Pagi ini aku menunggang motorsikal seperti biasa menuju ke tempat kerja. Melalui jalan yang sama setiap hari juga seperti biasa. Nama sahaja jalan kampung, tetapi jumlah kenderaan yang melalui jalan tersebut pada waktu puncak pagi dan petang dah lebih kurang seperti jalan raya di bandar-bandar besar.
Mungkin disebabkan faktor penempatan perumahan yang dibangunkan di situ terkeluar dari kawasan bandar yang menyebabkan para pekerja dari semua sektor swasta mahu pun kerajaan memutuskan untuk menetap di kawasan ini kerana harga yang masih munasabah untuk dimiliki oleh mereka. Jarak untuk ke tempat kerja masing-masing boleh dianggap tidak terlalu jauh atau tidak terlalu dekat. Masih sederhana.
Namun begitu, akses untuk keluar dari kawasan kediaman menuju ke tempat kerja memang macam neraka, tetapi masih boleh diterima lagi jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan membangun yang lain.
Disebabkan struktur jalan yang berselekoh-selekoh bak ular dipalu, adalah menjadi kebiasaan bagi aku untuk memotong barisan kenderaan-kenderaan lain tidak kira ketika double line mahu pun digarisan boleh memotong.
Sebaik sampai di suatu kawasan selekoh yang agak merbahaya bagi seorang penunggang amatur, tetapi tidak bagi expert seperti aku, tiba-tiba aku dikejutkan dari belakang bunyi deruman ekzos dan nyalaan lampu yang agak tinggi serta menyilaukan dari pandangan cermin sisi motorsikal aku.
Rupa-rupanya ada rider lain yang sedang mencucuk dan mengekori aku dengan agak rapat seolah-olah tidak sabar untuk memintas aku.
Namun sebagai seorang penunggang profesional, ini semua adalah asam garam bagi seorang penunggang motorsikal yang tidak mahu pening kepala menghadapi trafik jam serta dapat mengurangkan kadar pelepasan gas karbon monoksida yang akan mencemarkan udara bumi.
Aku lebih sanggup meredah hujan dan ribut dari menjadi macam manusia bodoh duduk dalam kereta menekan pedal minyak sedikit demi sedikit kemudian brek semula untuk berhenti. Jika hanya kerana nak duduk selesa sambil mendengar radio dan menikmati nyamannya udara dari pendingin hawa, tak perlulah sampai nak dihabiskan pembakaran bahan fossil yang menghasilkan petroleum untuk tenaga yang tak boleh diperbaharui.
Simpan la sikit untuk generasi yang akan datang jugak. Bukan kau seorang je yang nak menikmati kehidupan di dunia yang semakin menyempit ni.
Dan aku adalah seorang yang berprinsip.
Aku adalah manusia yang seboleh-bolehnya hendak mengurangkan peratusan keberadaan aku di atas jalan raya untuk keseluruhan hidup aku. Hidup ni tak lama pun. 1/3 dari hidup kita adalah tidur. 2/3 lagi itulah bahagianselebihnya untuk kita lakukant pelbagai perkara. Tapi kalau dalam 24 jam, kalau dah 2-3 jam hidup kau berada kat atas jalan raya, berapa banyak masa lagi yang tinggal untuk kau gunakan buat benda lain. Tak tolak lagi makan minum, kencing dan berak.
Berbalik semula pada perihal Ysuku tadi, maka aku pun membuat keputusan untuk menghimpit ke sebelah kiri jalan bagi memberi laluan kepada brader tersebut.
Namun begitu, sejurus selepas brader itu memintas motorsikal aku, entah kenapa dan mengapa, secara spontan terus membuak-buak jiwa Mick Doohan dan Max Biaggi yang berada dalam diri aku sebagai seorang penunggang motorsikal..
Aku mula kejor balik dan cucuk dia rapat-rapat dari belakang sampai dia pulak menggelabah. Kira dalam bahasa rempitnya ' cucuk angin' la.
Sudahnya, jadi tak tentu hala pulak aku nengok skill mencilok mamat tu. Tadi bukan main kau cilok sana sini.
Tak lama lepas tu, aku berjaya memotong semula motorsikal mamat tu dan aku terus memecut laju membelah kesibukan jalanraya yang sedang jem dengan penuh bergaya sampai ke pejabat.
Bertiang-tiang dan berkilo-kilo aku tinggalkan dia !!!!
Sebenornya aku tak marah pun kalau kena potong dengan brader-brader yang pakai motor Y suku ni. Dah selalu sangat rider Y suku ni buat peel cucuk dari belakang rapat-rapat kendian dia cilok ala-ala potong sayur.
Itu semua biasa sangat.Cuma yang buat aku marah tadi sampai terkeluor skill riding Mick Doohan aku bila nampak helmet yang dia pakai.
Naik motor Y suku tapi pakai helmet Swan.
Babi !!!
Tak ganas langsung !
YOU ARE READING
Aku dan Y suku
HumorKisah sebuah Ysuku yang mendapat pembalasan setimpal akibat daripada memintas sebuah motorsikal yang ditunggangi oleh manusia yang berjiwa Mick Doohan dan Max Biaggi