Selalu bermimpikan tentang pembunuhan,bersama seorang lelaki tetapi kabur mukanya. Siapa yang muncul di dalam mimpi Jimin?
Idea sendiri 💯
Mature content 18+🌚
"Hahah,kau ni lawaklah Jimin. Takkan lah itu pasangan lama kau?" kata namja itu
"Haduh Jin hyung...Jim pun tak tahu. Si arnab tu yang bagitau," balas Jimin pada kawan baiknya,Kim Seokjin di dalam telefonnya itu.
"Haih,takpalah. Hyung nak sambung kerja ni. Bye."
"Bye."
Tut...tut....tut...
Jin yang dari tadi asyik gelak sahaja dengar pasal mimpi Jimin itu tadi. Dalam gelaknya itu,seorang namja dari tadi asyik memerhati kelakuan Jin itu.
"Kau gelak apa?" tanya namja itu dengan suara yang agak dingin.
"Oh,tuan Yoongi,saya baru sahaja berbual dengan bff saya," balas Jin kepada Yoongi iaitu bosnya dengan tanpa segan silu.
"Hm....interesting. Boleh aku nak gambarnya?" tanya Yoongi.
Jin terpaku. Dia mulai risau apabila bosnya meminta gambar kawan baiknya itu. 'Mampuslah kau Jim,' bisik Jin dalam hati.
"Aku cuma minta gambarnya,takkan itu pun kau takut?" suara Yoongi kali ini agak marah sedikit. Jin lantas membuka gambar di telefonnya dan memberikan pada bosnya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Nah,tuan," Yoongi memeriksa gambar Jimin itu. Yoongi tiba-tiba mengerutkan dahinya dan tersenyum. Jin agak pelik dengan kelakuan tuannya.
"Kenapa tuan?" tanya Jin.
"Aku nak kau jumpa dengan dia dan tawarkan kerja kat dia"
"Bwo? Tapi dia dah ada kerja,tuan. Saya rasa tak paya-"
"Do you want more punishment huh?" potong Yoongi lalu tersenyum sinis ke arah Jin. Jin mengangguk tanda ya dan terus bergegas keluar dari bilik.
"Hm....kenapa aku macam pernah nampak muka dia?" kata Yoongi pada dirinya.
* * * * *
Jimin baru sahaja sampai di rumah setelah selesai bekerja. Jimin ingin bercerita tentang mimpi itu lagi pada kawan rapatnya itu. Ketidakpercayaan Jin pada teori itu membuatkan Jimin tidak puas hati.
Jimin tidaklah percaya seratus peratus akan teori Jungkook. Tetapi kemungkinan ia adalah sesuatu yang benar.
Ding! Dong!
"Haish,siapa datang ni? Aku baru nak rehat," mengeluh Jimin. "Eoh? Hyung?" Jimin agak terkejut dengan kehadiran Jin secara tiba-tiba. Dari muka Jin menunjukkan seperti ada masalah yang perlu diselesaikan.
"Kau masuk-" tidak habis lagi Jimin bercakap,Jin terus masuk ke dalam rumah Jimin dan duduk terus di atas sofa dalam keadaan gelisah. Jimin membuat muka sedikit datar dengan ketidaksopanan kawannya itu.
"Kenapa dengan kau ni? Pelik je aku tengok?" tanya Jimin sambil mengangkat keningnya sebelah.
"Mampuslah kau Jim."
"Eoh? Aku yang mampus? Wae?"
"Bos aku,dia suruh kau kerja dengan dia," terang Jin.
"Wait,what? Apasal pulak? Aku dah ada kerja kot," kata Jimin dengan perasaan tidak puas hati.
"Tadi kan aku telefon kau,pastu bos aku tanya dengan siapa tengah berbual,and then aku katalah kau. And...." ayat Jin terhenti seketika.
"And?" Jimin menunggu jawapan Jin.
"Dia mintak gambar kau wei! Pastu aku bagilah,dan....." sekali lagi ayatnya terhenti.
"Ala....sambung je lah!" kata Jimin dengan sedikit muak.
"Yeah...dia suruh aku tawarkan kerja kat kau lah. Haih...."
"Tapi...kerja apa? Engkau pun kau tak pernah cerita kau kerja apa," tanya Jimin.
"Whoa,yang tu aku tak boleh cakap. Yang pastinya kau kena terima kerja tu," balas Jin.
"Apasal pulak tak boleh beritahu? Kau kerja haram ke?!" jerkah Jimin.
"Woi! Mana ada haram! Aku sumbat cili dalam mulut kau nanti!"
"Dahtu...kenapa tak nak beritahu? Okay,tell me the salary."
"Erm....around....five thousand?" balas Jin.
"What the hell? For a month?" Jin mengangguk. Mata Jimin terbuntang luas apabila mendengar harga gaji yang sangat mahal itu. Gaji di kafenya saja baru seribu. Tetapi kalau gaji mahal buat kerja haram,tiada faedahnya.
"Please,tell me the work.....please..." merayu Jimin.
"Tak boleh...nanti aku kena teruk dengan boyfr- oops!" Jin menekup mulutnya. Jimin menyengetkan kepalanya melihat kelakuan Jin.
"Kau dah kenapa? Boy apa? Eh jap....hah? BOYFRIEND?" Jimin terkejut. Walaupun Jin tidak sebut perkataan itu dengan penuh,Jimin tetap dapat menangkap.
"Ish bukanlah...so? Kau nak kerja ke tak ni?"
Jimin berfikir sejenak...
"Okey... Tapi please,kalau aku tak puas dengan kerja tu,aku berhenti,okey?"
"Hm...it's okay Jim. Lusa aku ambik kau." balas Jin.