mimpi itu kepada Jungkook.
.
.
.
.
.“Ouuuuu” jawab Jungkook.
“Tapi kan,aku pernahlah baca satu artikel ni kat internet. Selalunya,orang dulu kata kita ni sebenarnya dilahirkan semula,” kata Jungkook.
“So?” Tanya Jimin.
“So,mungkin mungkin....itu adalah pasangan lama kau?”
“What? What do you mean pasangan hah?” Jimin membuat muka datar pada Jungkook.
“Yela-”
“OI! KERJA OI!” Jerkah pekerja yang berada di dapur.
Mereka berdua sambung bekerja seperti biasa.
•°•°•°•°•°•
REMINDER!
~~~Keep reading~~~
♥Vote and Comment♥Borahae💜💜
YOU ARE READING
©️Soul Of Past-YOONMIN Malay ff
FanfictionSelalu bermimpikan tentang pembunuhan,bersama seorang lelaki tetapi kabur mukanya. Siapa yang muncul di dalam mimpi Jimin? Idea sendiri 💯 Mature content 18+🌚