11. End

461 4 0
                                    

Pang!

Berdengung telinga aku. Terasa bahang di pipi kanan aku.

Sebuah tamparan dari telapak tangan kecil molek milik Wisha melekat di pipi aku.

Aku baru sahaja balik dari habis meeting dengan Sutipark Company.

Aku memandang Wisha.

Tidak sangka dia akan bertindak sejauh ini.

Ramai kawan² sekerja menghampiri kami.

"Dasar perampas! Pisau cukur! Jalang!

Aku ingat kau kawan aku.

Tak sangka kau jenis duri dalam daging.

Laki aku pun kau nak try.

Dasar sundal!

Tak sedar diri.

Dah la buruk. Gemuk!

Memang patut la sampai sekarang tak laku².

Kau tu memilih. Tak padan dengan buruk. Tapi memilih.

Nak yang kaya. Yang kacak. Berduit.

Tak kisah laki orang ke. Tua muda. Semua kau sapu.

Memang celaka kan. Perangai kau."

Bertubi-tubi tomahan yang keluar dari mulut Wisha.

Aku tak sangka dia begini.

Mana kawan aku yang dulu?

"Kau ni. Tak layak tau. Nak berganding dengan laki aku.

Tak sepadan.

Aku cermin diri kau tu dulu. Sebelum nak jalan sebelah laki aku.

Buat malu laki aku ja."

Ya tuhan. Menitik air mata aku. Terasa sungguh aku dengan Wisha kali ni.

"Wish. Apa ni? Aku tak pernah rampas dia dari kau,Wish." Aku cuba untuk menyejukkan hati dia.

Betul. Aku tak pernah rampas Awan dari dia.

Sebab aku lebih dulu kenal Awan dan melakukan hubungan dengan Awan sebelum dia datang di antara kami.

Penuh mata memandang kami saat ini.

"Wisha. Kau merepek apa ni? Si Awin ni. Memang dari dulu rapat dengan boss la.

Dah memang banyak projek yang Awin handle. Awin kena pergi dengan boss.

Tak yah la tuduh Awin yang bukan².

Sedar la. Apa la yang merasuk kau sampai tergamak mengata Awin sampai macam tu sekali." Teha datang bagi meredakan keadaan.

"Dia ni hah. Dia nak rampas Awan dari Wisha.

Dasar tak tahu malu." Herdik Wisha lagi belum puas.

"Kau melalut apa ni Wish? Ni Awin. Kawan kita. Buat apa dia nak rampas laki kau.

Kau pun tahu. Si Awin ni. Tak pernah ada hati kat mana² lelaki.

Rombongan merisik dari pihak Engku Amin pun dia tolak.

Ni kan pula boss kita.

Dia pandang pun tak nak." Kak Mika cuba untuk mengawal keadaan.

Macam bagi tambah keruh je kak.

Hurmm..

"Tak. Akak tak nampak. Tapi saya nampak kak.

Cara dia pandang laki saya.

Black RoseWhere stories live. Discover now