I am dandelion. I like to go where the wind takes me. I never thought I could love anyone but myself. Yes you have to love yourself before truly loving someone else!
Sedikit pengenalan tentang diriku.Nama diberi Aamna Bahija, berumur 17 tahun. Aku dilahirkan di dalam keluarga berstatus miskin. Ibu dan satu-satunya kakakku telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya 3 bulan yang lalu. Ayahku berubah dratis. Akibat terjebak dalam kecanduan dadah , ayahku dibuang kerja.
Sejak dari itu , tiada secalit senyuman pun yang terlakar di bibirku. Hanya tangisan menjadi teman baikku. Perasaanku ketika ini hanya Tuhan yang tahu betapa peritnya hidup yang ku jalani.Di rumah dikasari ayah, di sekolah dikeji rakan-rakan. Tiada siapa yang mahu berkawan dengan orang seperti aku.
"Eh,tu la pelacur tu kan?" terdengar suara bisikan.
"Dia la tu. Dasar pelacur, dengan cikgu sendiri pon nak jual diri. Murah!". bisikan demi bisikan kotor menerjah telingaku. Sekumpulan pelajar menunjuk-nunjuk ke arah aku lalu mengalihkan jari mereka ke arah poster yang di tampal di papan kenyataan.
'Astagfirullahalazim, ya Allah kuatkanlah hambamu ini' aku hanya mampu berbisik seorang diri, cuba menahan tangisan yang hendak keluar. Aku hanya mempamerkan senyuman...palsu.
Aku bukan pelacur. Semua guru membenciku.Hanya cikgu Ahyan yang melayaniku dengan baik.
Aku berlari sekencang-kencangnya masuk ke dalam kelas.Sepanjang kelas pada hari itu , aku hanya diam membisu dan merenung ke luar jendela sambil merenung , betapa hambarnya hidupku. Aku berharap aku akan menjadi seperti
bunga dandelion yang bebas terbang sendirian dan mempunyai kehidupan baharu."Aamna, termenung apa tu sayang?" seseorang memegang bahuku. Dia tersenyum...
"Ayah...." sahutku lalu memeluk ayahku dengan erat. Aku merindui ayahku. Senyumannya yang terukir manis.
"Aamna cuma teringat kisah silam ayah" ujarku tersenyum tipis
"Aamna, ayah minta maaf atas apa yang ayah dah buat dekat Aamna. Ayah dah seksa Aamna, buat Aamna rasa tak wujud dalam hidup ayah. Ayah terlalu kecewa dan tak boleh terima kenyataan yang.." belum sempat ayahku menghabiskan kata-katanya, aku sudah memotong
"Ayah..jangan salahkan diri ayah ye..Aamna faham dan Aamna maafkan ayah. Ayah satu-satunya keluarga yang Aamna ada.. Saudara-mara semua buang kita akibat kemiskinan kita. Tetapi percayalah ayah, cukup ayah seorang..Aamni bahagia. Aamni janji akan jaga ayah sampai bila-bila ya.Sayang ayah
sangat-sangat" aku melepaskan pelukannya dan mengambil kedua-dua tanggannya lalu aku genggam dengan erat. Aku memandang sayu wajah tua ayahku. Banyak dugaan yang ayah terima.
Alhamdulillah, aku bersyukur kerana aku masih mempunyai ayah untuk berbakti dan membalas jasanya membesarkanku.Hidup tak selalunya indah,
tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenanganBe like a dandelion,
Whenever they fall apart,
They start again,
Have hope and dream. 🤍
YOU ARE READING
DANDELION
Short Story🍁If you don't love yourself,nobody will🍁 Dandelion, Beautiful flowers, but slow to bloom, Blowing in the wind. Please help us review this story for our school project purpose .. don't forget to comment ❣️