"What?! You ni dah gila ke?"
Huzaimi ketawa.
"Sampai hati you cakap I gila." Kaki dinaikkan ke atas meja, bersilang. Badan disandar 45 darjah condong di kerusi pejabat yang kusyennya diperbuat daripada kulit.
"Mana tidaknya...! Ada ke you suruh I jadi director dekat company you lepas I tamat belajar?! Memang gila!"
"My dear, you jangan pandang rendah pada diri sendiri. Jangan memperkecilkan kebolehan you sendiri. I yakin, you boleh! I tahu cara critical thinking you, I tahu cara you buat keputusan dan I tahu, you boleh! You cuma perlu belajar selok-belok company kita dan selok-belok business as you go along the way. You boleh, dear!"
Lara tarik nafas panjang. 'Apa ni...?!!' Jeritnya dalam hati. Adakah ini bermakna dia tidak boleh 'lari' daripada Huzaimi? Adakah ini bermakna yang dia juga tidak boleh putus dengan lelaki ini?? Oh, tidakkk!
"I dah dapat placement untuk latihan praktikal I lah!"
"Ala..."
"Serius! I dah dapat dekat Petronas!"
Sebenarnya tidak. Fahd masih menunggu keputusan Pengurus Bahagian Latihan di jabatan Sumber Manusia untuk mengambil Lara membuat latihan praktikal di situ. Tetapi bak kata Fahd, dia gerenti Lara akan dapat.
Lagipun itu sahaja cara untuk Lara mengelak daripada membuat latihan praktikal di Quest Synergy, salah satu syarikat Huzaimi.
"Sampai hati you let me down." Kedengaran suara Huzaimi macam merajuk. Lara mengerling mata ke atas dan urut dahi!
'Let you down? Time aku mintak putus hari tu tak 'down' ke?!' Bisiknya dalam hati.
"Sayang, listen." Ujar Lara lalu menyambung, "Let's put aside about me being a Quest's director. Kita cakap pasal latihan praktikal dulu."
Huzaimi diam memasang telinga. Inilah cara pemikiran Lara yang dia katakan tadi. Gadis ini tahu untuk merungkaikan keadaan satu demi satu dan memfokuskan satu keadaan untuk satu solusi. Dia tahu kalau Lara diasah dengan baik, Lara akan menjadi seorang strategist dan pemain industri yang hebat. Tetapi sayang, gadis ini tidak bersetuju!
Sebenarnya tawaran ini bukanlah dibuat semata-mata untuk memancing Lara supaya tidak memutuskan hubungan cinta mereka. Huzaimi memang betul-betul ingin menjadikan Lara sebagai isteri, atau lebih tepat lagi sebagai 'trophy wife'. Cantik, muda, bergaya dan bijak. Tetapi... Tak semudah itu.
"I nak cantikkan resume I, sayang! Insya Allah, I mungkin akan naik lagi sebagai best student. So, kalau I buat practical training dekat Petronas, resume I nampak strong tau. Banyak added value dekat situ."
"Dear, added value tu kalau you keluar sebagai graduan biasa! Yang kena terhegeh-hegeh apply kerja sana-sini. Turun naik tangga pergi interview. Tapi you different, Lara! You dah ada company dan jawatan besar yang menunggu you. You tak perlukan apa-apa added value pun untuk resume you sebab Quest akan shape you jadi seorang director!"
Aduh...! Dalam pada Lara menolak, hatinya cair juga mendengarkan kata-kata Huzaimi. Gadis yang hidup sederhana sepertinya tiba-tiba dibentangkan masa hadapan yang gilang-gemilang. Siapa yang tak mahu? Alangkah indahnya hidup. Tetapi Lara tekadkan hati demi seorang lelaki bernama Ashraf Zildan!
Kini Lara terfikir pula... Bayangkan jika makcik-makcik dan sepupu sepapat sebelah ayah yang mempersendakannya sewaktu kenduri tempoh hari mengetahui bahawa dia menjadi salah seorang ahli lembaga pengarah di sebuah syarikat! Fuh! Pasti mereka semua terkedu. Satu kepuasan buat Lara. Tetapi hakikatnya... Semua peluang itu dia akan lepaskan semata-mata kerana cintanya terhadap Ashraf Zildan Zamani.
YOU ARE READING
MWB - Mr Wing Badge
RomantikMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...