Malam itu, sewaktu makan malam hanya sunyi yang menyelubungi meja makan keluar Encik Hafiz. Nasi di dalam pinggan Aisy sedikit pun tidak luak. Aisy hanya menguis-nguis nasi di dalam pinggan. Encik Hafiz dan Puan Roslina berpandangan.
"Aisy okey ke? Kenapa tak makan?"soal Puan Roslina. Aisy yang sedari tadi pandangannya hanya tertumpu pada nasi di dalam pinggannya memandang wajah ibunya.
"Aisy okey,"jawab Aisy ringkas. Dia menarik nafas dalam lalu dihembus perlahan."Aisy ada perkara nak cakap dengan mama papa." Aisy memandang ibu bapanya. Encik Hafiz dan Puan Roslina memfokuskan pandangan kepada Aisy menanti bicara Aisy yang seterusnya.
"Aisy dah fikir masak-masak. Aisy terima cadangan mama dengan papa untuk kahwin." Itulah keputusan yang dibuat oleh Aisy setelah seminggu berfikir.
"Alhamdulillah. Kalau macam tu minggu depan bertunang, lagi empat bulan nikah." Encik Hafiz mengucapkan syukur apabila puterinya itu bersetuju untuk berkahwin walau tiada perasaan cinta buat Naufal. Aisy hanya tersenyum kelat mendengar kata-kata papanya.
"Aisy tak lapar. Aisy naik dulu." Usai berkata, Aisy terus bangkit daripada duduknya lalu mendaki anak tangga menuju ke biliknya. Puan Roslina memandang Encik Hafiz.
"Abang, saya kesian la dekat Aisy. Tengok la keadaan dia macam mana lepas kita minta dia kahwin. Makan taknak. Duduk berkurung dalam bilik. Bercakap pun bila perlu je." Jelas terpancar riak kerisauan di wajah Puan Roslina. Ibu mana yang tidak risau apabila melihat anaknya yang ceria menjadi pendiam.
"Cinta tu boleh dipupuk sayang. Sekarang memang dia terima Naufal sebab terpaksa tapi mana tahu lepas kahwin nanti pintu hati dia terbuka untuk terima Naufal." Encik Hafiz cuba menenangkan Puan Roslina. Tipulah jika dia tidak fikirkan tentang Aisy. Aisy satu-satunya anak mereka tetapi apa yang dia lakukan sekarang adalah yang terbaik untuk Aisy memandangkan dia dan isterinya terpaksa menetap di luar negara untuk beberapa bulan.
"Kalau lepas kahwin nanti dia masih tak boleh terima Naufal macam mana?"
"Awak ni ada pulak cakap macam tu. Cuba la fikir positif sikit. Sudah. Sambung makan. Kejap lagi abang cuba cakap Aisy." Encik Hafiz menyambung semula suapannya. Puan Roslina turut melakukan perkara yang sama.
Selesai sahaja makan malam, Encik Hafiz naik ke bilik puteri tunggalnya untuk berbincang tentang perkara yang sudah dipersetujui oleh Aisy di meja makan tadi. Mungkin permintaannya agak keterlaluan. Iyalah Aisy masih muda tetapi apabila memikirkan dia terpaksa meninggalkan Malaysia, dia membuat keputusan until mengahwinkan Aisy.
Tiba sahaja di hadapan pintu bilik Aisy, Encik Hafiz mengetuk pintu bilik anaknya itu."Aisya, boleh papa masuk?"soal Encik Hafiz meminta izin.
"Masuklah. Pintu tak kunci,"laung Aisy dari dalam bilik.
Encik Hafiz memulas tombol pintu bilik anaknya lalu menghampiri anaknya yang sedang mengulangkaji pelajaran itu. Dia mengambil tempat di birai katil."Papa ganggu Aisy study ke?"soal Encik Hafiz. Risau juga jika kehadirannya pada malam itu mengganggu masa belajar Aisy.
"Tak lah. Aisy baru je buka buku. Papa ada nak bincang apa-apa ke dengan Aisy?" Aisy sudah arif dengan sikap ayahnya itu. Jika Encik Hafiz mencemar duli masuk ke biliknya pasti ada sesuatu yang ingin dibincangkan.
"Aisy okey ke dengan semua ni? I mean dengan perkahwinan ni?" Aisy menghela nafas berat. Sudah diagak pasti ayahnya ingin membincangkan tentang perkara ini.
"Why papa tanya? Ini yang papa dengan mama nak. Aisy just ikut je. Kalau Aisy tak setuju pun papa dengan mama tetap akan paksa Aisy untuk terima. So, pilihan apa lagi yang Aisy ada,"kata Aisy sambil memandang wajah Encik Hafiz yang tenang.
YOU ARE READING
USTAZ, I LOVE YOU !
Romance"Mama dengan papa dah berbincang nak kahwinkan Aisy dengan lelaki pilihan kami" " What ma? Kahwin? No ! Aisy baru 17 tahun la ma. Aisy taknak !! Nur Aisya Irdina seorang pelajar sekolah menengah yang bakal menduduki peperiksaan SPM dipaksa untuk ber...