(PENAMBAHAN) - 4 Dis 2021
SAKIT hati bila memikirkan yang aku mengenakan baju serba kuning hari ni. Ni disebabkan oleh Si Aznalah! Terdesak nak aku temankan dia buat uji bakat dengan baju sedondon kat dewan seni ni. Dahlah dewan ni besar, dah sesat aku jadinya. Lagi satu, aku tak suka warna kuning!
“Maaf… Boleh tanya tak? Ruang lakonan kat bahagian mana?”soalku kepada salah seorang wanita di situ. Dia yang sedang sibuk mencalit gincu ke bibirnya kelihatan tidak endahkan aku. Akhirnya aku pasrah.
Malas dah aku nak tanya orang. Baik aku kuatkan jati diri tawaf dewan gergasi ni untuk cari ruang uji bakat tu.
“Hei awak!”
Terhenti langkahku bila tiba-tiba ada seseorang mencengkam lenganku. Dengan mata bulat aku pandang wanita berwajah bengis itu. Dahlah aku tak buat eksperimen perkumuhan sejak tadi. Nampak wajah garang tu, aku terus rasa macam nak terkencing.
“Ya? Kenapa dengan saya?”soalku lembut. Risau jugak aku kalau aku pernah ada sejarah hitam dengan keluarganya. Sebab tu dia nak bagi aku pengajaran.
“Kenapa pakai heels?”soalnya tegas.Aku angkat kening seraya memandang kasut tinggi dua inci kat kaki. Wanita bersanggul itu bercekak pinggang. Sumpah aku kata yang aku langsung tak faham dengan apa yang dia cuba sampaikan.
“Saya tak faham,”jujurku.
Dia menjeling tajam.
“Dah berapa ramai penari yang jatuh kat atas tangga pentas tu. Silap hari bulan Kelab Mahogany ni bakal tular dengan peristiwa manusia jatuh bergolek-golek kat atas tangga! Kalau awak nak jadi penari kat sini, make sure awak ikut peraturan kat sini. Kalau tak, baik awak berhambus aje dari sini!”
Terhinjut bahuku apabila wanita itu memarahi aku dengan nada naik beroktaf-oktaf itu. Dengan kata-katanya tadi, sah-sah yang dia dah salah faham.
“Err.. Maaf mak cik. Saya bukan penari yang..”
“Keluar sekarang! Saya tak perlukan penari yang degil!”
Tercengang aku bila dia mencantas kata-kataku. Belum pun sempat aku jelaskan perkara sebenar, dia dah berlalu meninggalkan aku kat sini.
“Ya Allah tuhanku.. mak cik tu dah kenapa? Ingat aku nak sangat ke jadi penari dia?”
Aku mencebik. Rasa macam nak bagi flip hair aje kat mak cik tu tadi.
Geram dengan perkara tadi, aku terus berlari keluar dari dewan. Rasa nak hantuk kepala kat dinding aje. Malu aku bila teringatkan yang ada beberapa orang menyaksikan hal tadi. Jatuh saham aku dibuatnya!
“Argh!!”
Dengan hati yang geram aku melepaskan kemarahan. Kawasan belakang dewan yang sunyi ini membuatkan aku bebas melakukan apa-apa sahaja. Hujung kasut sedang menendang-nendang batu yang ada di situ.
“Mana pulak Si Azna ni? Lambat betul minah ni. Sanggup dia biar aku masuk dewan ni seorang diri. Dahlah aku sesat.”
Zup
Kasut yang aku gunakan untuk menendang-nendang batu tadi akhirnya terlambung jauh ke hadapan. Geram betul aku nampaknya. Sampai kasut pun tak nak lagi melekat dengan aku.
“Auch!”
Terasa seakan jantungku berhenti berdegup. Rasanya heels aku tu dah selamat mendarat kat kepala orang. Aku terus gigit bibir. Matilah aku!
YOU ARE READING
PAIN KILLER [C]
Romansa"Apasal tenung saya macam tu?"-LD "Sorry for confusing you, dirty brain. I was thinking about something else." -KA "Yang awak tatap saya la.." "Sorry. You're not my type." Ingatkan, sudah tertutup tirai sejarah antara mereka. Malangnya, karisma seo...