Bab 67

241 35 60
                                    

"Ish, tak naklah ibu pergi ke kenduri anak Aunty Diba tu. Aunty Diba kau tu memanglah baik, sejak dulu lagi dia sorang je yang tak pernah hina anak-anak ibu. Dengan ibu pun dia layan baik. Tapi dekat kenduri tu nanti ada wan dengan atuk, ada aunty-aunty kau yang lain, ibu tak naklah jumpa diorang!" Muka Zuraidah berkerut memandang Lara di hadapannya. Kelihatan anaknya itu mengeluh kecil. Lara memberitahu bahawa dia terjumpa dengan Faradiba, adik kepada bekas suaminya Rizman, sewaktu pertunjukan fesyen kelmarin.

Faradiba atau yang digelar Aunty Diba itu datang menemui Lara di belakang tabir selepas tamat pertunjukan.

"You know how I could recognize you even after all these years? Because of your striking resemblance to wan's (nenek) face when she's younger!" Ujar Faradiba yang merupakan tetamu VIP di pertunjukan fesyen itu.

Lara kelihatan kekok sedikit dengan kehadiran wanita jelita itu di belakang tabir. Gayanya tampak sederhana tetapi segala yang tersarung di tubuh wanita itu tampak mahal dan mewah. Maklumlah, makciknya itu berkahwin dengan kerabat diraja. Kesemua makciknya berkahwin dengan orang kaya dan ternama; berbekalkan wajah yang cantik. Lara masih ingat wajah mereka semua walaupun kali terakhir bersua adalah ketika Lara berada di sekolah rendah.

Waktu itu juga, Faradiba membuka beg tangan Hermes berwarna biru lalu mengeluarkan sekeping kad jemputan kahwin Raja Norman Shah, abang sepupu Lara.

"Aunty bagi kad kosong je ye, takde pen pulak nak tulis. Tapi you tak payah RSVP, itu untuk orang luar je. Datanglah dengan mommy nanti."

Lara ketika itu hanya tersenyum dan mengangguk tetapi kini ibunya pula yang tak mahu pergi!

"Akak serba salahlah kalau kita tak pergi, ibu... Aunty Diba dah jemput kita elok-elok. Ibu jugak kata, dia tu baik."

"Memanglah. Kalau dia jemput datang bertandang ke rumah dia, memang ibu pergi. Tapi ini... Nanti kena menghadap ayah kau dengan perempuan queen control tu lagi. Tak naklah!"

Lara berdecip. Mengenangkan perkara itu, dia pun jadi malas hendak pergi!

"Habis tu kalau ibu tak pergi, akak nak pergi dengan siapa? Sudahlah dekat Ritz Carlton. Tak kan akak nak pergi sorang-sorang?"

"Pergilah dengan Huzaimi...!"

Mata Lara dan mata Zuraidah bertembung.

"Oh." Getus Lara namun dalam kepalanya sedang ligat memikirkan sesuatu...

*          *          *          *          *

Keadaan di kolam renang SIA Training Centre itu kedengaran sedikit riuh selepas semua kru terjun ke dalam air. Mereka segera berenang ke arah bot kembung untuk latihan keselamatan 'Ditching and Water Survival' pada hari itu.

Ashraf memanjat naik ke dalam bot dengan keadaan yang lencun. Apabila dia berdiri, air kolam berjejehan jatuh daripada t-shirt dan seluar yang dipakainya. Kesemua mata di situ memandangnya tetapi dia hanya buat bodoh. Mata-mata nakal melirik ke arah bahu, lengan dan betis Ashraf yang berotot. Beberapa orang pramugari pandang-memandang dan tersenyum sesama sendiri seolah-olah bertelepati...



Selepas menyalin baju, Ashraf memasukkan plastik yang mengandungi pakaian basah tadi ke dalam beg sandang Quicksilver yang telah digunakan bertahun-tahun. Telefon bimbit dikeluarkan daripada poket beg tersebut dan kelihatan tertera satu notifikasi SMS. 

'Temankan I pergi kenduri kahwin hari Ahad minggu depan?' - Princess

Bibir Ashraf senyum melebar. Sudah berapa hari Lara berkelakuan dingin terhadapnya sejak kes tersalah hantar SMS! Namun, mereka masih berbalas mesej setiap hari cuma gaya bahasa Lara tidak manja dan tidak ceria seperti selalu. 

MWB - Mr Wing BadgeWhere stories live. Discover now