HPFH : 17

474 29 6
                                    

the truth is never painful as discovering a lie

Haidar merenung lama anak mata Daisha yang mula berkaca

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Haidar merenung lama anak mata Daisha yang mula berkaca . Keluhan berat dilepaskan sebelum badan dipusingkan ke belakang . Mata kebiruan itu memandang kosong ke dada langit . Angin malam menyebabkan rambutnya meraup ke belakang . Dari awal lagi , dia sudah mengetahui tujuan Raja Syed Iskandar menjemput mereka adik-beradik . Sedar akan perubahan raut wajah lelaki itu , Daisha tunduk merenung lantai . Bawah bibir digigit kuat . Sisi baju blouse dicengkam kuat . Hujung kelopak mata mula dipenuhi air mata . Baju lelaki itu ditarik menyebabkan Haidar menoleh .

" Daisha minta maaf "

" it's not your fault , sweetheart " Haidar senyum . Sehelai kain berwarna ungu gelap ditarik dari poket seluar . Dikesat cecair-cecair jernih di pipi Daisha . Kain itu diletakkan di atas telapak tangan gadis itu . Daisha menggenggam kemas . Haidar memasukkan tangan ke dalam poket seluar .

" jangan lupakan aku " kata Haidar . Dia berdehem . Nada suara cuba ditahan . Makin lebat air mata sang gadis . Daisha memejam mata rapat . Hatinya berdenyut-denyut . Sakit sangat . Haidar mengeluh . Perpisahan . Satu perkataan yang cukup menyakitkan . Tiada siapa yang mahukan perpisahan . Wajah diraup sedikit kasar . Senyuman kecil digores .

" aku cintakan kau sangat-sangat " Haidar tersenyum kecil . Air mata di pipi cepat-cepat dikesat . Tidak mahu dilabel lemah . Haidar tahu , dia dan Daisha berbeza . Bagai langit dan bumi . Daisha seorang puteri . Dia ? Seorang pembunuh . Wajah gadis itu ditatap penuh kasih . Daisha , gadis yang dicintainya . Aku tak dapat nak dengar kau panggil aku dengan panggilan abang .

" mungkin kita tak ditakdirkan bersama " sambungnya lagi . Kotak berwarna biru bersaiz sederhana besar dikeluarkan dari poket seluar . Ada seutas gelang didalamnya . Haidar tersenyum . Haidar nak tengok Daisha pakai gelang ni sebelum dia pergi .

" sepatutnya gelang ni aku hadiahkan kau masa kita kahwin nanti " Daisha mendongak . Keningnya mengendur . Wajah Haidar dan gelang itu dipandang bersilih-ganti .

" H-haidar " perlahan sahaja suaranya dek ditenggalami oleh esakan yang semakin kuat .

" shh .. jangan menangis . aku tak suka tengok kau menangis " tegas . Wajah sengaja dibuat garang . Daisha mengetap bibir .

" tangan " lambat-lambat Daisha menghulurkan tangan . Daisha memerhati sahaja Haidar yang fokus memakaikan gelang ditangannya .

" cantik " Haidar tersenyum manis . Senyuman yang paling manis di mata Daisha . Mungkin itu kali terakhir dia dapat melihat senyuman itu . Beg kertas pula dicapai , dihulurkan kepada gadis itu .

" kenangan kita . gambar-gambar kita semua ada dekat dalam . simpan , buat tatapan rindu " Daisha mengambil . Haidar seperti tahu yang Daisha akan merinduinya . Isi dalam dijenguk . Ada album , ada beberapa kotak kecil , ada kelopak bunga . Mata Daisha kembali berair . Haidar buat semua ni untuk dia . Beratnya yang putuskan hubungan ini .

OG | His Princess : Fawwaz HaidarWhere stories live. Discover now