𝖧𝖠𝖩𝖲 33

1.3K 86 6
                                    

"Adrian, saya nak tanya ni. Soalan serius," Ayrose memandang tepat ke dalam mata Adrian.

Adrian memandang mata light brown milik Ayrose tidak berkelip.

"Kalau one day, ada perempuan yang lamar awak, awak nak terima tak ?"

Uhukk ! Uhukk !

Habis tersedak member dengar soalan cepumas dari Ayrose.

"Apa ? Dah kenapa kau tanya soalan macam ni ?" soal Adrian kembali.

Haishh, tahu lah hilang ingatan. Ada ke tanya soalan macam ni ?

"Takde, saja jer saya tanya. Jawab lah... please ?" Ayrose mengerdipkan matanya beberapa kali.

Adrian terpaku. Comel betul anak oghang ni !

"Depends pada perempuan tu lah. Kalau lengkap pakej, boleh lah," jawab Adrian bersahaja.

"Apa pula ciri-ciri perempuan yang awak suka ? Caring ? Peramah ? Penyayang ? Suka budak-budak ?" soal Ayrose lagi.

Adrian mengangguk.

"Semua yang kau sebut tadi, aku suka. Plus rajin jaga solat, pandai masak, pandai buat kerja rumah," Adrian menghitung menggunakan jarinya.

"Kenapa kena pandai masak dan buat kerja rumah ?" soal Ayrose lagi.

Adrian memandang ke dalam mata Ayrose.

"Sebab perempuan yang akan kahwin dengan aku, aku akan bagi dia jadi suri rumah 24 jam. Aku tak akan benarkan dia kerja, biar aku sorang jer yang cari nafkah. Bila weekends, we will spend time together," terang Adrian lembut.

Ayrose mengangguk faham.

"Kalau lah kan, kalau jer. Kalau diberi pilihan, antara saya dengan Melissa. Awak nak pilih yang mana ?" soal Ayrose tiba-tiba.

Adrian ternganga. Soalan apakah ?

Dahinya berpeluh. Bibir bawahmya digigit. Aku nak jawab apa ?

"Soalan apa kau tanya ni ?" Adrian menggeleng.

"Soalan yang dicipta oleh saya sendiri. Cepat lah jawab," gesa Ayrose.

"Ishh, taktau lah," Adrian bangkit dari situ dan berjalan ke arah lain.

"Adrian !"

Ayrose mengeluh. Nak jawapan !

Tiba-tiba tangan Ayrose tersentuh satu kertas di atas kerusi. Sticky note ?

Mesti lah aku pilih kau . Mungkin kita boleh , together - gether ? Kawan sampai kahwin ! ❤️

Ahh, ghisauu.

Ship Adrian + Ayrose.

#AdrianAyrose

✨✨✨

"Woi, ni dah pahal ngan member kau tu ? Tersengih-sengih," ujar Syafi yang baru tiba.

Aakif mengangkat bahu.

"Entah, buang tebiat agaknya," teka Adam.

"Dari dia datang tadi, asyik tersengih-sengih. Good mood jer pulak tu harini," balas Aakif.

"Hmm, member dah angau, gitu ler..." sampuk Zayyan.

"Angau ? Asal ? Citer ah,"

3 ekor beruk itu pun menghampiri Zayyan.

"Tadi kat taman, aku nampak dia dengan Ayrose berduaan. Dating kot. Tapi tu lah, balik jer, tak habis-habis tersengih," cerita Zayyan bersungguh-sungguh.

Aakif, Adam, dan Syafi menganggukkan kepalanya.

"Adrian !"

Adrian berpaling ke arah suara yang memanggilnya. Hah sudah, member dah gelabah !

"Hye Adrian," sapa Ayrose mesra.

"H-hye ?"

Senyuman Ayrose begitu memikat hati Adrian. Hampir sahaja dia terjatuh dari kerusi akibat terpesona dengan kecantikan Ayrose.

"Ermm, nah. Ini saya buat. Kebetulan ada lebih, so saya bagi awak," Ayrose menghulurkan sebekas tuppaware berisi kek coklat moist.

Adrian sembunyi senyum.

"Thanks,"

"Btw, tadi saya jumpa kertas. Tapi kertas tu saya simpan. Nak buang tak boleh, sayang..." cerita Ayrose.

Berkerut dahi Adrian.

"Sayang kenapa ?"

Ayrose menunduk. Arghhhh, dia panggil aku sayang !

"Takde pape," Ayrose menggeleng.

Kemudian dia menghampiri Adrian. Sesuatu dibisikkan tepat di telinga Adrian. Mata dikenyitkan sebelah sebelum berpamitan untuk pulang.

Adrian termangu seketika.

"Hye,"

"Thanks,"

"Sayang kenapa ?"

"Bye..."

4 rakan Adrian mengajuk percakapannya. Namun diendahkan oleh Adrian.

'Kita kawan, sampai kahwin❤️'

Ayat yang terngiang-ngiang di kepalanya, daripada Ayrose.

Dapat green light, kah ?

CONTINUEZ...

Jodohku Encik Tengku [C]Where stories live. Discover now