Tok!
Tok!
Tok!“Masuk....ha,Jimin. Ada masalah ke?” Tanya namja itu kepada Jimin,iaitu bosnya.
“Erm....bos. Saya harap permintaan saya ni diterima secara rela,” kata Jimin sambil menundukkan kepalanya. Bosnya mengerutkan dahinya.
“Saya....nak berhenti bos,” bosnya bangun dari tempat duduknya,tanda tidak percaya apa yang dikeluarkan dari mulut Jimin itu.
“Tapi,kenapa? Ada masalah ke?” Tanya bosnya.
“Saya terpaksa berhenti sebab saya nak sambung belajar dalam setahun,” tipu Jimin.
“Oh yeke? Hm...kalau macam tu...takpa saya tak nak berhentikan kamu, cuma nanti saya akan cari orang lain lah. Kalau kamu nak kerja balik,saya akan sambungkan kamu,” jawab bosnya lebar.
“Okey bos. Kamsahamnida bos,” kata Jimin sambil mengbowkan dirinya 90 darjah.
Jimin baru sahaja mahu melangkah keluar dari bilik majikannya,bahunya ditahan oleh bosnya.
“Jimin,disebabkan hari ini hari terakhir kamu dan tidak pernah mengecewakan saya serta prestasi kerja kamu sangat baik,saya akan berikan gaji terakhir.”
“Nae bos. Kamsahamnida sekali lagi bos,” Jimin mengbow dirinya dua kali tanda betul-betul berterima kasih pada majikannya.
* * * * *
Selepas berjam-jam Jimin bekerja,akhirnya tugasnya selesai hari ini. Jungkook juga sama. Dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja di situ juga. Tetapi lusa adalah hari terakhirnya. Dan Jungkook tidak tahu akan keputusan Jimin yang sama dengannya.
“Jimin,” panggil Jungkook.
“Hm?”
“Kau rasa,kita boleh berjumpa lagi ke?” Jimin terdiam. Dia tahu Jungkook juga adalah sahabat karibnya. Dia pun tidak tahu apa akan terjadi antara mereka berdua selepas ini.
“Entahlah Kook. Aku pun tak tahu. Bosanlah aku kat sini,” kata Jimin. Jimin tidak mahu memberitahu Jungkook hal sebenar. Takutnya dia tidak jadi untuk bekerja di sana.
20 minit kemudian...
“Haish...jjinja? Lamanya grab harini,” merungut Jungkook.
“Pelik juga,selalunya grab sudah sampai,” balas Jimin. Jimin dan Jungkook sudah bengang dengan ketidakhadiran grab itu.
Pon!
Pon!Jungkook dan Jimin beralih ke bunyi hon kereta itu. Kereta itu berhenti betul-betul di sebelah Jimin dan Jungkook dan tingkapnya dibuka.
“Korang,tumpang aku!” Jerit Jin yang berada dari dalam kereta itu. Jungkook dan Jimin mengangguk dan masuk ke dalam kereta.
“Apasal dengan grab hari ni hyung?” Tanya Jungkook.
“Katanya kereta rosak hari ni,” jawab Jin. Jin kenal dengan pemandu grab itu. Jadi,pemandu itu akan memberitahu Jin jika ada masalah yang berlaku.
“Korang,okey ke kerja hari ni?”
“Okay hyung....” jawab Jungkook dan Jimin serentak dengan nada datar.
“Aik? Malas je bunyinya? Kenapa?”
“Haih...Kook ni ha,dia dah nak berhenti kerja. Macam mana dengan Jim? Huhu...”
“Alololo syiannya budak ni hm?” Jungkook mengusap kepala Jimin itu. Jin yang melihat dari cermin terkekeh melihatnya.
* * * * *
“Macam mana Jin?”
“Berjaya tuan.”
“Bagus...kau beritahu pekerjaannya?”
“Tidak,saya cuma memberitahu gaji.”
Tuan Yoongi gelak jahat di hadapan Jin. Jin yang melihatnya mulai ketakutan. ‘Ya tuhan,selamatkanlah kawan baikku tuhan. Aku tidak mahu dia terseksa sepertiku,’ rintih Jin dalam hati.
“T...tuan....ke..kenapa tuan perlukan Jimin? Saya sebenarnya tidak sanggup memaksa dia,saya ka-”
“Ish! Kenapa banyak tanya!? Ikut suka hati akulah aku nak buat apa pun! Ingat! Kau cuma pekerja,dan aku bos!” Marah Yoongi pada Jin. Jin hanya mendiamkan diri dan mengangguk.
‘Aku harap kau dapat menghadapi dugaan ini Jim.’
•°•°•°•°•°•
REMINDER!
~~~Keep reading~~~
♥Vote and Comment♥Borahae💜💜
YOU ARE READING
©️Soul Of Past-YOONMIN Malay ff
FanfictionSelalu bermimpikan tentang pembunuhan,bersama seorang lelaki tetapi kabur mukanya. Siapa yang muncul di dalam mimpi Jimin? Idea sendiri 💯 Mature content 18+🌚